Sebenarnya minggu ini banyak pula kejadian indah dan ada juga yang kurang indah. Well, yang kurang indah tu tak boleh la pulak nak dielakkan. Sedangkan dalam seminggu ada juga time hujan, inikan pula kehidupan. Pelbagai rencam, kan?
Sesuatu yang aku juga tak faham, bagaimana boleh aku sekuat itu menahan diri daripada mengamuk seperti zaman dulu kala. Seriously, i think it is what we called 'maturity'. Aku bukan lagi di zaman Tingkatan 4 atau 5 yang sentiasa pantas menyerap kemarahan dan dihamburkan dalam masa sesaat.
Sekarang, well...i think recently...I did it well. Anger management yang berkesan, mungkin. Betul kata orang (orang mana tah!)
YOU WILL MAKE THE BEST SPEECH WHEN YOU ARE ANGRY.
Buatlah apa pun. Katalah apa pun. Cubalah apa pun. Jika niatmu hanya untuk menimbulkan kemarahan dalam diri. Maaf, kamu boleh cuba dan terus mencuba. Bukan aku terus menolak semua cerita-ceriti itu, tapi aku cuba bertahan. Semua masalah boleh diselesaikan dengan berbincang.. Apa pun masalah di masa akan datang, bukan berpunca dari kamu.
Dan sebenarnya, kamu yang semakin marah.
InsyaAllah, hati ini masih kuat. Perasaan ini juga masih kuat. Tipu jika aku kata tak bergegar dan tergugat, namun aku masih ingat lagi. Masih sempat berpesan pada hati agar TABAH dan BERSABAR. Jangan biarkan dia menang.
Sabarlah, jangan menangis.
Jika seminit hidup ini diisi dengan kesedihan, bukankah ia bermakna kita membazirkan 60 saat waktu di mana kita boleh tersenyum gembira.
Rugi, kan? Smile, sayang!
Seseorang bertanya.
Bagaimana aku boleh bertahan sebegitu. Jika dirinya, pasti goyah..tatkala menghadapi situasi sebegitu.
Aku juga manusia biasa. Menghadapi situasi itu, dalam sesaat ada juga goyahnya. Ada juga sedihnya. Ada juga terasa terhirisnya.
Pejam mata. Tarik nafas sepanjangnya..lepaskan perlahan.
...and then..................
Ambil fhone..and call my love one! Hahaha! Itu sahaja ubatnya. Itu sahaja sebabnya kenapa aku masih boleh bertahan sekuat itu.
Doaku. Jika suatu hari aku pula menghadapi situasi itu, dia tetap kuat berdiri mempertahankan diri ini.
Wassalam.
p/s : Tak faham dengan semua ayat-ayat dalam image diatas? Sila Google Translate. Terima kasih.