24 July 2012

Cute lil' girl....

They both are cute! Umi (t-shirt biru) dan Atirah (blouse putih). They are cousin. 

Jalan-jalan dengan Cik Rumet kat Bazar Ramadhan Isnin (3rd puasa), jumpa dorang kat booth / gerai mak ayah dorg. Cute je tergolek-golek buat aktiviti sendiri sementara mak ayah niaga! Teringat plak masa aku kecik-kecik dulu ^_^.

Sekali bergambar, asyik nak suruh snap lagi. Huhu. 

Ok. Itu je.

BTW, SELAMAT BERPUASA SEMUA! :)
JANGAN MEMBAZIR DI BAZAR RAMADHAN K!

20 July 2012

Perkara yang tak patut berlaku di majlis pertunangan (anda)

Mungkin kita pernah dengar beberapa perkara yang tak patut berlaku di majlis tunang / kahwin, dan dalam banyak perkara itu, aku nak tambah perkara ini juga.

30 min sebelum rombongan lelaki sampai :

Anak buah anda menarik bekas pewarna dan pewarna itu terpercik ke lantai. tercalit ke baju teman baik si-bakal-bertunang. Si Kawan Baik menjerit. Yang bakal bertunang yang sedang duduk di katil tersenyum. Sedang make-up.

Maka bergegaslah Si Kawan Baik salin semula baju dan cuci bersungguh-sungguh di bilik air. Si Kawan Baik yang lain hanya mampu memberi tips 'gosok kuat-kuat dengan sabun mandi!'

Arghh. Tension!


Basah akibat dibasuh.
Iron supaya kering dengan pantas!


Bila Si Kawan Baik sedang sibuk iron semula baju yang lembab2 basah tu, tetiba si Bakal Bertunang pula terjerit. Hah. Rupanya ada secalit percikan di meja solek dan kini tercalit di baju yang bakal bertunang. Keadaan bilik jadi haru biru. Kecoh.

Baju kurung moden putih krim kini ada tompokan HIJAU. Great!

"Cepat basuh dengan sabun mandi...!" sekali lagi Si Kawan Baik hanya mampu memberi tips Bagaimana Menghilangkan Kesan Kotoran Degil.


Wajah Bakal Bertunang jadi pucat akibat tompokan hijau di baju pertunangannya!

Alhamdulillah. Semuanya selamat. Yang bakal bertunang dan juga Kawan Baik si Bakal Bertunang.

Terima kasih sabun mandi!

16 July 2012

Let The Picture Speak For Itself

Sekadar gambar hiasan. Mereka tidak wujud sama sekali. Cuma mereka sangat comel.  Haha.

 :: Gambar sebenar ::
15 Julai 2012

Let's the ceremony..begin :)
Dari pihak perempuan
Dari pihak lelaki


Proses yang mendebarkan

Lebih mendebarkan ^_^
Ubat untuk hilangkan debar....dan lapar setelah sekian lama menunggu :)

Nota kaki :
Semua watak terpaksa tidak-dinamakan sehingga tiba waktunya. Sekian.
Part II will be continued at sepuluhsebelasduabelas. :)

11 July 2012

Perlis..oh Perlis!

Hahahaha...
Pantang kita buat post motivasi sikit, ada pulak ingat kita sedang gundah gulana ek. Hehehe. Kadang-kadang kita perlu motivasi diri sendiri (dan mungkin juga orang lain) tak kira kita sedang bergembira atau tidak, kan? Motivasi setiap masa. :)

Alhamdulillah, saya sedang gambira. Selalu pun gembira. 

