Showing posts with label BBA. Show all posts
Showing posts with label BBA. Show all posts

06 October 2011

Mari tersenyum :) ngeeeeeeeeee!!

Bila kita berkawan dengan manusia yang menjadi tumpuan khalayak, yang mana bila apa jua dilakukan akan menjadi perhatian, apa juga yang diperkatakan akan didengari dan sebagainya...sebenarnya bukan salah dia pun dia dijadikan sebegitu rupa.

Dan bila kita berjalan berdua dengan niat nak habiskan masa bersama, bersembang, bertanya khabar dan bertukar cerita dek kerana berbulan tak dapat bersua muka...pelbagai plan terpaksa dirancang semata-mata tidak mahu pertemuan itu menjadi intipan dan bual bicara orang lain dan lantas disampaikan ke pihak-pihak lain. Haishhh..bila terlalu banyak perkara terpaksa dirahsiakan.

Big Rayban, lousy t-shirt, khakis and sport shoes. Berjalan kaki untuk ke McDonald. Duduk pula di sudut-sudut semata-mata untuk mengelakkan figura dikenalpasti dan mengundang jemputan lain.

Hahaha..dan kemudian didendang sebuah lagu untuk diingati di saat-saat tiada lagi masa untuk bersua sebegitu.

And it's true. Kini takkan ada masa untuk bertemu kembali bila tiba dipersimpangan, masing-masing mengambil haluan sendiri. Mungkin juga kedua-dua haluan itu akan bertemu dimana-mana menjadi kembali satu laluan. Hurm..pasti jammed, kan?

Dan lagu itu muncul kembali pagi tadi. Sengaja mencari video yang sangat comel berlatar belakangkan lagu yang sweet. Bila terdengar, pasti akan tersenyum. :)




Mari kita tersenyum semua. Mulakan hari anda dengan senyuman, takkan rugi apa-apa.

08 August 2011

Tragedi 'cawangan' Viccuda di bulan puasa.

Dulu masa tengah study kat UPM, memori berpuasa bersama-sama dak UPMKB mmg seronok. Kalau time berbuka tu, kalau tak set time berbuka sama-sama kat Putra Cafe, lebih syok berbuka sendiri dalam bilik dengan roomates masing-masing je.

So, lepas kelas..mula la team Baung mengambil order dari kami Team Kalui Cute. Kak Zuna, ingat Burger Jep? hahahaha! Itulah menu paling spontan akak order dari Anol dalam kelas International Finance dengan lecturer nama Bany yang suka pakai suit biru sepanjang semester. Hahaha..masuk pulak watak En Bany yang cute dan sentiasa buat kite nak duduk kat barisan hadapan dalam kelas! Paling seronok dan senyum sampai telinga bila En Bany buat penerangan dalam kelas tapi mata dia tertumpu kat kiteeeee je. Wahhh! Bersungguh-sungguh nampak gaya dia nk bagi kite ni faham. Eh, apesal pulak memori berbuka pose ni termasuk watak En Bany ni!!???

Ok next! Itu time berbuka. Time berbuka kat 'padang' pun best kan, suke makan kat kedai makan yang pakcik tu muka macam Malek. Paling best sebab boleh mintak macam-macam sebab yang tolong jaganya ialah anak-anak dara pakcik tu. Itulah masanya kami gunakan Team Baung untuk meminta itu dan ini. Dan yang paling best makan dengan Team Baung ni ialah mereka ni sangat tidak membazir. Contohnya :

Tak makan cili? Takpe, Malek ada.
Tak makan bawang? Takpe, Syed ada.
Nasi banyak sangat? Hafifi leh makan lagi separuh.
Tak makan kayu? Takpe2..Nuar ada!

Time sahur pun Team Baung ni akan berkhidmat untuk Team Kalui Cute yang manja dan tidak berupaya. Order akan sampai ke tepi tingkap jam 3 pagi. Lagi best kalau kedua-dua Team Kalui akan terus ikut dorang keluar pi la mana-mana untuk bersahur. Waktu itu, hanya ada motor-motor kapcai, so akan menjadi minah rempit di bulan yang mulia. Hahaha..masa tu paparazzi belum berleluasa, so takde sape akan tangkap gambar kite membonceng motor pria-pria terhebat tu di depan Kalui. Pak guard pun hanya mampu menjeling!

