Showing posts with label MSE. Show all posts
Showing posts with label MSE. Show all posts

06 July 2012

Jalan-jalan makan megi. Eh, spagetti.

Dah lama tak jalan-jalan hirup udara petang yang nyaman. Kat Tanjong Malim yang indah ni memang takde (or aku yang tak tahu) tempat lain la nk duduk bersenang lenang, tengok pokok, tengok gelagat orang, berjogging.... melainkan Tasik Lembayung, Proton City (PC).

Kali ni tak berjogging (adui, dah lama tak berjogging, sekali kene 2 round...memang senak perut). 

So, next trip takmo dah jogging. Tapi minum petang.

A week before I went to Pizza Hut @ Melaka, so surprise dengan 'kemeriahan' spaghetti bolognaise nya yang penuh satu pinggan. Bawang pun banyak! Best.

Then, a day before I went to Proton City, I went to had a same dishes at Pizza Hut, TM. Huhu..rasa nk order 2 pinggan baru dapat the same amount like before.

So, I've decide to prepare my own spaghetti that day. Had it at PC. With him.

So, menggunakan bahan-bahan yang tak terusik masa nk buat potluck kat office, I've prepared meal for two. ^_^


Actually, ini posing lepas kekenyangan. :)
Sebelum habis :)

Hmmmm...sikitttt lagi nak habis ^.^

Proton City - yang indah. Got fountain. You got?
Nothing. Just an empty bench....



15 May 2012

Terkejut dalam kejutan.

Terkejut. Mungkin itu tujuannya kejutan dilakukan. Dan itu adalah reaksi spontan tanpa perlu diskripkan bila sesebuah surprise dilaksanakan dengan jayanya.

Mari dikronologikan :

Jam 3 pagi, 13 Mei 2012... satu nyanyian Happy Birthday dari si dia berkumandang hanya di corong telefon. Nyanyian jauhnya dari 200km. So sweet. Dihujung nyanyian, kedua-duanya kembali tertidur dengan telefon di telinga. Hahaha.

8 pagi. Ucapan dari Mama tercinta. Kemudian adik. Buat yang ke sekian kalinya dari buah hati di Melaka. Kemudian deretan ucapan yang sama dari teman-teman seluruh negara. Thanks! 

Malam.
Mama sangat sibuk di dapur. Kesibukkannya agak lain macam dari kesibukan malam-malam lainnya. Bertambah pelik bila mama bawak keluar semua pinggan, mangkuk dan cawan yang hanya akan digunakan semasa Hari Raya. Bila ditanya, "saja...Hari Ibu nak pakai pinggan mangkuk cantik-cantik" Ok, fine. 

Mama pesan lagi. Nanti lepas makan malam, teman mama gi Grand Union Supermarket (GUS) nak beli barang. Bila ditanya barang apa nak beli sampai ke GUS, mama jawab "rahsia". Huh. Pelik.

Ok, lepas maghrib, terus-terus siap proper sikit sebab lepas makan terus nak gi GUS. Takkan nak pakai baju tidur kan. 

Makan time. Kepala dah malas nak fikir kenapa decoration rumah agak cantik. Papa duk kemas ruang tamu, bawak masuk semua unproper things yang berlonggok di ruang tamu ke bilik belakang. Tiba-tiba, mama prepare makanan di meja makan. Tiba-tiba bau nasi minyak sangat menggoda. Udang masak sambal. Daging rendang. Agar-agar.

Tiba-tiba Uncle Ajiz datang rumah membawa sebalang air tebu. Tiba-tiba seluruh family Uncle Ajiz and Che Wan menjadi tetamu. Ok, mama saja nak jamu dorang sekali kot.

I say "Mama, ada tetamu datang ni, bukak la lampu porch tu. Awat gelap," Mama kata "takpe..takpe.. Biar gelap" Huh, pelik sangat ni! Apa yang rahsia sangat sampai tak nak jiran lain tau. Jeng..Jeng..Jeng.

