Pak Hamzah baru kematian isteri. Satu hari, anak-anak dipanggil balik. Ada satu berita nak disampaikan. Anak-anak tersenyum. Ada harta nk dibahagikan, fikir mereka.
Anak-anak – si sulung lelaki yang sudah beristeri dan dua anak perempuan yang masih belum berumahtangga. Si Kak Ngah – pengurus besar, di bandar besar. Si bongsu yang masih belajar.
Pak Hamzah membuka bicara. Anak-anak terkejut besar. Bapak nak kawen lagi? Diulang dengan penuh expression. Bapak nak kawen lagi?
Si sulung hanya diam. Si isteri yang bising-bising. Si Kak Ngah dan si Bongsu terus merajuk.
Kubur emak masih merah.
Bapak nak kawen lagi?
Si sulung memujuk. Biarlah bapak. Kita restu sahaja. Si bongsu tetap membantah. Si janda anak satu ingin merebut harta bapak. Si sulung memintas. Bapak mana ada harta. (Aku ketawa berdekah-dekah. Bodoh. Lupa diri. Mungkin terlupa bapaknya hanya orang kampong biasa, bukan menteri!).
Akhirnya si bapak tetap kawen. Dengan si janda beranak satu. Hampir sebaya dengan si sulung. Walaupun tetap hadirkan diri, huluran tangan si ibu dibiarkan sepi. Hanya si Sulung merendahkan diri.
Aku stop disini.. Terfikir, ape rasional si anak ingin membantah? Masing-masing dah besar panjang, bukan anak kecik yang takut si ibu tiri. Sudah la bapak dikampung seorang diri. Bodoh betul family ni.
Kawennya pulak setelah kematian isteri. Tak kisahlah baru sekejap tadi. Director saja nak panjangkan cerita. Aku dah mula bosan. Keropok ikan tetap juga kutelan. Biarlah bapak korang nak kawen lagi.
Erm..macam mana terlayan Drama Melayu TV2 di Sabtu pagi?
Akhirnya, aku kembali membaca novel yang baru aku beli!
Oh Edward!
No comments:
Post a Comment