29 February 2016

How To Remove Saved Password From Chrome (versi CikBunga)

Bulan Februari pun dah nak sampai ke penghujung. Blog Cik Bunga masih belum mencapai tahap aktif lagi. Yes, Cik Bunga masih mencuba.

So kali ni Cik Bunga ada satu benda nak kongsi. Ingat tak tahun lepas Cik Bunga ada share tentang cara-cara memadamkan 'saved password' daripada Mozilla Firefox. Last meeting ada la kawan Cik Bunga tertanya tentang Chrome pulak.

Eh, Cik Bunga pun sekarang dah beralih ke Chrome. Entah kenapa dah tak pakai Mozilla. Haha! 

Ok, ini cara untuk mengenalpasti dimana browser internet kita menyimpan semua password yang kita 'save'. Mungkin boleh alternately baca punca kenapa kita 'save' password tu di sini -How To Remove Saved Password From Mozilla Firefox- 

And this is How To Remove Saved Password From Chrome! ...


1) Buka browser anda. Lihat di sebelah kanan, atas ...ada icon 3 jalur.





2) Klik 3 jalur itu dan pilih SETTING






3) Akan keluar paparan ini...skrol di bawah sekali..akan keluar link Show Advanced Setting



4) Di ruangan Privacy -- Password and forms , klik Manage Passwords.



5) Akan keluar semua website yang telah disimpan username (email) dan password dalam bentuk ●●●●●●●●● ini. Haha, CikBunga selalunya terus simpan je kalau password jenis shopping-online website ni. Senang nak log in accounts untuk beli barang. Heheheeeee...



6) Let say nak delete certain password untuk certain website, contohnya Maybank2u. Klik je kat mana - mana website...dan klik SHOW di sebelah password yang encrypted (●●●●●●●●●●) tu. 

7) Tadaaaa..password itu akan kelihatan. Ha...ini sangat berguna kalau kita ni asyik terlupa apa password kita. Sampai letih nak 'Forgot Password' kemudian 'reset' kan? Nah..ada kebaikan juga browser simpan password kita kan?



8) Nak delete pun, tiada masalah. Klik sahaja button X di sebelah itu. Selesai! Jangan stress sebab stress itu tidak baik untuk kesihatan. Heeee...!

Selesai! 

Jadi sama ada kita nk delete semua atau sekadar ingin menyemak kembali ''apa laaaa aku buat username / password untuk website Zalora ni....." sila lihat caranya di sini.

Harus diingatkan ye, ini untuk username / password untuk website sahaja. Kalau anda buat password untuk file Microsoft anda, maaf. Sehingga hari ini, CikBunga pun masih gagal untuk membuka satu file Word yang diset kan password. Hahahahaha! 

Ok.
Adios! 

30 January 2016

Handsome boy bertunang.

Salam.
And hi!

Post pertama dalam Tahun 2016. Macam biasa la, awal - awal tahun memang hectic sikit. Hectic dengan kerja hakiki dan tahun ni bakal ditambah kekecohan dan kekalutan sebab ada 2 majlis pertunangan perlu diuruskan. Ecewah, berangan #CintaSiWeddingPlanner sangat.

Start dengan bulan Januari. Majlis pertunangan Amirul & Nurul.
16 Januari 2016 | Arau

I call this as #CintaSiWeddingPlanner. Hahaha!

Since kami pihak lelaki, so persiapan hanya untuk hantaran sahaja lah. Amirul macam biasa, semua diserahkan kepada mama dan CikBunga sebagai kakak sulung. Daripada warna tema, bilangan dulang, item hantaran... Dia keluar masuk rumah untuk pergi kerja, balik kerja. Duit semua dah serah, dia tahu 16 Januari semua settle untuk majlis.

Since kami dah lama tak bercuti, CikBunga pun selitlah itenery 'Percutian Keluarga' selepas majlis pertunangan. Pangkor, bebeh!

So, tugas utama CikBunga ditemani adik CikBunga iaitu #SiMelur pun tetapkan semua warna tema dan perkara - perkara berkenaan hantaran. CikBunga juga sempat buat satu panggilan tempahan hotel di Pangkor...and done. Tak payah nak fikir susah2 lagi.

Untuk cincin, cadangan asal nak ke Jalan Tar dan SOGO untuk cari yang berkenan. So, 8 Januari CikBunga, Mama CikBunga, SiMelur, Amirul dan Cik(bakal)Tunang pun ke KL. Nak menjadikan cerita ini panjang lebar, Mama CikBunga terjatuh dan terhentak lututnya. And guess what? It crack! So, terus kami kejarkan mama ke Hospital Selayang dengan kelajuan tidak lebih 110km/sjm. Haha. Eh, terketawa.


Wefie ini diambil 5 saat sebelum mama terpeleot dan terhentak lutut ke lantai. Ahh! 

So, akhirnya cincin ThePrecious hanya dibeli di Rawang je lah! Ala...it is still a ring, right.

Setel hal cincin. Kerja-kerja menyediakan hantaran diuruskan oleh Mama dan SiMelur ni ha. Dalam kepala lutut berbalut simen, Mama masih amazing dalam mengubah telekung jadi bunga taw!

Perjalanan ke Arau, Perlis pun Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Tema kuning uols.


CikKuning bertiga - tiga dari kiri, cepat posing! 

Then, esok paginya -- PANGKOR TIME BEBEH!

menginap di CoralBay. Since nak pi pun satu malam je, so masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya. Sampai je check in di Apartment, yang boys pi berendam dalam kolam seperti kolam itu mereka yang punya. CikBunga and the girls rehat je sebab penat sangat. CikBunga memang berniat nak berehat je kat sana. Bagi family bersuka ria, lepas lelah and have fun!

Esoknya baru kami pi tour Pangkor. Macam biasa, van pink adalah pilihan yang ada dan pusing pun tempat biasa yang CIkBunga dan hafal since CikBunga kan selalu buat kursus kat Pangkor. Pangkor is like my second home, kan?


Gambar kami adik beradik je banyak. Papa Mama asyik dating berdua je. 
Agenda utama just nak bawak adik-adik makan angin, mandi kolam, suka ria dan bergembira. InsyaAllah semua terlaksana. Perjalanan pulang ke Rawang pun berjalan lancar. Eh, pasangan bertunang pun ikut sekali ke PAngkor ni sbb CikTunang ni pun nak balik ke Rawang lepas majlis, so ikut kami je la. Sekali jalan.

Next event, i called it as #CintaSiWeddingPlanner_Part2. Siapa pulak lagi bertunang ni? Tunggu!

Ok, simple update from me.
My wish is more post from CikBunga this year. Wish me love..and luck.