25 March 2011

Tragedi serangan di kebun durian

SERANG!

23-03-10, Rabu petang kul 5.30 petang kami semua berpakat untuk 'menyerang' satu kawasan di Kalumpang. Serangan ini pun atas jemputan tuan punya tanah. Kalau dia tak izinkan, kami pun tak sampai hati la nak serang-serang, kan. Nanti kami akan kena tembak dengan senapang gajah, tak pasal-pasal je kan.

So, setelah mendapat jemputan rasmi dari tukang bawak watikah jemputan, kami terus setuju untuk mengikuti konvoi amukan ini. Tepat jam 5, masing-masing dah tak keruan di pejabat. Ala-ala zombi kampung pisang, muka dah berubah-ubah.

Yang paling berubah sekali.. - Tia ULAT - sebab sebelum agenda serang-serang ni, dia dah balun peluru berpandu sebanyak 9 ulas di ULAT. Memang ULAT durian dia ni.

Dan sebab tak keruan tu jugak, I pun tak pasal2 serang orang yang tak bersalah. Salah faham punya pasal. Hanya kerana sekeping memo. Nasib baik la yang diserang tu seorang yang penyabar. Huh...cium tangan mintak ampun!

So, konvoi dalam 7-8 buah kereta ke Kalumpang. Diketuai chef d-mission - Rony and Mie.

-chef d'mission-

Main parking suke hati kat tengah kebun, terus serang hendap! Serangan ala-ala tentera Jepun.

And thanks tu tokeykebun (picture) yang sudi menjemput kami menyerang hendap kebunnya.

Jemput lagi lain kali,
Kami takkan teragak-agak nak datang lagi,
Kali ni kami bawak lori,
Make sure Dato' tak tepuk dahi!

tengkiu, dato'...

Tiada aksi-aksi lain selain
makan durian*makan durian*makan durian!

Macam suasana hari raya pulak jadinya.

Antara team jepun yang menyertai serangan ini.

Arghhhhhh...mereka lagi.


Owh..satu lagi. Kriteria untuk jadi cheerleader eh..leader konvoi ialah - ketuai rombongan semasa pergi ke kebun dan juga KELUAR DARI KEBUN. Sebab kalau serahkan rombongan itu pada saya semasa keluar dari kebun, alamatnya kita akan merry-merry-goes-around-the-kebun.

No comments:

Post a Comment