21 June 2009

Kaitan apple dan mangga dalam siri Desperate Housewives.


Satu petang yang damai.

Masuk ke kawasan perumahan atau spesifiknye disebut deretan-deretan rumah, kelajuan dan kesesukahatian menekan minyak diperlahankan. Kaki kanan lebih banyak berada di pedal brek berbanding minyak. Berbeza di highway tadi. 160km/sj. Sampai di selekoh – perlahan la. 150km/sj. Itu kalau takde malaun saja2 (gatal) nak main lumba haram lak. Tak sesuai!

(Back to kawasan perumahan tadi)

Melilau-lilau mata mencari. Bukan si anak kucing tapi anak orang. Sebab. Mak bapak budak-budak ni (Pause. Tarik nafas.) … dorang sangat bz. Golongan elit memang macam tu. Anak-anak comel dibiarkan bermain sesuka hati di jalanraya (jalan raya depan rumah pun dipanggil JALANRAYA gak kan?)

Golongan bapa entah ke mana. Golf mungkin. Atau sedang bermanja-manjaan di café ntah mana. Para ibu? Ada jugak. Malah tak jauh pun dari anak-anak mereka. Tu! Dibawah pokok mangga Datin Sofeya. Depan rumah Datin Sofeya memang ditanam pokok mangga mandul. Tak pernah berbuah. Jadi tempat persidangan Datin-Datin. Redup. Nampak x sesuai je!

Datin Min.

Datin Sali. Eh..Sally.

Datin Su-Anne

Datin Mary-Anne (bukan sedara Datin Su-Anne)

Anak Datin Noryan (tiada tersenarai di atas) memandu perlahan. 30km/sj? Bukan ape..takut anak-anak kecik Datin-Datin sekalian menerpa ke keretanya. Ingatkan kereta tu boleh bertukar jadi Transformers. Bumble – Bee. Atau mungkin Prime. Entah la. Sorry kids, but you are not Suri and I'm not Bumbble Bee!

Done. Parking dalam porch dengan selamatnya. Boot dibuka. Adik bongsu keluar. Bukan dari dalam boot kereta, tapi dari dalam rumah. Corntos di tangan.

Si anak yang baru tiba tersenyum pada puteri bongsu. “Mummy mana?”

Si puteri bongsu tidak bisu tapi hanya memuncungkan bibir seolah-olah meminta disangkutkan hanger. Corntos masih di tangan. Ngup-ngap! (ulang 5 x). Si puteri sulung memandang kearah longitude yang di tujukan.

Si puteri sulung garu kepala. Datin Noryan pun ada diantara datin-datin sekalian.

Ish! Ternampak pula si ibu @ Datin Noryan menggamit. Si puteri sulung terpaksa akur melangkah ke bawah pokok mangga yang mandul.

Pelbagai soalan diterpa. Macam nak interview pula.

Soalan terakhir buat puteri sulung ingin bertukar menjadi pari-pari dan pulang semula ke kayangan – langit ke tujuh.

“... bila lagi ... ?”

Puteri sulung memusingkan badan. Melangkah menjauh. Bukan merajuk…tapi malas melayan. Si ibu mengerling faham reaksi si anak. Tersenyum je.

Puteri sulung mendapatkan si puteri bongsu. “Camne mummy leh masuk geng desperate housewives tu?

“Terperangkap. Siram bunga, terus ditarik!”
Oh…bukan salah mummy-ku! Kesian Mummy! Itu bukan line Mummy!

Mereka si Desperate Housewife itu bukan desperate kasih sayang suami. Terlebih – lebih ada la! Mereka desperate gossip hangat minggu ini. Bercita-cita nak lawan Media Prima. Berangan-angan nak setanding Michelle Melodi dan Nas Terjah. Kesian.

Anak-anak dibiarkan main ditengah jalan.

Dan malam itu juga, si puteri sulung menebang pokok mangga yang mandul itu.

Ada nota di kaki @ lebih enak dipanggil nota-kaki: Semenjak itu, buah mangga digantikan dengan watak buah apple dalam siri sebenar desperate housewives.

2 comments:

  1. mak aih. adekah ini kisah sendiri? hehe...
    p/s dh khatam ke twilight? :p

    ReplyDelete
  2. Jgn tak tahu...just took 3 day to finish up the whole Twilight. Sekarang masuk fasa New Moon. m/s 127. Hulalalala!

    ReplyDelete