Hi.
Ye, saya
tahu lama bebenor tak menulis. Haha. Maaf, kekangan masa. Siang kerja, malam
menjahit. Eh, tengok TV sebenarnya. Niat memang berbondong – bondong nak
menulis sikit – sikit lama – lama jadi bukit, tapi… malas? Tak de masa?
(alasan). Takde topic best?
So hari ini
ada satu topic macam best dan panas lagi baru keluar dari oven TING! bunyinya.
Last week pi
tengok wayang. Suamiku Encik Perfect 10 di AEON Rawang. Tengok ramai bebenor
tangkap picture berdiri di banner Aaron Aziz dan Lisa Surihani, gambar tiket
wayang, gambar selfie dengan popcorn..eh dengan isteri dan post kat Timeline
FB, maka diriku ini pun tidak terkecualilah. Tak posing kat banner sebab segan
la plak tersengih – sengih kat banner, tak snap selfie dengan popcorn sebab tak
beli popcorn (sebab masa tengok wayang tu LAPAR gile. So popcorn tak mampu
menahannya) dan of course tak selfie dengan isteri sebab diri ini belum
beristeri lagi. Ha?
So, snap
dengan makanan berupa sosej-burger ini.
Happy selepas tengok wayang and makan hotdog. |
Bukan nak
buat review, tapi nak bincangkan topic ‘siapa sebenarnya suami yang perfect 10’
ini. Wujudkah sampai perfect 10? Kenapa panggil perfect 10? Kenapa bukan 20?
50? 100? Kenapa!?
Mungkin ada
yang kata ‘tak wujud’ dan tak kurang ada yang kata ‘suami saya laaaa suami
perfect 10!’ Wah, gitu. Oh, maybe baru kahwin 3 bulan. Perfect lagi. Ha, dah
kahwin 30 tahun masih perfect? Wahhh..! Sama ada anda bertuah atau anda dah
imun dengan kesempurnaan sang suami. Tahniah.
Perfect itu
mungkin berbeza di pandangan mata setiap insan. Ada kata suami putih melepak
macam mamat korea tu perfect, ada yang kata yang hitam manis macam Khairy
Jamaludin itu lah yang perfect. Ada kata Aaron Aziz adalah suami perfect 10.
Atau mungkin Fattah Amin? Bila masa laaa dorang buat survey ni?
Aaron Aziz - Fattah Amin Antara Jejaka Perfect 10 Popular?
(IKLAN) Jap..jap..Fattah ni siapa? Dia berlakon cerita apa?
Atau, adakah
suami yang peluk isteri (sendiri) sambil buat gaya wink ialah suami perfect?
Atau, suami
yang biarkan dirinya menjadi tempat berpaut masa isteri (sendiri) betulkan kasut ialah Encik Perfect 10?
Atau, suami yang suap isteri (sendiri) makan nasi banyak - banyak ialah suami perfect?
Ye, saya
letak picture suami peluk isteri sendiri, bukan isteri orang lain supaya tak
timbulkan keadaan panas. Yelahh..kan isu hebat di Malaysia sekarang ni. (Ehh) But they are sweet, aren't they?
Pandangan
Cik Bunga begini ye.
Sememangnya ciri
– ciri seperti beriman beramal soleh, bertanggungjawab, jujur dan amanah,
profesioanal, berintergriti, bla..bla..bla…adalah ciri – ciri idaman setiap
gugurl diluar sana. Oh, tambah lagi..tinggi, hensem, putih / hitam manis….dan ciri
– ciri fizikal yang lainnya juga ditambah untuk menambahkan list perfect 10
yang seakan mustahil.
Cik Bunga
nak highlight satu criteria sahaja. HALIM.
Siapa HALIM?
Halim Othman? Halim Mat Zaki dari Bahagian Komunikasi Korporat? Halim Agogo?
Siapa Halim?
Bukannnnnn!
"Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan apa adanya pada isterinya. Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'Halim'. 'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal. Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..." -- Imam al-Ghazali
Ketika
isterinya sedang marah, Encik Perfect 10 tidak berlawan siapa lagi tinggi
suara. Ketika isterinya sedang marah, Encik Perfect 10 tidak turut sama
membaling pinggan mangkuk berperang sesame sendiri. Ketika isterinya sedang
marah dan membebel, menjerit, Encik Perfect 10 tidak cepat naik tangan untuk mendiamkan
suasana. Encik Perfect 10 haruslah mempunyai daya tahan sabar yang amat tinggi
untuk menenangkan si isteri. Menasihati dan memujuk.
Banyak sebab
perempuan marah. Marah sebab anak suka sepahkan rumah. Marah sebab kawan kat pejabat
tak ajak lunch sama – sama. Marah sebab tak dapat beli design terbaru tudung
Aidijuma yang keluar setiap minggu. Marah sebab pergi IKEA tak dapat parking
depan pintu masuk IKEA. Marah sebab ada perempuan lain pakai baju sama corak
dengan dia di SOGO, tingkat 2 depan cashier masa nak bayar blouse. Dan marah
lagi sebab tadi berebut last piece blouse yang sama. Marah sebab takde sebab.
Saja nak marah. Oh, PMS.
Ya, di sini suami
(bakal) suami yang baik a.k.a Encik Perfect 10 tolong aktifkan mood “SABAR”
dengan pantas. Rilekskan si isteri. Layan dan nasihat. Lembut. Bukan tengking
dengan alasan marah – marah itu tak masuk akal sebab memang masa itu kondisi si
isteri dalam keadaan ‘kurang akalnya’. Kembalikan isteri anda ke alam nyata
dengan bijak dan HALIM.
Dan isteri –
isteri pula, janganlah disebabkan Encik Perfect 10 anda tu penyabar, amboiiiii….
melampau – lampau kau ye Cik Timah! Ambil masa itu untuk berfikir semula “what
have I done?” Tetiba terspeaking.
Isteri - isteri sekalian, kalau pun anda marah dan especially marah pada suami anda yang perfect 10 itu, jangan sampai takleh kawal diri dan pi langgar Audi suami ye. Betapa halimnya suamimu jika dia masih diam dan pi repair kereta tu tanpa melakukan sesuatu yang .... entahlah.
Wrapped up!
Akak - akak sekalian, beruntunglah anda yang dianugerahkan suami yang penyabar (halim) kerana anugerah itu hanya pinjaman. Jangan sampai ditarik balik anugerah itu, baru terhegeh – hegeh “Aiza tak dapat lupakan Abang Airil. Aiza masih cintakan Abang Airil. Aiza menyesal...” (Isthikarah Cinta, TV3, Isnin – Khamis, 7malam).
Isteri - isteri sekalian, kalau pun anda marah dan especially marah pada suami anda yang perfect 10 itu, jangan sampai takleh kawal diri dan pi langgar Audi suami ye. Betapa halimnya suamimu jika dia masih diam dan pi repair kereta tu tanpa melakukan sesuatu yang .... entahlah.
Wrapped up!
Akak - akak sekalian, beruntunglah anda yang dianugerahkan suami yang penyabar (halim) kerana anugerah itu hanya pinjaman. Jangan sampai ditarik balik anugerah itu, baru terhegeh – hegeh “Aiza tak dapat lupakan Abang Airil. Aiza masih cintakan Abang Airil. Aiza menyesal...” (Isthikarah Cinta, TV3, Isnin – Khamis, 7malam).
Haha. Okbai.
And good night.
No comments:
Post a Comment