Last week, K.Zuna berambeh di Rawang..hahaha, belajar satu word baru. Berambeh. Siap berlatih menggunakan perkataan ni dalam ayat. Siap contoh, ok. Teringat cikgu kata dulu "Dengan menggunakan perkataan "memancing", bina satu ayat,"
So dengan confident dan penuh riak takbur, angkat tangan dan dengan lantangnya ...
"Awang Annuar memancing awek di City Point selepas beliau tension tak dapat menjawab soalan Puan Naomi dalam pelajaran Psikologi dengan menjawab 'trakea' berada di mana sepatutnya 'pankreas' berada".
(oh, ayat ni panjang lagi tapi disebabkan cikgu hanya meminta 'bina ayat' bukan 'buat satu novel', maka ayat ini terpaksa ditamatkan di sini sahaja. Sekian, terima kasih.)
Lagu di bawah ini tiada kena mengena dengan City Point, Bintulu mahupun pelajaran Psikologi semasa di Bintulu dulu.
Lagu ni adalah lagu karaoke dalam kereta semasa OTW nak pi shopping di Tesco Rawang dengan K.Zuna dan Aty.
No comments:
Post a Comment