So, bila habis belajar..masuk dunia pekerjaan, setiap kali berbuka puasa Team Ex Baung dan ex-Team Kalui Tetap Sentiasa Cute akan deal la di mana-mana untuk berbuka puasa.

Ada beberapa scene berbuka yang masih dalam simpanan aku such as... :


Berbuka di BBQ Chicken, One Utama, PJ dengan Yan, Kak Zuna, Azida.


Berbuka di Village View, Bangi dengan Yan, Kak Zuna (lagi), Jaa and Sahnawan.

So, last week berbuka puasa di Restoren Viccuda, Damansara. Deal hanya dibuat antara ex-Team Kalui Tetap Sentiasa Cute - Ayu, Kak Zuna dan Ida je. Yang lain2 ada komitment dan berbakti untuk negara walaupun di hari minggu. Contohnya Yan @ Kastam Diraja Malaysia. =)



Right. Tunggu punya tunggu di Zida sampai penuh satu meja kitorg order makanan. Daripada kami ni orang pertama yang duk dalam kedai tu, sampai la kedai tu penuh dengan manusia termasuk la Farid Kamil and kawan-kawannya pun ada kat restoren tu, kami leh tertumpu pada persoalan di mana Ida.

Hampir sejam kami bergambar-gambar dengan mood happy-go-lucky..!



Bila dah kul 7.05 pun si Ida tak muncul2 padahal dia call kata dah nk sampai, kami mcm terkaget sebentar bersama kit-kat. Lagi teruk kagetnya bila Ida kata dia dah kat kaunter Vcuda tapi tak nampak pun kitorg padahal kak zuna dah tercongok kat kaunter tu. HOCCAYYYY!!!

Ida kat VCUDA UPTOWN. GOOD! Sebab kami kat VCUDA KOTA DAMANSARA!
Maintain anggun, instruction diberikan oleh Kak Zuna yang menyorok dalam kereta menggunakan GPS yang bersuara macho.

Dan akhirnya Ida sampai ke VCUDA yang sebenarnya..walaupun dah setengah jam lewat. Tak sempat nak kiss-kiss, terus makan dulu. Hahaha! Sengal tul la memori ni! Sampai esok pagi kitorg dok ungkit benda ni.


Tengok muka kak zuna tak puas hati! Hahahaha!
Kami orang pertama sampai ke restoren tu dan orang terakhir keluar dari restoren disebabkan Ida!


So, girls and guys, tahun ni nak konvoi raya kat mana plak? Tahun lepas Ida, ape kata rumah ni rumah Ida jugak tapi please make sure RUMAH IDA CAWANGAN MANA TAU!


2009's raya at rumah Azida.


Next entry - sleepless night at Arzuna's house with Ida. Sumpah, aku nk sumpah Ida jadi batu belah batu bertangkup supaya dia tak menyeru2 nama aku dengan harapan kami tak tido malam. Leh? Tu belum ke-sengal-an Ida bawak kami dari Serdang ke Kg Baru semata-mata untuk bersahur nasi lemak telur goreng then balik semula ke Serdang sebelum imsak.

28 December 2010

Nasihat untuk Yan*Minah Belukar.


Dah lama kan tak update entry tentang kawan-kawan sekapal layar di UPM. Dah bertimbun dah berita dok dengar pasal dorang. Ada yang dah kawen, ada yang dah preggy, ada yang dah dapat baby, ada yang preggy lagi..dan dapat baby lagi..~ (^_^)

So, kali ni ada special post untuk salah seorang kawan. Yan. Minah Belukar. Sampai bila-bila surname Minah Belukar akan melekat kat belakang nama dia ni. Kehandalan dia untuk meletakkan kepala di belukar pelusuk mana pun dan terus tertidur takkan dapat di atasi oleh mana-mana manusia. Kalau ada kategori ni dalam ANDA ADA 60 SAAT tu, aku rasa Yan akan jadi pemenangnya. Confirm!

So, what's about Yan. Minah Belukar. ?

