14 February 2011

JalanKucing a.k.a Catwalk

Dulu masa kita sekolah rendah..semua orang pernah alami kejadian ni:

Cikgu panggil nama sorang-sorang, korang pun jalan ke meja guru kat sudut kelas tu and cikgu akan tanya APA CITA-CITA AWAK NANTI, AZURA? Eh, part nama tu maybe la ditukarkan kepada nama korang sendiri kan. Contohnya APA CITA-CITA AWAK NANTI, ERWAN? Or APA CITA-CITA AWAK NANTI YAN MINAH BELUKAR? Maybe Cikgu Kelas kepada Yan Minah Belukar tak tahu lagi yang Norazian akan dipanggil Yan Minah Belukar bila Yan menginjak ke 20-an.

So, mengambil contoh Erwan atau Norazian..mereka sekurang-kurangnya ada masa dalam 30 minit sebelum nama mereka dipanggil dan mereka dikehendaki ke depan.

So, ada masa nak bincang dengan kawan sebelah apa jawapan nak diberi kepada cikgu nanti. Untung-untung kalau cita-cita kita sama, leh jadi kawan dunia akhirat.

Buat pemilik nama yang start dengan huruf A seperti aku - bukan nama tu AKU tapi aku ni la..eh..untuk mengelakkan kekeliruan, maka kita gunakan kata nama I disini OK. Baiklah.. Buat pemilik nama seperti I ni ha, AZURA..nama I hanya di giliran ke 3-4 selepas Ahmad Nazir atau Aisyah. Maka, selepas nama AZURA, nama ERWAN pula..

Kejap, rasanyer ERWAN hanya sekelas dengan I masa form 4 and 5. Masa di menengah, ada ke lagi sistem selidik cita-cita ni ye? Kelupaan lah!

OK, abaikan.

Maka, berterabur la jawapan yang diberikan. Cita-cita kemain lagi. Antara jawapan yang agak popular time itu adalah:

Doktor.
Guru.
Doktor .
Guru.

Dari darjah 1 hinggalah ke darjah 6.....itu je la jawapan nya. Dah macam skema jawapan plak kan?

Takde pulak yang terfikir nak jawab jadi Pegawai Tadbir N41, Pegawai Penguasa Kastam W41, Pegawai Hal Ehwal Ekonomi E41 or paling gempak la konon dalam skim ni Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Eh, maybe cita-cita sebagai Perdana Menteri paling gempak kot berbanding PTD M41.

Er, Cik Dewi Masitah, pernahkah anda menjawab anda nak jadi Penolong Pegawai Sains C29 dahulukala?

Ada ke yang pernah jawab seperti di atas, heh?

Or, ada tak yang pernah sekali je dalam profail pelajarnya tertulis Model?

Weh! I talked about era 1991 - 1996 OK! Klo korang seorang cikgu di zaman 20-an ni, dan korang pernah kena jawapan SAYA NAK JADI MODEL CIKGU...maybe ada la kot. Sebab budak-budak ni dah asyik sangat disajikan dengan America's Next Top Model, so, datang idea nak jadi macam model-model tu.

Why I dont want to be model - even if my former teacher as me that kind of question?

Ok, Erwan akan bagi jawapan ni on my behalf : Sebab kau pendeks!

Thanks Erwan BOtak!

But..No..No..No..

Even ramai kawan-kawan I kata I ada confident level yang tinggi - mengalahkan tinggi I ni ha..and thats why Syed amat anti dengan I masa kat Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dulu..tapi, untuk berjalan and act like model and OMG on stage? I'm sorry, naik lori!

Hello, ingat masa Pn Nee panggil nama I kat depan suruh amek paper pop quiz and I jalan di hadapan tu...ingat i tak neves ke?

Especially when 90 pax of student termasuk Syed Ahmad Abdillah tertumpu pada lagak manja I berjalan dari tempat duduk ke tempat lecturer? Dan kemudian sah-sah si Syed ni akan kutuk 'over confident la minah ni berjalan. Jalan nak amek paper pop quiz pun confident macam model'

And especially when kejadian dalam video ni ini mungkin berlaku...?





But well, i admit practice make perfect, kan?

Hanya insan bertuah je yang dapat menyaksikan I sujud syukur kat Mines. Di hadapan Sushi King disaksikan abang Sushi King tu yang tengah berdedikasi mengemop lantai. Dan membuatkan Kak Zuna or Zida terkejut bila merasakan I buat aksi 'kejap ada, kejap takde' kat belakang dia.

Oh, memory!

Eh, rasanya abang mop lantai kat Sushi King, Mines tu ingat lagi tak wajah suci I buat akrobatik sujud syukur depan dia 3-4 tahun lepas?

No comments:

Post a Comment