17 April 2011

Di suatu petang yang indah

Pada suatu petang yang indah...di hujung minggu yang aman damai...sewaktu aku dan abang saudaraku sedang asyik dan leka menonton drama Superman di Astro Cartoon Network..



...terlalu asyik sampaikan ribut petir guruh malah tsunami...kami tetap bergumbira...dan terbang dibawa oleh Sang Superman...


...TIBA - TIBA..!!

Terdengar suatu jeritan di belakangku...!




Serius. Sungguh aku tak sangka aku ada cousin seperti ini...

...sungguh tak sangka!

Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima kasih!

15 April 2011

FB Status Part Two - Relationship

This is what i meant...or this article said about MAKE UP YOUR MIND.


Single?..... In A Relationship?....Married?...It's Complicated?...Single Again?....Unknown?...Dan lain-lain? 3 status terakhir memang tiada dalam FB tapi aku rasa FB patut buat satu column yang boleh owner tulis sendiri ikut suka hati dorang. Mine? I'll choose WHAT DO I CARE TELLING YOU MY STATUS?

And just then, i have to APPROVE my sister's request to BE IN RELATIONSHIP WITH HER. Oh, Gosh! Melanggar prinsip hidup aku sungguh iaitu something about me kept inside, wad-de-hesh telling d' whole world about it? Yikes~



And, great news. One of my friends finally choose to jump in a relationship after all this years! Cross my finger, pray and hoping that his status will move forward to Engaged and then Married. Pls, Mal! =). And how UPSI will miss you, casanova! Hahahaha! Girls out there, he's taken!




Oyeah!

Sekuel :
1) FB Status Part One

12 April 2011

Status dalam Facebook - motif dan tema?

Dalam waktu aktiviti berambeh di rumah ku last week, ada satu slot selama 2 jam (eh, dah macam kursus plak ada slot-slot) - which is bangun tidur bersiap nak pergi pasar, aku and K.Zuna mengadakan sesi girls talk. Sorang atas katil, sorang berteleku di sisi katil. Not want to mention which is which. Hahaha.

Topik (yang entah macam mana leh terkeluar,kan) pasal annoying things yang selalu mendapat tempat di hati kami untuk di kutuk.

Annoying things people do in social media.

#1.People who think their every movement should be announced.
We know you're bored whilst sitting on the toilet. But maybe, instead of tweeting about your bowel movements today, as you always do, maybe you should read about what's happening in the world on Yahoo! News for a change. Likewise, we don't need to know how much milk your "hardworking breasts" lactated for your newborn. True story!
Now, i'm talking about Facebook.

Topik ni juga aku kongsi bersama K.Zuna bersama satu artikel yang aku click link dari YM Nadiah Nesc. Eh Puan Nadiah Halimah dari PTPM. Entah kenapa ada word 'nesc' kan. so, topik pagi ni bukan omong kosong ok. It's come with fact and article. Ini dia artikel tu. Artikel tu bagi 10 annoying things, tapi aku nak reveal 1 je. Oppss, sorry bukan ANNOYING but it said as STUPID. Bukan aku kata, tapi artikel tu kata. Hahahaha!

Perlu ke update status on every movement? Such as :

"Makan sambal belacan.."

"Tadi pi Kedai Mamak Taman Bahtera beli roti canai 3 keping, pastu singgah Seven-E beli slurpee..." dan setengah jam kemudian aku bet dia akan update ni pulak - "Dah kenyang makan 3 keping roti canai yang dibeli kat Kedai Mamak Taman Bahtera..."

or

"Baru bangun tido. Nak pi mandi jap..=)"

Wokey! Nak pi mandi pun kne update ek. Siap ada icon 'smile' hek?

Mengikut perbincangan yang agak beremosi dengan Kak Zuna Ahad lepas, really...it's annoying..and almost hit the word 'stupid'. Perlu ke di announce kan setiap gerak geri korang? What's the point, dude! Mengharap ada yang akan balas as below ?

"Roti canai? Wah...bestnyer..huhuhu..." Errr..Heh..ada jugak yang nak balas mcm ni ke?

Aku suke pi jengah FB dorang dan kemudian tahan rasa nk vomit out dengan semua shout-outs ini. Pastu tertanya-tanya sendiri..MOTIF??

Tarik perhatian?

Takde benda nak update?

Nak tunjuk pada SATU DUNIA yang 'kau pergi beli roti canai'?

Ok, how about this one:

"Benci la.."

Hah, ni satu lagi status-nak-tarik-perhatian. Mesti lepas tu ramai nak
drop comment such like

"Kenapa sayang..?" -- ni of course minah / mamat yang konon2 minat kat empunya status.

or

"Ko benci siapa..ce citer..ce citer.." -- hei hello, ko nyibuk apesal? klo dia nak cerita, awal-awal lagi empunya status dah letak "Benci la kat Awang Annuar Pengiran Mansor.." Itu maknanyer dia saja nak tarik perhatian supaya ramai drop comment and nampak macam semua orang concern dengan dia just because of that one line phrase.