Che Wan tanya "hah, birthday girl. Takde kek-kek ke?"

Saya jawab "Ala, tak payah la kek-kek. Kita makan nasi sampai kenyang," Lurus sungguh jawapan aku yang naif ini.

Tiba-tiba.

Ainol masuk dengan Abby. Ainol dengan kek. Chocolate strawberry yang menggoda. Abby dengan bear berwarna pink yang sangat besar. 

Really surprise. Tak terkata apa. Satu, sebab lapar. Kedua, elemen surprise itu sangat jelas di muka aku. Huh.

Oh! Semua persoalan dari awal terjawab.

Ok. Thanks to all. Terjawab sudah. Thanks for the pinky bear. Thanks for the beauty set. Thanks for the delicious cake. Thanks for the nasi minyak. Sangat kenyang. Dan bahagia.

Sekali lagi bila buah hati di Melaka call, diceritakan surprise yang dianjurkan oleh Mama dan adik-adik. Si dia berkata "Pandai Mama arrangekan surprise ek," 

Perbualan dan percintaan hingga jam 12 malam. Nite love.

Rupanya elemen surprise masih belum selesai. Ku sangkakan mastermind dah diketahui, rupanya salah. Salah sangat-sangat.

Rupanya mastermind sebenar adalah si buah hati di Melaka. Dialah sponsor utama. Kek coklat strawberry dan Mr.Pinky Bear adalah dari si dia yang nun jauh di Melaka. Hoccay! This is REALLY SURPRISE.



Plan dirancang dengan bantuan Adik, Abby. Aty turut terlibat pada mulanya cuma dia agak jauh di Kuantan so task diserahkan kepada Abby dan Adik. Mama mengikut jalan kerja yang dibentangkan oleh adik.

Si dia taknak mengaku sampailah Adik tunjukkan bukti SMS rancangan mereka sehari dua sebelum 13 Mei. Selepas pengakuan diterima, satu lagi surprise diterima. Rupanya plan yang sama dirancang di pejabat namun ahli gerak kerja tak berapa nak free sebab kursus. Dan aku pulak outstation. Wah.

Thanks sayang.Love u. And love you too Mr.Pinky Bear.
Urusetia yang terlibat. :)
No wonderlah 2-3 hari ni asyik nak passed fhone kat Abby and Ainol ek. Komplot ni la rupanyer. :)

Love u.

01 April 2012

Tertulis di luh mahfuz...

Jodoh itu RAHSIA ALLAH.
Yang tertulis di Luh Mahfuz semuanya rahsiaNYA yang takkan terungkai tanpa izinNYA.

Dan bukan sesuatu yang boleh dibuat main seperti APRIL FOOL, sayang!!


Bila ada yang sayang... Jangan lukai hatinya...
Bila ada yang cinta...Jangan kamu titiskan air matanya..
Bila ada yang menanti..Pastikan kamu kembali... 
Bila ada yang setia.. Lakukan yang sama..
Bila dia pergi...Pergilah kejari selagi merasa dia bererti...
Kerana bila dia tiada di sisi...Kamu akan sunyi dan sepi...

30 March 2012

Jangan marah-marah

Assalamualaikum. Jumaat yang indah kan? Syukur sangat. :)

Sebenarnya minggu ini banyak pula kejadian indah dan ada juga yang kurang indah. Well, yang kurang indah tu tak boleh la pulak nak dielakkan. Sedangkan dalam seminggu ada juga time hujan, inikan pula kehidupan. Pelbagai rencam, kan?

Sesuatu yang aku juga tak faham, bagaimana boleh aku sekuat itu menahan diri daripada mengamuk seperti zaman dulu kala. Seriously, i think it is what we called 'maturity'. Aku bukan lagi di zaman Tingkatan 4 atau 5 yang sentiasa pantas menyerap kemarahan dan dihamburkan dalam masa sesaat.

