14 November 2012

Journey To The East (Malaysia) - 101112

Pada yang pernah terlintas di post ini (klik sini ye), maka inilah sambungannya. Part II - sepuluhsebelasduabelas dah pun berlangsung dengan lancar. Alhamdulillah, kakak kesayangan dah pun selamat menjadi isteri orang. Tahniah Arzuna! Maka Amirul Akmal..sila jaga kakak kami baik-baik ye!

Maka, disebabkan semasa Part I hanya gambar-gambar sipi yang di letakkan, jadi disini aku postkan beberapa lagi picture yang berkaitan. Post yang membuatkan aku pula menerima ucapan tahniah. BTW, thanks a lot!



Gambar - gambar lama.

Perjalanan ke BINTULU (ya! Bintulu di Sarawak) bermula pada 9 Nov 2012, check in web seminggu sebelum. Flight bertolak jam 1.30pm. Ditemani sidia, kami mendarat dan disambut gilang gemilang oleh Nuar yang semakin lebar mukanya. 



Check in dan melepaskan lelah di Li Hua Hotel di mana majlis resepsi akan berlangsung, jam 830pm bakal pengantin masih sibuk macam dia bukan pengantin ke sana ke sini. Selesai melihat persediaan dan last check preparation majlis bersama Nuar dan Zuna, jam 830pm itu Kak Zuna menjemput kami ke rumah Along untuk sesi makan malam. 

 Go through checklist malam resepsi bersama pengantin.

Esoknya, pagi-pagi lagi kami berdua bertemu pula Zaidi yang semakin jelita dan semakin popular di corong-corong radio Bintulu. Kawan aku yang mulai menjadi penyanyi ini masih seperti dulu. Selesai makan mee kolok dan bergosip, Zaidi membawa kami ke Segong Handicraft, memborong 40% barangan idaman hati. Balik semula ke hotel untuk bersedia majlis malam nanti.





Zaidi. Yang di tengah-tengah.



Jam 8.30 malam pula, bersiap dengan warna tema grey dan turun ke Li Hua Restaurant.. 


Oh! Kak Zuna memang dah jadi isteri orang! Oh! Kurang sudah kawan-kawan single yang rumah mereka akan dijadikan markas pertemuan gadis-gadis jelita. Now, it's me and Yan! Only us!



Didendangkan dengan nyanyian merdu Zaidi Anwari, di acarakan oleh Awang Annuar dan aku sebagai photographer, memang sebijik macam acara kolej kelima zaman dolu-dolu. Cuma tiada watak hulubalang dan penari suku kaum Sarawak memenuhi ruang dewan kolej kolegiat. Hahahah!
 
 Urusetia yang masih setia dengan tugas-tugas seperti di K5 dahulu.

Acara makan, bergelak dan bergambar tamat jam 10.30pm. Tapi kemudian dengan pakaian yang sopan dan anggun berlabuci begitu, kami meneruskan acara berfoya-foya di Restoren Samudra. Bercerita tentang keganasan Sang Buaya membuatkan aku seram memandang sungai di belakang kami itu. Seyes, meremang!

Esoknya, selesai check out, berjumpa dengan pengantin, bersarapan Laksa Sarawak dengan Zaidi dan Nuar di Eve Garden dan sekali lagi ke Park City Mall untuk mencukupkan 60% shopping. Gila! Hinggakan sidia terpaksa azan di telinga untuk menyedarkan yang kaunter dah penuh dengan barang yang aku nak beli + jam dah menunjukkan pukul 2 petang. Flight pula jam 4 petang. Haishh!






Well, kesetiaan Nuar terbukti bila dengan tabah dan sabar menunggu aku habis bershopping dan kemudian menghantar kami ke Airport walhal dia sendiri perlu memandu ke Mukah petang itu juga. Thanks Nuar. Thanks Zaidi.

Jam 4.00 petang, kami berdua sekali lagi mengisi perut AirAsia untuk pulang ke KL. Sempat shopping sikit lagi di LCCT. Mungkin kerana kepenatan, kami tertinggal 2 botol minyak wangi yang baru di beli, tersangkut di belakang troli. Tak perasan! Perasan yang masing-masing tak capai beg berisi minyak wangi tu bila kami tersebut tentang shopping di LCCT. Huhuhu...termenangis sekejap dalam kereta yang masa tu dah melepasi area Bangi. Frust gila! 

Selesailah perjalanan yang berjaya dicoretkan dalam ayat paling ringkas. Kalu details..mahunya 4 pages ni! Hahaha.

Apapun, Selamat Pengantin Baru Kak Zuna - Amirul Akmal. Semoga bahagia dna berkekalan hingga ke akhirat. Muah!!





Next entry aku bercerita tentang keenakan teh o ais asam boi blended ok. Best!

No comments:

Post a Comment