She's leaving Putrajaya. For good sebab dia dapat kerja kat KASTAM Port Klang. Congratz! Congratz! *bunyi letup-letup bunga api*

KASTAM? Terus teringat seorang lagi member sekuliah kami dolu-dolu. Suhardy. Tapi Ady kat LCCT kan, Yan. Kalau kau pun dapat tempat dgn Ady mesti best kan, Yan?

W41. Lepas ni, korang jangan terkejut Yan asyik kepit calculator besar gajah kemana-mana dia pergi. Sebab lepas ni dia sibuk nk stock check barang rampasan kastam yang bernilai juta-juta Ringgit Malaysia.

So Yan.

I've create some (lots of) advise for you * (^_^)V

1. Pi baca balik buku finance yang kita duk berkampung kat bilik bacaan sambil buat onar tentang FIFO dan LILO.


* Bukan FIFA dan bukan Lilo & Stitch.*
It's ok. I'll post my Finance's notes to you.
Time kelas topic ni, kau dengan Nuar ponteng pi Mines. O_o

2. From 3rd January 2011, kalau ada jemputan dari teman-teman untuk agenda jahat di rumah Kak Zuna, no more typical reason such as " Ala Yu, aku tak gaji lagi la..Gaji aku 10hb... Korang takpe la sebab 25th dah gaji.." Tarikh akaun kite didebitkan sama dah Yan. Every 25th.

Owh2..dan cuti kau pun akan banyak! 30 hari! Tak payah nak kecoh2 bagitaw kitorang kau takde cuti lagi...

3. Jangan nak menggatal dengan abang-abang kastam sebab aku tau itu agenda utama kau apply kastam dulu. It's written on your face, darling. *pi basuh muka*

4. Lepas ni kau akan faham perasaan Fifi (hensem) tension menjawab soalan tugasan PTK sampaikan dia email semua soalan PTK tu kat aku budget2 macam la aku ada skema jawapan dia.

5. Dan kau akan semakin faham, ape benda aku and K.Zuna selalu sebut-sebut pasal Pekeliling yang kau buat muka bosan bile dengar topik tu muncul. Kali ni, kalau kau pulak bukak topik Pekeliling, aku cepuk kau dengan calculator.

OK. Siap 5 nasihat untuk Yan. Minah Belukar.

Last but not least. Selamat orientasi dan induksi.

And welcome to the club!

20 July 2010

Yan..how dare u!!

Semalam terjumpa CD picture lama-lama dalam kotak POOH. Terjumpa 1 album CD yang kebanyakkannya tertulis "UPMKB".

Godek2..terjumpa banyak picture & video yang sangat menyentuh perasaan. Mcm2 kenangan datang balik.

Dan tibe-tibe...

Hohoho... how sweet. ECEHHHHH. TTM yang sangat disayangi.
Tak perlu diterangkan mcm mn posing ni terjelma.
Sebenarnya tengah main nyorok2 belakang pentas
di Dewan Harmoni, K5, UPM Serdang.

Mula-mula ingat nak la touching2..tapi belek2 punya belek lagi...

EHHHHHHHH!


INI BILA PULAK!!?????

Conclusion: YAN! HOW DARE U!!!???

19 May 2010

Mari mengarang cerita dongeng

Phuhh.. seharian (dari semalam) aku dok berlari-lari ke ruang depan pejabat ni untuk mengangkat telefon. Almaklum, 4 orang staff gi ujian KPSL, 3 orang di Pangkor, 3 orang di Blok C menjaga kursus dalaman. Tinggal la aku dan 2-3 orang je di ofis. Tiba time pegawai lain turut ke Blok C untuk menjenguk 'portfolio' masing2 berjalan lancar, tinggal aku. Perghh..lipas kudung pun terhenti tengok aku lari pecut ke arah telefon memastikan tidak sampai deringan ke tiga. Huahuahua..hebat tul aku! Berani berlari2 sebab hanya aku dalam ofis. Hehehe..

Dalam waktu kecederaan tu, sempat 'bertegur-sapa' dengan En alod_begilong.


Perbualan bermula seperti biasa. Kemudian sampai ke part Alod_begilong mula nak menggatal.

