19 August 2012

Selamat Hari Raya!

Hai. Anda semua dimana ketika saya mulai mencoretkan mesej ini? Di kampung? Masih terperangkap dalam kesesakan jalanraya akibat kemalangan kecil di Lebuh Raya Utara-Selatan? Di depan TV tengok Karoot Komedia Ulangan?

Apa yang anda lakukan? Samada anda masih sibuk melayan tetamu tak putus-putus tiba mengunjungi anda? Di dapur sedang membasuh pinggan mangkuk? Atau dah pun tukar uniform Raya kepada t-shirt kesukaan anda dengan seluar baggy paras lutut yang sangat selesa? Huhu..

Dimana pun anda berada, walau apapun yang anda sedang lakukan..tak kisah lah! Selamat Hari Raya Aidilfitri ya! Mohon maaf jika terdapat kesilapan yang pernah mengguris hati dan perasaan. Maaf juga kerana saya akui, saya terima messages berunsurkan Raya di handphone, tapi memang saya tak balas. Handphone dalam handbag. :)

Tema Raya keluarga Pak Said ialah purple. Jadi sekeluarga telah dengan redha dan pasrah dengan warna pilihan anak-anak dara Pak Said ini.

Dan macam biasa, pose kami setiap kali Raya tidak berubah. Masih seperti di bawah.



Sungai disusur sehari - hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan.

SELAMAT HARI RAYA!

No comments:

Post a Comment