23 February 2012

kerana kita berbeza...

"There's a story behind every person. There's a reason why they're the way they are. They aren't just like that because they want to"
Bila baca ayat di atas, terus kepala terangguk-angguk mengiyakan. Seolah-olah ada seseorang kat hadapan ni yang menunggu kata putus dari kita 'yes' or 'no' dan kita pun akhirnya mengangguk untuk membenarkan.
#1. There's a story behind every person. 
Setiap orang yang pastinya mempunya cerita hidup yang tersendiri, pasti lain pula perwatakannya berdasarkan bagaimana dia menjalani hidupnya. Untuk menyamakan seseorang dengan seseorang yang lain amat mustahil. Walaupun dua orang yang mengalami peristiwa yang sama, cara kedua-duanya mengatasi peristiwa itu juga berbeza. Jangan harapkan mereka berdua akan mengambil jalan penyelesaian yang sama. It's totally different, uols. 
Jangan kerana kita pernah mengalami peristiwa yang sama, jadi kau faham apa yang aku alami. Kita mungkin sama-sama pernah dilanggar motosikal, tapi ia membawa kesan yang berbeza pada kita selepas itu. Kau mungkin hanya luka di lutut, tampal penampal luka dan berlalu pergi. Aku? Patah tulang rusuk, patah tangan, lebam sana sini dan basikal kesayangan tidak lagi boleh digunakan. Tak sama, kan? Oh, itu hanya contoh. CB tak pernah patah apa-apa tulang dan minta dijauhkan perkara sedemikian.
#2. There's a reason why they're the way they are.
Setiap manusia pun dikatakan berbeza antara satu sama lain dan dibuktikan dengan corak relung di jari dan turut dijadikan subjek Sains semasa di Tingkatan 4 dulu. Ingat? Kita merenung jari seluruh rakan sekelas untuk memastikan siapa mempunyai corak pusar, ombak, relung dan entah apa-apa lagi. Inikan pula watak dan perwatakan. Tindakan juga mungkin berbeza. 
Orang lain patah hati mungkin akan merajuk 365 hari tak mahu makan dan minum. Tak mahu terserempak dengan insan yang mematahkan hatinya. Tak mahu mendengar namanya. Tak mahu even melihat bumbung rumah, anak kucing, atau tak mahu berurusan dengan individu lain yang namanya sama seperti bekas kekasih. Hahaha. Itu hak mereka. Jangan ditanya pada aku. Sebab aku hanya mengangkat bahu. Perasaan itu lama hilang. Kosong. Sangat. Sangat.
#3. They aren't just like that because they want to.
Tiada siapa pernah meminta atau mencipta takdirnya sendiri. Usaha ke arah kejayaan dan kemudiannya berjaya menjadi usahawan multi-level-marketing, ya itu sudah pasti. Kerana usaha. Bukan duduk sahaja goyang kaki dan kemudiannya dalam Maybank2U masuk RM6juta sesenang itu. Ada keringat yang dititiskan untuk itu. Tahniah atas kerja keras anda. Tiada siapa minta dilahirkan serba kekurangan. Semua meminta dilahirkan dalam kekayaan (mungkin) tapi bukanlah hanya menyebut dalam hati, kekayaan akan muncul..tanpa usaha,kan. Jadi, jangan sesekali berkata 'kau yang meminta begitu'
Bertanya kenapa seseorang itu hatinya sekeras batu, tiada perasaan, hati kering..? Itu bukan satu pilihan A, B dan C semasa kita dilahirkan ke dunia. Hasil ini adalah kerana perkara #1 dan #2 seperti dinyatakan di atas. KESAN.
Jadi, sebelum bertanya dan mengharapkan jawapan sekukuh Tembok China..kaji dulu sedalam-dalamnya.
Sebelum memperlakukan seseorang lain dengan pelbagai perkara, ingatla..apa yang kamu lakukan jika tidak sebesar bunga Rafflesia pun..pasti ada sekecil zarah akan meninggalkan kesan ke atas dirinya. Hidupnya.
....kamu pula hidup bahagia seolah-olah tiada apa yang terjadi. Seolah-olah perkara di atas, bukan kamu puncanya... 
Bak kata seorang rakan blog - I am weak. I can only forgive. Not forget... Ya! saya sangat setuju. Namun masih belajar untuk melakukan kedua-duanya. Serentak.

No comments:

Post a Comment