Aku pun layan la soalan dia sambil mereka (creating) cerita dongeng.. (rekaan semata-mata)

...kesimpulan alod_begilong :

..dan aku meneruskan skrip dongengku:

Tak semena-mena, alod_begilong menyambung cerpen aku. Huh!

Dan nama YAN pun terkeluar!

Dengan pantasnya, aku capai handphone, dan mengirimkan SMS kepada Yan. Sampai entri ini dipaparkan kepada seluruh dunia, Yan masih belum membalas SMS aku. Takpe, aku tahu kenapa dia masih belum balas SMS aku. Mustahil dia sedang meeting / siapkan paperwork jam-jam 1.45 petang sampai kul 8.00 malam. I know her very well. IT IS (MUST BE) BECAUSE DIA TAKDE KREDIT. Haish!

04 May 2010

Hujah pembelaan tanpa wakil peguam. Sendiri bikin.

No need to hired any peguam untuk mendakwa pemilik blog yang suka tidor dalam belukar. Ohoo...ada unsur2 kutukan dalam entri ko ye! (is it your latest entry ni ditujukan KHAS UNTUK AKU?)

Yan!
'Thanks' sebab ulang lagi sekali ayat dalam blog aku > entri ini. Grrrrrr!!

Sah, bukan sekadar mimpi. Dan memang dalam call register aku, ada nama Fifi call aku kul 11.00 malam. Ko kata awal? Hello my dearest sayang, ingat tak last time kite bercamping kat umah K.Zuna, ape korang komplen pasal mata aku? Sembab? kurang tido? Ha..! Ha..! That why aku ambil langkah berjaga-jaga. Tido awal supaya mata tak letih. Melambatkan proses kedut bawah mata.

Aku masih waras, tido dlam keadaan baring!


Eleh, lupa la tu. Or pura-pura lupa.
Well, dengan adanya ko dalam agenda jalan-jalan kita bertiga / berempat, akan siap dengan pakej. Ko ratu sesat jalan. Insyaallah akan sampai ke tempat yg dituju, dengan syarat akan round 1 KL dulu, baru sampai. Kajian aku dengan Kak Zuna mengatakan, ko adalah punca virus. Kesimpulan : urat ko akan putus bila bersama kami, tapi tiba2 lak gedik macam putus-tak-putus bila dengan Syed. Hek!

Yup! Agree la babe!
Ingat tak kejadian 'abang polis-ala-ala-Ally-Iskandar' yang tahan kita malam rambu-ramba kat Danau Kota? ...aku ni pn xla baik sangat... (meminjam ayat yan dalam blognya), tapi at least abg polis tu tau kita baik, kan Yan? Actually, klo malam second week tu kita jumpa abg polis yang sama, memang aku nak buat lawak "IC sape bang, saya yang drive ni ke, kawan saya ni, or member yang tido kat belakang ni..?"

My opinion, bukan sahaja girls bertudung tak 'cantik' bila merokok, yang tak bertudung pun, sama tak 'cantik' bila merokok. But lastly, it's their right. Cuma, tak sedap mata memandang, kan?

Last but not list, rindunyer kat si kembar daring yang semakin temban ni. Oppsss!

26 April 2010

Daddy Shah & Jr Shah Abqari.

Salam.
New update and fast-one. Takde bahasa bunga2 angkasa.

Pada Khamis lepas, 22/04/2010, jam 11.07pm, abang aku Sahnawan dengan rasminya bergelar ayah kepada Shah Abqari. Tak lupa tahniah kepada si ibu, Nurul Husna....
We are happy for both of U.


Ucapan tahniah segema suara dari dak BBA UPMKB!

Shah Abqari @ Abby, come here and meet your uncle & untie!

p/s : Rupa Husna. Kan?

21 October 2009

Korek gambar lama and make caption on them.

Aku mengalami kemurungan. Arghhh..

Disebabkan masa untuk bershopping dan hanging around dengan team Serdang masih ada dalam 3 hari, so aku terpaksa buat self-therapy. Korek balik picture2 lama dalam FS dan FB..dan ketawakan suasana dan ketika itu.

