Actually, pagi ni cuti. Semperna 25 tahun pemerintahan Sultan Perak @ Silver Jublee. So, mula2 nak kuar dengan Dewi g Damansara, tapi tak jadi atas sebab-sebab tak takleh nk dielakkan). So, kuar lunch kat Kak Yang, then meronda g Billion terus g Pekan Tg Malim.
Balik umah, teruskan usaha tak tidur petang dengan membasuh baju + basuh kereta. Depan umah ni dah macam carwash centre dah. Seb baik yang lalu lalang tu tak stop by and mintak kami basuhkan kereta depa gak. Setakat jeling-jeling tu ramai la. Dalam kami sibuk bersabun dan simbah menyimbah kekasih hati masing-masing, sempat lagi kami mengutuk dan meluahkan rasa tak puas hati pada seorang hamba Allah yang tak faham-faham mesej yang kitorang cuba sampaikan since the first day kami pindah sini. Adui...
Elok lepas aku basuh tayar kereta tu, langit start gelap. Aduhai...ujan ke? Seb baik Baby aku & Cik Putih si Dewi dah abis dibasuh. Rupanyer, tak ujan pun. Guruh je. Then, ada la renyai sebaldi...terus ok je cuaca. Tapi, apepun, terbatal dah plan nk g jogging kat Tasik Putrajaya~Proton City.
Dewi dah terlena kat hall. Aku lak leka tengok cite The Nanny (Astro Hallmark- Channel 702). Abis tu, aku sambung Berita + Ku Milikmu + Astro Kirana : I Love You Om. Gile cite ni, mamat yang umur dalam 28 tahun fall in love dengan minah cute umur 12 tahun. Aku gelak-gelak tengok. Yg lagi gelak, minah ni yang syok dulu kat mamat ni only then one day he realized that he is also fall in love at the girl! Erm..sad ending. Mamat ni mati kemalangan..
Huh..cuti yang melegakan. Esok. rutin seperti biasa..
Jangan ditutup hati itu.
ReplyDelete