Oh ye. Last weekend, saya ke Perlis. Jauh di hujung Malaysia. Kalau dah ke Perlis tu, maknanya ke Matrikulasi Perlis la. Eh lupa nak cerita. Pada beberapa post yang lepas, ada aku tuliskan pasal Adik berjaya ke KMP kan. Cuma takde masa nak ceritakan detik-detik cemas menemankan dia mendaftar pada hari pertama di KMP. Cemas bukan sebab ada apa-apa bencana, tapi cemas sebab kami (saya, mama, papa dan Aty) yang lebih-lebih gabra padahal tuan punya diri relaks je nak memulakan fasa baru sebagai pelajar Matrik. Haish..teringat kenangan masa melapor diri di Matrikulasi Melaka dulu. :)

Well. As promises, mama muncul di depan rumah sewa aku pagi Sabtu lepas. Cuma yang berapa nak ikut janji awal, mama janji nak amek aku kul 9 tapi mama muncul depan umah kul 8 pagi. Agak kelam-kabut mandi dan bersiap. Nasib baik kain baju dah siap packing malam sebelum itu. Activate mode FASTER dan mula bersiap. Gile ekspress!

Actually Ainol tak tahu mama n papa pun akan pergi ke Perlis. Mama buat plan dan bgtw dia yang aku ada kursus di Perlis. So, adik just ingat aku je ke sana. Nak buat surprise la konon!

Dalam kereta Aty call aku. Kalau aku bgtw plan aku ke Perlis ni dgn Mama Papa, mesti dalam sesaat kemudian, Aty dah post kat FB dan lantas ketahuan oleh Ainol. So, perbualan adik-kakak seperti ini :

Aty : Kau kat mana?
Kakak : Err, dalam kereta. Drive.
Aty : Dengan...?
Kakak : Abang (spontan tanpa sempat fikir apa-apa). Tapi Abang tidur.
Aty : Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...untung la! Korang nk gi mana....???
Kakak : Bla..bla..bla...
Aty : Blaa..blaaa...blaaa...

Klik! 

Dalam tengah ketawa-ketawa dengan mama, tiba-tiba Blackberry mama pula berbunyi:

Mama : Hello...
Aty : Mama...tau tak kaklong tengah dating dengan Abang? Bla..blaa..blaaa....
Mama : Tak tahu pun. Kaklong tak bagitau pun.. (sambil tu aku dah terkekek-kekek ketawa)

Klik!

Haha. Nak mengadu rupanya. Hahaha!

Sampai kat KMP, mama and papa duduk kat cafe, berdepan dengan penjual air, membelakangkan pintu masuk cafe. AKu pula tunggu Ainol di pintu masuk.

Ainol muncul. Tersenyum-senyum, cium tangan aku (alahai, sweetnyer).

Aku pun ajak pi beli air dulu. Jeng-jeng-jeng! Dia tak perasan belakang badan mama papa lagi ni! Berdebar ni!

Bila dia dah dekat, tiba-tiba aku kata "eh, kita duduk-duduk dulu la ye" terus aku menuju ke meja mama papa. 

Ainol? Tergamam mak enon!!!! hahahahaha... Sungguh menjadi surprise yang kami plan ni! Hehehehe! Kecoh sekejap meja tu dengan ketawa terbahak-bahak kami. 

Sorang dah kena. Kami nk kenakan Aty pulak.Aku call dia dan ... :

Kakak : Nak cakap dengan 'abang' tak?
Aty : Naaaakkkkkkkkkkkkkk!!
Passed the phone to Ainol~
Ainol : Hello..
Aty : Abang sayanggggggggggggggg...
Ainol : Oii, apa abang-abang sayang? Aku adik ko la! Hahahahaha! Dengan Kaklong, Mama & Papa..hahahahahaahahahahahaha!
Aty : Korang kat Perlis? Sapa lagi kat Perlis? Kenapa tak bagitahu nak pi Perlis......Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Haha. Sekian saja cerita aku. Hahahahahahahahah!


Metro Inn - Everyone is hot. Eh, everyone's hotel....


Gaya lepas shopping. Bangunan warna warni tu is dinding hotel dari arah sisi! Cute kan....

Papa and Mama menuju ke bilik hotel ..

