Bila kita berkawan dengan manusia yang menjadi tumpuan khalayak, yang mana bila apa jua dilakukan akan menjadi perhatian, apa juga yang diperkatakan akan didengari dan sebagainya...sebenarnya bukan salah dia pun dia dijadikan sebegitu rupa.
Dan bila kita berjalan berdua dengan niat nak habiskan masa bersama, bersembang, bertanya khabar dan bertukar cerita dek kerana berbulan tak dapat bersua muka...pelbagai plan terpaksa dirancang semata-mata tidak mahu pertemuan itu menjadi intipan dan bual bicara orang lain dan lantas disampaikan ke pihak-pihak lain. Haishhh..bila terlalu banyak perkara terpaksa dirahsiakan.
Big Rayban, lousy t-shirt, khakis and sport shoes. Berjalan kaki untuk ke McDonald. Duduk pula di sudut-sudut semata-mata untuk mengelakkan figura dikenalpasti dan mengundang jemputan lain.
Hahaha..dan kemudian didendang sebuah lagu untuk diingati di saat-saat tiada lagi masa untuk bersua sebegitu.
And it's true. Kini takkan ada masa untuk bertemu kembali bila tiba dipersimpangan, masing-masing mengambil haluan sendiri. Mungkin juga kedua-dua haluan itu akan bertemu dimana-mana menjadi kembali satu laluan. Hurm..pasti jammed, kan?
Dan lagu itu muncul kembali pagi tadi. Sengaja mencari video yang sangat comel berlatar belakangkan lagu yang sweet. Bila terdengar, pasti akan tersenyum. :)
Mari kita tersenyum semua. Mulakan hari anda dengan senyuman, takkan rugi apa-apa.
No comments:
Post a Comment