Ada yang dah jadi Ketua Kampung. Asyik pi kenduri kawen.
Ada yang diseberang lautan. Kalau singgah semenanjung, suke adhoc2 tak bagitahu awal-awal.
Ada yang semenjak jadi suami orang, kami hormati privacy hujung minggu bersama isteri tersayang, apatah lagi si isteri sedang morning sickness. Congratulation.
Ada yang mungkin punyai komitment lain bersama teman-teman side lain pulak.
So, alhamdulillah. Setelah berhempas pulas menghabiskan hampir separuh hari bertekak dengan Ida, satu pertemuan ringkas berjaya dilaksanakan.
Plan utk wet-wet dengan Nuar dan Ida tak menjadi. So, kami pilih option dry and wet kat Kluang Station, One Utama. Seriously, tak sangka di corner sebegitu, tiba-tiba ada stesen keretapi yang sangat comel.
Pertemuan 3 sekawan.
Sesi bermula jam 2.00 petang dan tak sedar rupanyer menjangkau jam 7.oo malam. Setiap meja di kopitiam tu dah beberapa kali bertukar customer, tapi meja corner lot tu hanya kami sahaja. Silap-silap tukang masak n waiter pun dah siap bertukar syif.
Topik perbualan.
Rasanya kalau umur menjangkau 55 tahun dan amek option bersara pilihan pun, topiknya tetap sama. Topik wajib - Kak Mas. Mengajuk kembali kenangan Zaidi dan Hatta membuka topik perbincangan '5 Cara Membunuh K.Mas'. Gelak kami membuatkan seluruh kopitiam bergegar.
Menu hari itu.
Mula-mula kami cadang nak makan ringan-ringan. Fikir untuk order je dah setengah jam sampaikan waiter tu pun hampir lupa yang kami ni belum order. Setelah 4-5 kali menukar menu pilihan, akhirnya kami sepakat membawa berkat memilih : Ida - roti jala. Ayu - chicken chop. Nuar - Laksa kluang. Kami berjanji sehidup semati nak kongsi semua tu. Akhir kata, aku and Ida sempat rasa hujung sudu je KUAH LAKSA Nuar tu, dan sebagai balasan dia amek separuh hidangan aku n Ida. Tu belum scene nak order air minuman.
Nuar : Eh korang, barley ni (merujuk menu) barley fresh ke barley kordial ek? Aku tak suke la klo kordial.
Ayu : Jap ayu tanya. Waiter..waiter. Barley ni barley fresh kan? Bukan kordial kan? Kan?
Cik Waiter : Bukan. Bukan kordial.
Ayu : Ok. 1 barley,1 nescafe ais, 1 sirap selasih.
30 saat kemudian...setelah Cik Waiter berlalu pergi~
Nuar : aku sebenarnya tak kisah pun kalau barley ni bukan barley fresh..
Ayu & Ida :^@&$%@^*&^(!*&)#(!&#&@%
Sengal!!
Menu kali kedua.
Setelah macam setan gondol gelak macam la kopitiam tu Putra Cafe, UPM - tak sedar diri, hilang keayuan kakitangan awam dan kredibiliti seorang pensyarah politeknik serta vogue pegawai bank, kami perasan kami haus lagi. So, order lagi 2 ice lemon tea dan 1 lime juice. Ya Rabbi, aku rasa dari Kluang Station ni maybe kne pi amek air tu kat Pasir Mas Station kot...!
Merancang masa depan.
Mana? Langkawi? Bila? Next two month? Sudah-sudah la nak merancang tu. Merancang masa depan dengan korang macam hampeh. Baik kite chill out, jangan terikat dengan jadual. Nak kuar, just call each and every one and pick up one place to meet. Dot.
Time to say goodbye.
Sementara Nuar pi gent setelah setengah jam terkepit-kepit menahan perasaan (hampeh), kami minta bill yang maybe kaunternyer terletak kat Segamat Station. Sempat la Suhardy sampai dan lepak dalam 30 minit. Sempat la Nuar balik dan ngomel-ngomel toilet ramai gila nak mampus dengan pelawat. Sempat la Suhardy bercerita tentang Trip to Disneyland dan kami melihat slideshow picture di Jepun. Sempat la Suhardy tibe-tibe tanya soalan macam la kami ni pesalah kastam bawak masuk cicak geckos dalam handbag! Sempat..! Itu pun lepas aku macam nak hangin kus-kus dan tanya lagi kat brother smart pakai long sleeves + necktie "Where's the hell is our bill, you *&^$#% dengan gaya manja. Dan brother smart tu just said -
"Eh, tak sampai lagi ye?"
Hah!?? &^&$^W#&$^&^$(@&$)@(&$^$*^&&%&@#$?&%&*%^%$.
Kau biar betul bang? Jauh na ke station nak pi amek bill kitorang?
Nak aku explain plak cmne meroyan aku nak tunggu balance 60sen aku tu? Sumpah aku rasa nk dermakan je, kot-kot leh membantu untuk upgrade enjin dorang ni.
Mesej terkejut beruk.
Setelah berpeluk-pelukan dan kissing-kissing'an, kami berpisah. Menanti bile lagi dapat jumpe Nuar sebab esok pagi Nuar akan balik ke Sarawak. Tau malam tu depa akan lepak dengan Syed n' Fifi.
Sampai di rumah, mandi-rehat-makan malam...tibe-tibe mesej dari Ida.
"Ayu, dorang lepak kat Serdang. K.Zuna pun ada!"
Esoknya, K.zuna membuktikan pertemuan itu dengan satu gambar! Siyut!
Esoknya, K.zuna membuktikan pertemuan itu dengan satu gambar! Siyut!
syed smart baru balik semayang jemaah kat masjid area batu caves, fifi gaya janggut cenonet ala ustaz. k.zuna serba hitam dah macam ustazah (tapi aku taiu sangat dia pakai jeans fit) and nuar kaki pukul kat dalam gambar pun nak tunjuk penumbuk. OK , semua ni geng usrah lepak kat maulana kecuali nuar jadi bonzer!
What the %&*^#@^(*&#(@*(&%
OOOOOOoooOOOOOOOoooooooooOOOOOOooooOOoOOooOOOoooOO!
Sesi berbalas-balas mesej. Balas-balas picture message!
Ayu - K.Zuna - Ida.
ALasan K.Zuna : Dia pilih scene dia dikelilingi kumbang rather than dengan kitorang sebab kami akan menyaingi dia. Wah! Untung la dikelilingi kumbang. Jap-jap. Siapakah kumbang itu? Syed, Hafifi and Nuar. Owh...takpe. Tak kisah sikit pun!
Next reu - on Syed's wedding coming soon. June.
No comments:
Post a Comment