Antara nya:


Lihat si tinggi oren itu. Owh...'teman tapi mesraku'. Mana leh pisah kitorang. Menimbulkan kesusahan pada orang lain sebab kami memang melekat setiap masa. Hahaha! This picture taken after final exam semester 3. Malek (duduk) masih belum secara official mempublishkan dirinya sebagai 'hakmilik umum' sebab masa tu dia aku yang punya. Hahaha (lagi). And my abang is there, too. Standing beside Yan. Eh Yan, kurusnye ko time ni ya. Oh ye, time ni ko dah sah menjadi ahli kumpulan ini selepas ko dengan rasminya mengaku 'murtad' pada warga Kelah. Dan time ini jugak, sebagai ritualnya, kami dah cop di dahi ko "MINAH BELUKAR". Forever.


OHHHOOOOO!! Inilah detik kegemilangan kita yang takkan dilupakan sampai bila-bila dalam sejarah penubuhan UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU. Tengok! Tengok! Itu 'si tinggi' itu masih melekat dengan aku kemana sahaja aku pergi. Keh3x!
Aksi seksi 18SX Nuar menjadi titik tolak kepada aksi-aksi panas yang lain, selepas itu.. Si Tamil yang tiba-tiba sangat kontra dengan simfoni kasih susunan aksi posing.
Ala ngajat tampi..ala tampi ..ala ala ala....


Dan kesan kegemilangan itu terbawa-bawa hingga ke Kolej Kelima, UPM Serdang. Memang takleh nak low profile sungguh srikandi-srikandi ini. Sorry. Kami memang tak leh nak duk saja.
Hulubalang yang sangat sporting menjadi 'frame' dalam picture ni. Masih ingat bagaimana hecticnya untuk mengingat dan menghafal semua step-step tarian 1 Malaysia ni..? Nak hafal rumus dan formula dan lekuk2 dalam Mikroekonomi pun tak sesusah ini. Especially bila bergurukan Zaidi The Bomb itu.


Di depan tugu. Mari buat checklist sama ada aku ingat siapa dalam picture.
Kiri ke kanan : malek, Yan, Lah |aku| hanim, K.Zuna, zaidi.

Wah! Hebat!

Ini adalah jaket kesayangan aku. Aku pakai sampai semester 7.
Sampai Anol si tinggi galah naik bosan. Asyik dating dengan jaket yang sama!

Malah semua sudah tahu ITU JAKET AYU. JANGAN CURI!


Semester pertama di Bintulu. Kurus sangat sebab rindukan mama papa.

"Ye la tu...then semester 2 bila Provos suh balik ke serdang..sapa yang menangis teresak-esak sebab taknak balik? Nak stay kat Bintulu?"

Aku.



Sekian, tamat sudah sesi self-therapy bercakap sorang-sorang depan PC. Azura, sila turn off PC ini dan pulang ke rumah. Malam ni tido pakai hydrating mask.

09 September 2009

Kami hang out together lagi.

"Tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyuh berlari..."

Ini adalah ayat tema sepanjang reunion / berbuka puasa kitorang. Aku, K. Zuna, Yan, Zida, Shah, Jaa and Hadi (Khayalan). So sudden, Malek tak dapat joint sebab tuntutan kerja yang lebih penting. Sigh. Dah lama sey tak jumpe dia.. Last time kat Mines. Huh..!

Okey, back to our main story.

Muka - muka dalam keadaan berpuasa. Masih ceria!

05.09.09 - Village View, Bangi.

Idea nak g makan kat Bagan Lalang batal sbb tak cukup korum. Tipu. Sebab tak tempah awal. Hahaha. So, instead of makan kat Ayu Tomyam, Serdang, (idea Yan) kami berempat decide makan kat Village View, Bangi. (Macam pernah dengar. O..oh. Yup. Once upon a time.) .

Kelakar je. Since kami terpacak depan kedai tu last minute gak, so keluarlah istilah2 yang kami terpegun sejenak such as 'meja reject' and 'meja kuih'. Hek! Since tokey Village View tu salah sorang member Jaa, kami dapat "meja VIP''. Hahaha!

Kad raya yang kami suh Jaa simpan sambil ke akhir hayat!

********
Kamus: Meja reject are referred to meja yang tak disusun awal-awal dalam restoren. Baru amek kat stor and just letak kat tepi sudut restoren; meja dalam keadaan baik; tak goyang.

