13 January 2011

Cik Bunga

A picture tells you a thousand words. TRUE. Semalam Cik Bunga dapat 1 picture yang really tell a thousand-billion-trillion words. GREAT. Ditambah pulak dengan pengakuan Yes, it is. NOW, IT'S REALLY GREAT.

So, dalam kelam-kabut men-tune balik kepala dan fikiran, mari kita berjogging, ajak aku kepada Cik Bunga Mari kita melihat kehijauan alam. Mari kita relaks santai. Mari sini, kita memujuk diri sendiri, tengok ikan dan orang berkayak. Mari, Cik Bunga!

Lari sebentar ke Tasik PC.

Sebelum turun dari kereta, bagitahu Cik Bunga yang kita bukan datang ke sini untuk mencari jawapan, tapi kita cuba untuk mencari soalan. Cik Bunga setuju.

Love this structure. Cantik kan? Cik Bunga setuju juga...so, aku bawak dia pi dekat sikit kat structure tu. Lihat dekat-dekat...

Cantik walaupun susunannya tidak sekata. terdapat rekahan sana-sini. Warna yang pelbagai.
So, kenapa mengharapkan kesempurnaan dalam hidup. Ketidakseimbangan seperti structure tiang jambatan ni pun masih boleh diterima dan cantik. Seni. Bukan begitu Cik Bunga?

Cik Bunga tersenyum, setuju.


Fine, mari kite jalan-jalan lagi. Tak payah jogging, penat. Hehehe.

Hah, jambatan di tengah tasik. Persinggahan kedua kami. Duduk sebentar menikmati permandangan yang tenang. Seperti tahu-tahu pulak suasana alam dengan kecamuk Cik Bunga.

Cik Bunga, kita selalu mengharapkan sesuatu yang A - Z tanpa apa-apa halangan. Lihat jambatan ni..kalaulah jambatan di landskap ini lurus je, menarik ke. Lihat ia dibina melengkok...sangat menarik kan? Kalau diikutkan kat, bukankan senang jika dibuat lurus je, tapi yang bengkang-bengkok ni dijadikan pilihan?

Cik Bunga tersenyum lagi.

Sambil duduk di atas jambatan, kami melihat gelagat student UPSI berkayak.

Mari kita jalan lagi Cik Bunga.
Ada signboard. Great! Ingatan untuk semua. Cik Bunga tahu kenapa ingatan ni diletakkan di merata tasik? Aku bertanya.

Cik Bunga megerut dahi.

OK, walaupun secermat mana kita berhati-hati sepanjang berjalan / berjogging di sekitar tasik ni, masih lagi ingatan ni perlu. At least it hint you every second.

Cik Bunga baca setiap satu. Dilarang memancing, Dilarang membawa haiwan peliharaan. Dilarang membuang sampah. Dilarang berenang. Dilarang terjun. Dilarang berbasikal. Dilarang bermotosikal.

Cik Bunga ketawa bila part Dilarang terjun.

Aku tanya kenapa ketawa.

Cik Bunga tersenyum. Dia berlalu sambil menjawab Dilarang terjun especially bila kau baru tau kekasih hati yang kau sayang dah bertunang. Dan dia bagi 1001 alasan bila kau tanya KENAPA...

Aku ketawa. Ya, dilarang terjun untuk sebab seperti itu.

Ada mini air terjun.

Tapi kalau Cik Bunga nak terjun kat sini, saya benarkan.
Sila lah. Setakat paras buku lali, saya benarkan.


Cik Bunga ketawa pulak kali ni.

berjalan ke sebelah kanan tasik. Ni dah hampir separuh tasik kami berjalan.

Cik Bunga terhenti di satu lagi signboard.

kenapa Cik Bunga? Aku bertanya.
Semakin curios sebab dia semakin banyak ketawa.


Awas. Jalan curam dan licin.
Hidup ni ibarat jalan curam dan licin. Kalau kau lalai, kau akan terjatuh.

Eh..eh..Cik Bunga pulak menasihati aku.


Cik Bunga, bila kita hadapi kesukaran untuk bernafas dalam apa jua hal bersangkutan kehidupan, ambillah ruang seluas alam untuk menarik nafas dan bertenang.

Hari ini Tasik ini untuk Cik Bunga. Bertenang lah. Cari semula ketenangan itu untuk hari esok.

Akhirnya, Cik Bunga kembali ceria.

No comments:

Post a Comment