05 November 2012

Fly like a fox..thats Flying Fox!

Hai. Disebabkan ada sedikit masa, then cepat-cepat log-in blog untuk mencoret. Kalau simpan dalam peti besi alamatnya berkurun la baru nk upload cerita, silap-silap langsung tak upload. Hehe.

Sejak dari awal tahun nak cuba Flying Fox yang di dakwa terpanjang di Malaysia ni (hehehhe) tapi takde kesempatan. First attempt, tetiba hujan rintik-rintik..air bergelora. Second attempt, busy pulak bila dah tiba kat atas tu. Next attempt yang lain, dah lupa sebab-sebabnya.

So, kali ni tiada lagi alasan. Masa dapat jemputan ni, baru pulih dari migrain yang teruk sampai rasa nk hantuk kepala kat dinding, so berfikir 2 kali jugak. Nak tak nak? ... OK. Nak!

So, jemputan khas semasa sekumpulan Living Social sedang menjalani aktiviti Flying Fox ini, aku usha dulu. Melihat mereka landing di Landing Point dengan ganasnya, rasa macam nak tarik diri. Impact yang sangat kuat melanggar tayar-tayar tu membuatkan aku kecut perut. Tapi nak tarik diri saat ni? Hurmm..nak tarik diri pun fikir 2 kali jugak.

Tak sempat nak fikir dah, tengok-tengok aku dah kat Launcing Point. Oh man!!

Sesi memakai semua benda alat keselamatan berjalan lancar. 2-3 kali voice over dalam walkie-talkie buat aku ketawa. Mungkin aku lah peserta paling lama ambil masa untuk memakai semua peralatan tu. Acu, Am dan Michael yang menunggu di Landing Point mesti berpeluh menunggu special guest ni.

Apekebenda lama na dibuatnya atas tu.

Hah. Bergambar la dulu...hilangkan gabra! Hahaha... Actually sampai post ni di publish kan, mereka bertiga masih tertanya-tanya kenapa aku ambil masa yang sangat lama di Launcing Point. Voice over dah mula merepek-repek!


Come on. Mana aku tak gabra? Look the distance I am gonna fly thru. It's
486 metres long, man!! (Click here)





Di Landing Point. Ini snap sebelum aku naik ke atas. Terbayang aku akan menghentam semua tayar-tayar tu..dan perasaan itu sangat seram.




Tapi kenyataannya?
Aku tak sampai pun kat Landing Point.
Tersekat dalam 10 meter (or lebih) dari Landing Point. Michael, Am dan Acu memberikan moral-support untuk aku menghayunkan badan sampai ke arah mereka.

Cik Abang yang melepaskan aku di Launching Point pun sempat turun dari atas bukit sambil ketawa dia berdekah-dekah bergema di seantero Bukit Kinding melihat aku stuck like forever di tengah-tengah tu.

Nak tolong? No way! Tak de! Dia duduk relaks kat tepi bukit tu sambil bersorak "Come on, sayang. You can do it!"

Alasan para instructor: Berat badan aku tak cukup untuk aku menghasilkan impact ke Landing Point.

Dalam mereka memberikan motivasi untuk aku mengayunkan diri sendiri secara manual ke landing point, terlupa suruh mereka merakam detik gemilang itu.

Hasil daripada menghayun diri sendiri, muscle lengan telah menjadi tegap. Hahaha!

Komen Amirthan :
Bukan semua orang boleh tersekat kat tengah-tengah tu, hanya orang yang tersekat akan diberikan sijil. Lagi jauh dia tersekat, lagi besar sijil tu.
Sungguh menyedapkan hati, kan.


Thanks! Tekad nak makan banyak-banyak lagi dan cuba sekali lagi Flying Fox tu dan menghasilkan impact yang diidamkan!

Dah. Jom balik!


No comments:

Post a Comment