Meja kuih pulak ialah meja yang pada pagi harinya diletakkan kuih. So, bile petang meja tersebut dah takde kuih, dijadikan meja untuk guest pulak.

Meja VIP kami adalah meja kuih. Strategik sebab berdekatan dengan tempat nk basuh tangan, parking kereta dan toilet. Juga akuarium ikan dan meja preparation air jus. Segalanya berlegar-legar disekeliling kami. Huiii!

***********

Order makanan macam puasa dah 4 hari tak berbuka-buka!

Sementara menunggu waktu berbuka, kami hang out kat PKNS Bangi. Penat melepak, akhirnya kami kembali melepak di Village Bangi.

Muka kekenyangan. Pose gaya ala nasyid.
Bernyanyi "..sepohon kayu daunnya rimbun..."
dalam hati dengan nada yang sangat harmoni.
Bertiga-tiga dari kiri cepat jalan!


OK. Sambil makan, Jaa meluahkan perasaan. Siott jek! Pandai sorok erk. Hehehe. Topik are sooooo confidential to reveal. Oppss..sian tengok muka Shah yang blurrry bile mention ttg Marul. Hehehee.

Abis berbuka puasa. Balik umah Yan - Hello...townhouse tu sangat pelik. Sorry la sbb terlalu taksub dengan Tg Malim. Hek!

Tempat persinggahan kedua - Original Penang Kayu Nasi Kandar.



Order minum macam nak ajak gaduh. Tak puas hati tul muka K.Zuna!

Kat Restoren Original Penang Kayu Nasi Kandar. Roti tisu ini sangat menerujakan kami untuk menghabiskannya beramai-ramai. Mamak tension dengan K.Zuna sebab selang 5 minit mesti nak order somthg.

*Kira berapa biji gelas ada dalam gambar diatas.
Teka jugak berapa kali mamak kedai kne tahan dengan K.Zuna.
Its explained why lepas tu takde waiter yang kelihatan berdekatan meja kami! Haih!

Again, klo dah kitorg yang berkumpul, night wud never come. Kul 9pm, keluar lagi. Shah and Jaa 1 kereta - leading. Kami girls anggun naik kereta Yan - follower. Jemput Hadi kat Bandar Permaisuri. Scene ''pakcik ko buka kaunter zakat kat depan tu.." mmg pecah perut. Ada ke patut call Yan (our driver) dalam 50 ela dari roadblock polis. Dah tau ada polis, tak payah la call kami di kereta belakang!

Antara dialog yang sempat aku captured:

Kring! Kring! (bunyi telefon ala klasik)

Yan : Yup!
Jaa : Aku nk bagitau je, kat depan tu ada lampu biru.
Yan : Lampu biru? Tak faham..(muka Yan sangat blur. Aku n k. Zuna pun blur? Filem biru ke?)
Jaa : Lampu biru..!
Yan : Tak faham la Jaa (keadaan traffic mmg jammed gile time conversation ni happen)
Jaa : Pakcik ko buka kaunter zakat kat depan tu.
Yan : Kaunter zakat?
Jaa : Polis buat roadblock la!
Yan : Dah ko tahu ada roadblock kat depan tu, yang ko call aku apsal?!
Ayu : Yan, hang up fhone. Roadblock dah dekat tu! (ni aku menyampuk!)
Jaa : Aku nk bagitahu je, selalunye dorang buat road block nk tahan motor.
Yan : Yelaaa...letak la fhone.
Ayu : Letak Yan!

Conversation ended dalam keadaan yang tegang. Pakcik Yan yang buka kaunter zakat @ roadblock tu tak nmpk pun muka kami ala-ala baru culik Gabenor Bank Negara XXX.

Siot nyer Jaa. Dah tau ada roadblock kat depan, tak payah la nk borak lama2 kat fhone. Siap nk buat penjelasan knpe polis buat roadblock! Sakit perut kami ketawakan kejadian tu. Kesudahannya, Jaa kene marah dengan Yan kat Restoren Original Penang Kayu Nasi Kandar. Hahaha!

Makan kat restoren tu ala-ala sekali sahur. Sekali lagi, somthg about puyuh appeared lagi. Tak larat nak melantak dah sebab kenyang. roti tisu jadi cubit-cubitan terakhir kami.

