25 September 2011

Dek kerana tekaan yang salah itu...

..maka saya dah penat nk ketawakan tekaan2 itu lagi.

Straight to the point. Jangan corner-corner lagi. Jangan asyik ketawakan pada tekaan mereka yang salah-salah itu lagi. Maaf, saya bukan artis untuk kongsi setiap helaian kisah hidup. Yang mana terpampang di sini bukan juga berniat untuk menarik perhatian. Hehehe.

Pada mereka yang berteka-teki sejak mula terbaca post ini, kebanyakkan tekaan yang singgah di YM saya salah belaka. Dan tak pernah ada sebaris pengakuan pun saya berikan untuk mengiyakan tekaan anda semua.

Baiklah. Riddles to be revealed. NOW. Kita pergi pada satu persatu ye. :)

Penantian satu penyeksaan. Betul kan? Ada yang tak kisah pun menanti dan terus menanti, tapi bila penantian di sulam dengan 1001 pertanyaan, grrr...! Pulak tu jawapan bukan kat tangan kita..huhu!
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan sejak 1 Jan 2011. Masuk Jun 2011, semakin banyak soalan yang diterima...Apa kaedah baru menggantikan PTK?. Berbengkel ke sana-ke mari dari Putrajaya hingga ke Johor. Serius, saya tiada jawapan. Kita tunggu pihak yang lebih arif. :)

Ok fine, penantian selama setahun ni bakal berakhir. Pertanyaan mereka-mereka di luar sana pun bakal berakhir. Lepas ni, jangan tanya aku lagi pasal benda ni.
Alhamdulillah, sedikit masa lagi ia akan diumumkan. Garis Panduan bertarikh 25 Ogos dikeluarkan kepada pihak yang menguruskan fail ini. Walaupun baru draf, at least, dah nampak bayang. :)

Tapi..oppsss! Tak boleh umumkan lagi. Baru peringkat bincang-bincang kedua belah pihak. Insyaallah, kalau takda apa-apa aral melintang lalu membujur patah, 15 September 2011 akan ada rombongan besar-besaran untuk merisik dan bertanya-tanya.
Maka, 15 Sept 2011 bersamaan dengan Jamuan Raya UPSI, aku dan Cik Zarina dipanggil ke JPA. Eh, bukan kami berdua. Malahan 200 orang pegawai dari pelbagai agensi di Malaysia dipanggil ke JPA untuk mendengar Taklimat tersebut. Kehadiran rombongan kami yang telah mencetuskan kesesakan lalu lintas yang maha sesak di JPA pada petang itu. :)

Kemudian, disulam dengan pertemuan ahli keluarga pada 20 September 2011 untuk bincang itu ini. Dan 1 Oktober, jawapan akan diberikan.
Dan, sekembali kami ke bumi UPSI, pada 20 Sept diadakan perjumpaan dengan wakil PEKA, PRESTASI dan KPA berkenaan perkara ini. Jawapan tentang perkara ini akan dikemukakan kepada pihak berwajib sebelum 1 Oktober. Lanjutan dari pertemuan itu, diarahkan kami untuk membuat satu lagi perjumpaan dengan semua Ketua Jabatan untuk membincangkan tentang hal ini. :)

Majlisnya? Rancang-rancang 2012 cuma tak tahu bulan berapa. InsyaAllah, kalau semuanya berjalan lancar, mungkin pertengahan, mungkin hujung 2012.
Perancangan pelaksanaan PROSPEK adalah pada 2012 dimana kami diberi masa sehingga Jun 2012 untuk mengatur segala persiapan. Atau jika tidak sempat juga, sekurang-kurangnya pelaksanaannya adalah pada penghujung 2012. :)


Ya! Itu sahaja ceritanya. Sekarang korang tau kenapa setiap kali tekaan yang singgah di YM selalu mendapat balasan "Hahahahaha!"? Sebabnya TEKAAN ANDA SALAH. Jauh melencong dan tersasar ibarat tersasarnya bola bowling ke longkang lane.

Mari kita ke Jamuan Raya Persatuan Kakitangan Wanita (PEWARIS) UPSI. Melaram dan makan lagi. :)

No comments:

Post a Comment