Adik : Sayangggg...Bi dah check hotel ni. Malam ni Bi takleh dating dengan sayang tau. Bi kene habiskan masa dengan Mama Papa Bi. Love u! (Dialog rekaan semata-mata) :)

Mama : Sudah la Adik. Menyampah mama dengar dialog ko tu. Hahahahahaha!

Esonknya - check out.

Gaya menunggu Mama check out.

Nak pisah ni...ala, nak sedey2 pulak dahhhh...

The cutest kakak in the world.

Tepi highway tu, singgah kedai buah membeli buah! :)


10 July 2012

The time will come :)

THERE'S NO NEED TO RUSH.
IF SOMETHING IS MEANT TO BE,
IT WILL HAPPEN.
IN THE RIGHT TIME,
WITH THE RIGHT PERSON,
FOR THE BEST REASON.


Semua yang terjadi ada sebabnya. Tertanya-tanya, andai kita diberi pengetahuan yang luas untuk mengetahui apa yang bakal terjadi, mengapa ianya terjadi..maka hilanglah seri hidup ini. Tiada kepayahan ditempuh. Tiada cabaran di lalui.

Kadang-kala kita merancang dengan hebat semua perancangan hidup. Segalanya kita buat dengan bersungguh-sungguh. Namun, ada seketika..sepertimana hidup ini, sebagaimana kita berjalan, sekali-sekala kita tergelincir. Berjalan menggunakan kasut yang tiada tumit pun boleh tiba-tiba terpeleot (kata orang kampung), ini kan pula dalam perjalanan sehari-hari hidup yang memang penuh cabaran.

FAITH :
Is like taking the first step
even you don't see the whole staircase. 
Where would it end.

Bertahan. Selagi mampu bertahan, kita akan bertahan. Diasak bagaimana hebat sekalipun, selagi kita mengambil keputusan untuk tidak melawan, maka kita bertahan. 

Namun, bagaimana kuat pun, ada masa kita terpaksa melawan, untuk mengalah. Melawan bukan untuk menunjukkan siapa yang kuat. Melawan untuk menyatakan 'sudahlah!'. Melawan sebagai tanda yang jiwa sudah tidak mampu menahan lagi.

:)

Peace yo!
 

09 July 2012

Dia Maha Mengetahui....




Selalu di tanya apa di fikiranku. Banyak.
Kadang kala terlalu kusut. Tak tahu yang masa satu harus dinyatakan. 
Yang inikah? 
Yang itukah? 
Atau sebenarnya tiada apa...

Dan akhirnya bila hanya diam. ..


Dan bila diam itu menimbulkan 1001 perdebatan pula...


..dan akhirnya aku berserah.
Dia Maha Mengetahui. Segalanya.
:)

06 July 2012

Jalan-jalan makan megi. Eh, spagetti.

Dah lama tak jalan-jalan hirup udara petang yang nyaman. Kat Tanjong Malim yang indah ni memang takde (or aku yang tak tahu) tempat lain la nk duduk bersenang lenang, tengok pokok, tengok gelagat orang, berjogging.... melainkan Tasik Lembayung, Proton City (PC).

Kali ni tak berjogging (adui, dah lama tak berjogging, sekali kene 2 round...memang senak perut). 

So, next trip takmo dah jogging. Tapi minum petang.

A week before I went to Pizza Hut @ Melaka, so surprise dengan 'kemeriahan' spaghetti bolognaise nya yang penuh satu pinggan. Bawang pun banyak! Best.

Then, a day before I went to Proton City, I went to had a same dishes at Pizza Hut, TM. Huhu..rasa nk order 2 pinggan baru dapat the same amount like before.

So, I've decide to prepare my own spaghetti that day. Had it at PC. With him.

So, menggunakan bahan-bahan yang tak terusik masa nk buat potluck kat office, I've prepared meal for two. ^_^


Actually, ini posing lepas kekenyangan. :)
Sebelum habis :)

Hmmmm...sikitttt lagi nak habis ^.^

Proton City - yang indah. Got fountain. You got?
Nothing. Just an empty bench....