16 July 2014

Jom kemas rumah nak Raya ni!






Assalamualaikum dan salam Ramadhan. 
Ecewah..!

So, dah habis tempah 45 balang kuih raya?
19 pasang baju kurung / kebaya / kebarung pelbagai warna dah diambil dari si tukang jahit? 
26 pasang tudung? Ariani, Fareeda, Aidijuma...etc..etc?
Belum lagi Cik Bunga nak tanya langsir raya, sofa raya, katil raya, dressing table raya and so on...

Dah start kemas rumah? Bersihkan kipas, buang sawang, mop lantai, tukar sarung sofa, cari balik mana alas meja....fuh! Banyak pula rasanya kerja-kerja rumah perlu diselesaikan sebelum 1 Syawal menjelma.

Well, bagi Cik Bunga, cuti umum semalam (Nuzul Quran) di manfaatkan sepenuhnya sampailah Cik Bunga rasa nak pengsan. Yela, selama berpuasa paling berat kerja yang Cik Nunga buat adalah naik tangga dari tingkat satu ke tingkat 3 sebab silap bilik mesyuarat. Tapi kali ni, Cik Bunga nak pengsan sebab Cik Bunga memerah tenaga fizikal dan mental mengemas rumah.

Fizikal..obviously. But, why mental?

Meh sini. Nak cerita.

Sesi membersihkan kipas siling!
 
Bersihkan hanbuk kipas siling.
Kena fikir cara terbaik nak bersihkan bilah kipas tanpa berpusing-pusing bilahnya. Maka, gunakan peralatan yang semakin moden yang mana benda ni takda masa zaman tok nenek kita dulu. 
 
Tadaa...lebih kurang.


Sesi menukar rak TV & mengemas wayar berserabut!

Kemudian, dengan tabahnya pi pasang rak TV Ikea yang dibeli minggu lepas. Demi nak jadikan semua perabot satu set, maka rak tv comel ini dibeli. Pasang sendiri hoccay. Tabah. Muscle lengan Cik Bunga membesar 20% dok pusing - pusingkan kaki rak ni...putar2 skru driver, ketuk - ketuk manja!
Fuh, penat fizikal & mental! 

Sebelum - Ya, tau...bersepah VCD2 tersebut.

...and all the clutters cable...?? So, KPI Cik Bunga nak pastikan takda wayar berserabut atas lantai lagi. Senang nak sapu, nak mop dan tiada lagi habuk!

Kadang - kadang orang kata perempuan mesti FAIL bab - bab teknikal ni. Yup, Cik Bunga akui. Tapi, takkan FAIL selamanya. Kita atasi kelemahan kita dengan kebijaksanaan yang diberikan. 

Cik Bunga fail part nak sambung-sambungkan wayar 3 warna ni. So, what did I do?
Snap the picture so that nanti nak pasang balik, kita refer je balik kat picture tersebut. Tak perlu tubuhkan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) untuk tujuan ini. Look!

DVD Player. Habuk...yeah! Korang nyer DVD player tak ada habuk ke? Hehehe...

Decoder Astro. Bagi full view sebab banyak bebenor plug in nya!

Belakang TV. Oh ye, jangan lupa tandakan setiap wayar tu dengan tape untuk tandakan which wire is for which item. Mental perlu kuat!

So, table IKEA dah siap. Adik beradik dengan coffee table yang kat belakang tu.

Ambil angle yang sesuai. Macam cunnnn jek! Macam cantikkkkk je!

Then, letak balik TV, Astro decoder dan DVD Astro cantik - cantik, elok - elok. See, no more wayar berserabut atas lantai. Nak sapu / mop pun senang tanpa perlu risau terkena wayar. Test, tengok TV berfungsi atau tidak... :)
 Now, Cik Bunga akan shopping rak / bekas simpan DVD yang sangat banyak itu. Terfikirkan DVD Tower IKEA sebenarnya. Melampau! 

Melampau sungguh rasa di hati ini. Hahahaha!
 How did I do that?
My inspiration.
Bijak menyorokkan all the clutters dan menghasilkan permandangan (hadapan) yang sangat kemas.

But, this is mine. Straps sana, straps sini, yang penting sorokkan semua belakang TV / rak. No more on the floor! Dan, siap label dah setiap wayar supaya next time, dah tahu dah which cable belong to which item! ....Bila sel - sel otak berhubung, kan?

Sesi menukar sofa baharu!

Dengan hanya RM20, sofa lama menjadi baru. IKEA sangat! Hahahahah! Ya, Ringgit Malaysia Dua puluh sahaja. Tidak perlu Ringgit Malaysia dua ribu sahaja. Jenama Ka Chuang jadi IKEA. Curlazzz ko!

DONE for today!
I love my home. Home sweet home.
Balik kerja penat - penat, buka pintu...relaks tengok keadaan rumah yang cantik kemas suci dan murni. Dihiasi pula aroma Vanilla yang melaparkan..eh menenangkan. Don't you just love that?

Sekian sahaja ye! 
Selamat mengemas rumah~

1 comment:

  1. selamat berkenalan. info yang menarik.. sila lah jengah blog saya ye.... http://cilikeringmerah.blogspot.com

    ReplyDelete