14 September 2009

Tips shopping nak raya.

Dalam tengah - tengah surf blog yan tentang our mini gathering semperna buka puasa last week, aku dapat satu idea nak wat my next entri.

Tips hari raya!

Dah siap sume preparation hari raya? Mesti dah kan? Okey, so this entri is for those yang nak shopping last minute. Aku walaupun dah shopping awal, tapi tetap akan ada istilah last minute shopping jugak. Saja. Oppss..tips ni khas untuk orang di luar sana. Aku ni kes lain. Kes memang nk shopping jugak walaupun dah shopping. (stop talking about yourself!)


First ladies and gentlemen.. pastikan sebelum korang nak meredah ke tempat shopping idaman kalbu tu, tangki minyak isi full ye. Ye la...klo dah sume orang fikir macam korang, nk shopping last minute, sah-sah la jalan tu akan jammed. Korang nak ke tersangkut dalam jammed, then minyak lak klip-klip bagi isyarat "Oiii..isi cepat oii!" Gelabah je! Tak vogue sungguh!

Terus tak jadi shopping!

Jangan lupa tutup balik tank tu. Excited sangat nk g shopping kang, tak perasan penutup tangki korang dok kat station minyak tu. Nangis gelak-gelak la korang!

Jika bukan anda yang drive, sila pastikan driver undian anda mahir dengan selok belok nak g tempat korang nak bershopping tu. So that korang takkan lepak dalam kereta 8 jam untuk satu perjalanan yang hanya memakan masa hanya 1 jam. Such as dari Serdang ke One Utama.

Dan jika driver anda tetiba terima call yang dia kne jawab jugak, stop or suh dia duk belakang and gantikan dengan 2nd driver for a while. p/s : pastikan 2nd driver tahu kemana arah dituju.


Oppsss...jangan lupa or jangan nak memandai nak g shopping sensorang melainkan korang memang alah dengan shopping in clan. Yela..mana tahu korang teeerrbeli kasut yang sebijik sebijon dengan kasut member yang korang plan nak show-off raya pertama.

Or at least, takde la korang dok tayang baju kat badan and ngomel2 sendiri. Ada kawan kan bagus. Leh la dia bagi pendapat or kutuk anda.



















Ladies! Behave yourself. Jangan ketawakan taste kawan kite semasa dia sedang mencuba baju dalam fitting room ataupun membuat aksi-aksi berbahaya semasa shopping such as kait tudung member sebelah dan lari pecut 100m dengan harapan tudung dia akan tercabut. Huh! Tak baik!


Hello..hello...lupa lak. Avoid tempat yang sesak gile nak mampos sampaikan nak bernafas pun kne carry tank oksigen. Ohh please laaa...elok-elok nak shopping happy-happy'an, terus tension. Tak best tul...


Okey. Rule of the thumb. Jangan semberono nak beli tanpa tengok berapa harganyer. Kalaupun korang sume dapat bonus raya RM250 tu...jangan nk joli katak. Check kedai ni berapa harga, kedai ni berapa. Best man win...silap! Best price win!

Pilih and pilih sampai korang puas dengan barang yang korang nk beli tu dari semua aspek. Price, material, kuality, warna yang sepadan, tahan lama (bukan untuk pakai buang je k...) and korang perlukan la untuk raya. Klo plan untuk sambut birthday on 25 Disember 2009, hold la dulu. Ni raya beb! Raya!

Hahh..ni tips untuk menghilangkan penat bershopping di waktu bulan ramadhan di kala korang BERPUASA. Klo tak puasa, leh simpan air kotak milo dalam handbag, kan. Or kulum chewing-gum sopan-sopan. Tapi bila korang puasa, penat kan. SO...cheer up! Smbil dok belek-belek kuih raya, baju raya, tudung....SENYUM. HAPPY! Kan nak raya ni!?

Tips untuk akak penjual - SENYUM jugak walaupun bengkek dengan kerenah customer seperti dalam gambar. Nak marah-marah pun ape la faedahnyer, penat je kak oii!


Kepada parent out there, even kita (KITA tu! Okey, I takde anak tapi I ada adik k!) yang membayar kesemua RM-RM yang anak kita dok tunjuk-tunjuk tu, but let them decide warna, fesyen or cutting ape yang dorang nak pakai raya kali ni. Dorang yang nak pakai, bukan kita pun!

Tapi kalo pilihan mereka ialah seluar warna hijau kecoklat-coklatan berpetak-petak, fesyen ala-ala ago-go dan cutting zaman 60-an...WAJAR DITEGAH. Apetah lagi klo kasut yang depa merengek nk tu lebih sesuai untuk dijadikan kasut untuk main sepaktakraw.

Advise them.





Last but not least, lebih afdal klo korang g shopping tu hangkut sekali mak korang. Sebab mak korang ibarat bank bergerak yang amat berguna setiap masa. Sayang mama!

Selamat bershopping & Selamat Hari Raya!

2 comments:

  1. "mak korang ibarat bank bergerak" < i like this part most! tp sikalang suda jadi emak pulak.so xley la gunakan imuniti mcm ni lagi.uwaaaaa

    p/s: pd yg masih ada imuniti bank bergerak ni..faedahkanlah tp jgn terlebih amek kesempatan.peace !V!
    SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN ZURA!!

    ReplyDelete
  2. Lucky to be me! Still boleh gunakan bank bergerak ni. Rengek2 sket, ok la. Tapi berpada2 gak. hahaha

    ReplyDelete