04 August 2010

Nota buat 'kekasih' dari sang 'kekasih'

Nota buat Aty:
semenjak dirimu pergi... aku mulai belajar untuk tidur sendiri. tanpa dibelai-belai-digeli-gelikan sebelum terlena. tiada sape nak dukung aku tidur dalam bilik kalau aku tertidur di bawah meja makan. Tiada sape pun nak selimutkan aku time hujan. huhuhu...

tiada lagi teman bicara di waktu petang. maka aku terpaksa bermonolog dengan si Kiki dan Lala yang hanya berjaya lewat malam...


membuang masa dengan menonton Astro Ria - seorang / seekor diri. Itu pun jika mama tidak dengan selambanyer menukar rancangan...atau kaklong dengan siri CSI nya. atau papa dengan Berita terkini atau Abby dengan Naruto.

Tiada siapa memperdulikan aku.

maka, aku membawa diri ke sudut-sudut sofa atau bawah tangga atau ....dimana sahaja lah.
Tiada siapa peduli.
hanya ku harap kau datang dalam mimpiku...

Oh, Aty.....~

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Nota Hujung Kaki:
Sayangku moko2,
Minggu ni Kaklong dan Aty akan balik merenyukkan kau, mendera kau buat terjun bungee dan lompat katak. Malah, Bella pun akan pulang untuk membungkus kau dalam tuala setelah kau puas dimandikan, direndam dan di syampoo..!
Huahuahua!




No comments:

Post a Comment