Sekarang, well...i think recently...I did it well. Anger management yang berkesan, mungkin. Betul kata orang (orang mana tah!)

YOU WILL MAKE THE BEST SPEECH WHEN YOU ARE ANGRY.



Buatlah apa pun. Katalah apa pun. Cubalah apa pun. Jika niatmu hanya untuk menimbulkan kemarahan dalam diri. Maaf, kamu boleh cuba dan terus mencuba. Bukan aku terus menolak semua cerita-ceriti itu, tapi aku cuba bertahan. Semua masalah boleh diselesaikan dengan berbincang.. Apa pun masalah di masa akan datang, bukan berpunca dari kamu.

Dan sebenarnya, kamu yang semakin marah.

InsyaAllah, hati ini masih kuat. Perasaan ini juga masih kuat. Tipu jika aku kata tak bergegar dan tergugat, namun aku masih ingat lagi. Masih sempat berpesan pada hati agar TABAH dan BERSABAR. Jangan biarkan dia menang.

Sabarlah, jangan menangis.



Bukan angkuh atau sombong atau apa juga perkataan yang dituduh. Cuma, hidup ini bukan tujuannya untuk diisi dengan kesedihan. Mengapa mesti penuhi diri dengan kebencian walhal kegembiraan sentiasa di depan mata.

Jika seminit hidup ini diisi dengan kesedihan, bukankah ia bermakna kita membazirkan 60 saat waktu di mana kita boleh tersenyum gembira.

Rugi, kan? Smile, sayang!

Seseorang bertanya.
Bagaimana aku boleh bertahan sebegitu. Jika dirinya, pasti goyah..tatkala menghadapi situasi sebegitu.

Aku juga manusia biasa. Menghadapi situasi itu, dalam sesaat ada juga goyahnya. Ada juga sedihnya. Ada juga terasa terhirisnya.

Pejam mata. Tarik nafas sepanjangnya..lepaskan perlahan.

...and then..................

Ambil fhone..and call my love one! Hahaha! Itu sahaja ubatnya. Itu sahaja sebabnya kenapa aku masih boleh bertahan sekuat itu.

Doaku. Jika suatu hari aku pula menghadapi situasi itu, dia tetap kuat berdiri mempertahankan diri ini.

Wassalam.


p/s : Tak faham dengan semua ayat-ayat dalam image diatas? Sila Google Translate. Terima kasih.

28 March 2012

Stand by me...

Kalau cinta ini untuk dia, kekalkan.
Kalau hati ini untuk dia, tetapkan.
Kalau rindu ini untuk dia, sematkan.
Kalau aku ini untuk dia, abadikan.

Dan untuk itu, aku kuat untuk berdiri di sini.
Selamanya, insyaAllah.





MSE

Tolonglah semua serangan-serangan itu berakhir...


18 March 2012

Move on..yes I did!

I've learned that things change, people change, and it doesn't mean you forget the past or try to cover it up.
It simply means that you move on and treasure the memories.
Letting go doesn't mean giving up
... it means accepting that some things weren't meant to be.
Bestquotes

04 March 2012

Perkembangan terkini...

Terlalu banyak nak di post kan di sini, tapi saya terlalu sibuk. Ada yang tertunggu cerita di Kinding. Sekejap. Sabtu (semalam) baru lepas transfer 1028 keping pic dari DSLR ke Desktop. Kemudian appointment facial untuk merawat kulit yang sun-burn dan jerawat yang muncul tepat di atas hidung!

Hari ini masuk lagi ofis untuk keluarkan semua memo-memo yang tertunggak dan berlonggok di meja setelah seminggu berkerja di Kinding.

Upload semua? Tunggu ye. 

Akan bercuti Isnin. Luruskan pinggang yang tergeliat. Miss my mummy, too!
Nah. Terubat kerinduan?
Peneman di Kinding selama 3 hari. Mereka buat tidurku tak lena (tipu)