Aku tak sentuh lagi part Hadi salah masuk kereta kan? Ntah kereta sapa la dia hampir nak masuk. Natijahnyer, Kak Zuna kene balasan bile time balik dia plak nk kemana-mana ntah padahal kereta ada tepi dia je. Err..aku pun!

Balik umah K. Zuna. Tido dalam keadaan penat gile babeng!


Oho..sangat gembira membelek-belek kuih-muih yang dijual.
Kakak penjual pastinya sangat gembira melihat kami membelek kemudian giggling and blah! Sempat dia terdengar aku cakap "Mahal. mahal. Kita buat sendiri. Or kite tunggu malam raya baru beli. Murah!" Yan setuju!


06.09.09 - BBQ Chicken, One Utama.
Girls Day Out. OU tu macam kami yang punye. Sebab..kat mana2 je kami pergi, kamera mesti klik-klik. Ketawa la sekuat hati..kami mmg seronok mengilai bersama-sama. Oppss..kami bertiga puasa penuh ok hari tu. Shopping at Jusco mcm gile la sangat.


(Pelajaran aku dapat dari Yan hari itu. Naik escalator jangan letak tangan di pemegangnya. Sebab ada orang korek2 hidung and calit di pemegangnya. Yaksss! Berjaya membuatkan aku berlatih imbangan badan setiap kali naik/turun via tangga bergerak!)

Scene di reject Shop, One Utama. Picture speak thousand words.
Ketawa bagai nk rak mengundang jelingan pengunjung Reject Shop dengan tawa mulus kami.
Accident tudung (selendang) Yan tersangkut di handbag K.Zuna.
Or you might say as dorang ni baru je keracunan makanan!


Oppss..Kami memang suka ketawa.
Dari UPM memang kami ni Puteri Gelak Ketawa.
Cerita di sebalik gambar - Nothing.
Kami memang saja gelak. No reason!



Tunggu Zida. And bile Zida sampai...kami naikkan lagi frekuensi ngilaian kami ke tahap maksimum. Bukan senang ok kami nak hang out together-gether like this. Such as bukan sesenang Ayu nak turun dari Tg Malim tallykan masa free dengan Yan yang sibuk dengan wedding orang lain, K. Zuna yang asyik kuar dengan skandal and Zida yang karier women asyik kerja. That's it. Bila dapat jumpe sekali-sekala....maximize it.

BBQ Chicken.


Zida and Me. Sweet! Ceehh..puji diri sendiri!


Okey.Okey. Baca dengan teliti ape yang dia dok tulis banyak2 dalam menu ni.
Ingredient, how to cook..sume kne amek tahu!

Kak Zuna and Yan yang sangat suka bergambar depan cermin ada bentuk LOVE tu sampaikan staff dalam kedai tu dah cam muka kami yang asyik berposing depan kedai dia.


kali ni shoot nampak word "Fall In Love". Sangat teruja.

Snapshot yang sangat cantik. By me!
Last shot before pisah dengan Zida.
See u next time, Da!

Balik umah kul 10pm. Tido.


07.09.09 - Weekend end.
Shah jemput kul 10. Balik Tg Malim tapi kne teman buat assignment kat ofis sampai kul 6pm. Huhuhuhu. Cuti Nuzul Quran aku di ofis? Yup! Marul call nak menggatal tapi terkedu bila Shah jawab call dengan seriusnye. But, lepas 3 min kne soal-jawab dengan Shah, baru la Shah mengaku itu dia...Marul menyumpah gile! Hahahaha.."ada abg ko berani la..." ayat dia kat aku. Hehehe!

Buka pose kat Dusun Bay. Not bad la... Penat je actually. Exhauted sangat. Esok kerja.

Balik kul 8pm. Lembik.



Pose pink yang paling aku and K. Zuna suke.

Sementara Shah tengah pam minyak, ini minah sedang bersuka ria berpicture2 an.

Picture atas dan bawah : Teknik mengisi minyak


Sibuk si adik nak snap picture jugak!

Tapi, yang penting kita enjoy!

Hip-hip, horray!

More picture and caption - go to Yan's blog. (Click here)