Antara status-status lain yang buat annoying pada firasat aku :

1)
Fifi sakit gigi...Fifi nak jumpe Doktor, tapi Fifi takut.
--macamlah Doktor gigi tu nak bedah jantung ko dan gantikan dengan jantung palsu!

2)
Bz...bz...(Nuar) meeting pagi petang..
--heh? tapi sempat plak ko nak update status ko? Owhh...update via Android semasa dalam meeting rupanyer...syyyhhhhhh!

3)
Aku benci dia..dia buat hidup aku tak keruan. Tp hidup mesti diteruskn..cia yo! (Marul)
---oii...ko nak tujukan kat sape sbnarnyer ni? Or ko nak jerit pada diri sendiri jek? Or ko malu nak
annouce yang ko dah single and hidden message "u all leh ngorat i sekarang".

4) OMG! Hamster mati kene langgar dengan kereta
Syed.
-- erkkk!! speechless..? Motif....?

*nama-nama adalah sekadar watak dalam contoh sahaja. Tiada kena mengena antara hidup atau mati, dalam negara atau di luar negara, berkahwin atau belum. =)

Ok, cukup la 4 kot. Nanti banyak-banyak sangat ramai plak yang marah. Eh, marah ke?

Ok, itu adalah penyakit nak update every single movement di Facebook, nanti ada masa aku ulaskan pulak penyakit status bertukar-tukar setiap minggu seperti yang dinyatakan dalam artikel ni:
#2. People who change their relationship statuses every other week.
Make up your mind - are you single? Are you in a relationship? Is it complicated? It's not too hard

Hahaha..
Jangan jadi mangsa kutukan or buat aku tergelak tengok status-status korang kat FB ye. Aduyaiiii...dunia..dunia. Ini orang pun ada!


11 April 2011

Bina ayat dari perkataan 'berambeh'

Last week, K.Zuna berambeh di Rawang..hahaha, belajar satu word baru. Berambeh. Siap berlatih menggunakan perkataan ni dalam ayat. Siap contoh, ok. Teringat cikgu kata dulu "Dengan menggunakan perkataan "memancing", bina satu ayat,"

So dengan confident dan penuh riak takbur, angkat tangan dan dengan lantangnya ...

"Awang Annuar memancing awek di City Point selepas beliau tension tak dapat menjawab soalan Puan Naomi dalam pelajaran Psikologi dengan menjawab 'trakea' berada di mana sepatutnya 'pankreas' berada".

(oh, ayat ni panjang lagi tapi disebabkan cikgu hanya meminta 'bina ayat' bukan 'buat satu novel', maka ayat ini terpaksa ditamatkan di sini sahaja. Sekian, terima kasih.)

Lagu di bawah ini tiada kena mengena dengan City Point, Bintulu mahupun pelajaran Psikologi semasa di Bintulu dulu.

Lagu ni adalah lagu karaoke dalam kereta semasa OTW nak pi shopping di Tesco Rawang dengan K.Zuna dan Aty.

04 April 2011

Durian lagi

Musim durian ni memang menggilakan sekejap. I bukanlah hantu durian sangat (yeke), tapi OK la...durian. Kata mama, dulu masa kecik-kecik I geli dengan durian. Hahaha..

So minggu lepas my dear sister - my cousin called kata "weh, kat mana durian sedap, kak elis nk datang TM ni.."

Great!

Jom kite pi cari durian!

Kak Elis dan husbandnyer, Abg Haris.
Gambar kecil - Aina and Anis. They used to call me Aunty Comel dari mereka kecik. Now, their ibu teach them to call me Aunty Ayu, and they did it. Cuma dorang call me as "Aunty Ayu Comel". Hahahaha..comel tetap ada...

Sesi pilih durian. Actually, nampak macam profesional pilih durian, tapi tipu semata-mata.
Lagak je lebih tu. hahahaha...

Masih dengan lagak memilih berlonggok-longgok durian. Sanggup tunggu 2 jam semata-mata nak tunggu durian yang dari kebun kat Proton City. hahahaa..

Sebelum membeli, ada sesi testing. Ini bukan testing dah ni, ini sesi membalun sampai kenyang. Dah dekat 10 biji durian 'testing'...huhuhu..

Anak-anak buahku...yang terjebak kenduri durian. Rushing balik ke Damansara sebab kul 3 petang depa ada tuisyen. Hampir-hampir mereka meroyan nak tuisyen dengan Aunty Ayu Comel kat Tg Malim. Tepuk dahi baba mereka, yelah..terbayangkan tiap minggu nak kena hantar 2 anak dia ni ke Tg Malim semata-mata nak tuisyen dgn Aunty Ayu Comel.