20 September 2013

Cinta si Tukang Kasut

Saya memang sangat suka beli kasut. Tapi tak suka fesyen yang bukan-bukan. Or terlalu crowded bunga or penuh dan sarat dengan hiasan sampai tak tahu nak sarung kaki ke mana. Jenama pun tak penting, asalkan bila pakai dan saat melangkah, kasut tidak melayang ke hadapan mendahului si pemakai. Kasut / sandal yang hanya ada tali sebaris di tulang jari langsung tidak pernah mendapat takhta di hati untuk membeli. Kasut yang tidak bertutup penuh tapi menyokong sepenuhnya kaki amat dicintai sepenuh hati.

Satu lagi masalah aku dengan kasut ni ialah tumitnya yang nakal. Pakai sehari kadang-kala dah boleh membuatkan alas tumitnya tercabut. Eh, bukan jenama pasar malam. Ok fine, not so high class tapi Carlo Rino kot. Agak-agakla nak tanggal pun. Kasut bersarung penuh Primavera pun lebih kurang je!

Di Tanjong Malim, setiap kali beli kasut, tak sempat kasut dipakai pasti akan dihantar dengan penuh manja kepada En Li Guard yang garang menjerkah orang namun baiiikkkk hatinya. Dia akan diupah menjahit dahulu tapak kasut sebelum aku berani memakainya. Jangan cari pasal tengah kalut nak pi meeting, lari-lari manja, tetiba tapak kasut tercabut. Tension!

Tapi En Li tidak menyediakan khidmat menggantikan tumit. Walaupun telah dipujuk bertahun lamanya, beliau masih enggan melayan permintaan aku dan seorang lagi Diva di sini iaitu ZMY untuk memulakan perkhidmatan menukar tumit kasut. Alasan beliau - malas nak beli peralatan. Boleh??

En Li yang dimaksudkan. Tak nampak garang sebab ada dua awek cun sebelah dia. Haha!

Maka, berkumpullah segedabak kasut dirumah yang masih cantik segak berseri tapi tumitnya sebelah atau dua-dua belah hilang. 

Misi mencari cinta si tukang kasut bermula. Terjumpa seorang pakcik di Bukit Sentosa semasa menemani mama ke pasar yang sedang memulakan perniagaan rutinnya di kaki lima kedai. Esoknya, terus loading 2 pasang kasut dalam kereta dan semasa mama tengah sibuk mencari ikannya, aku lari sekejap menghantar kasut.

Janji kami seperti ini.

Aku : Pakcik, saya nak tukar tumit je. Lama tak nak siap? Atau saya jalan-jalan kat Tesco dulu, nanti dalam 1 jam saya ambil. Okeh...ala kuci-kuci-kuci...comelnye pakcik niiihhhh! (Part last saya tambah untuk menambahkan elemen comel saya)

Pakcik : Baiklah, nak. (Ye, itu sahaja jawapan dia??) 

1 jam berlalu. Kembali ke tempat pakcik, dia sedang mengerjakan tumit kasut. Setelah memberikan hint kepada mama untuk tunggu dan main je Candy Crush dalam kereta, aku duduk tersipu malu tepi pakcik tu. Pakcik tu tidak menunjukkan ciri-ciri cuak dan gabra pun ada seorang anak dara comey lotey tersipu-sipu macam ada orang nak masuk meminang di tepi dia.

Khusyuk aku memandang kasut-kasut aku dikerjakan oleh pakcik ini. Tadaaaa...!

Kasut pertama yang dibaiki tumitnya yang rosak + pecah + hilang sebelah.

Kasut kedua yang sedang diusahakan tumitnya..

Aku : Pakcik tinggal mana?
Pakcik : Bukit Beruntung. Anak tinggal mana pulak?
Aku : Bukit Sentosa. Pukul berapa pakcik buka kedai ni?
Pakcik : Kul 8 dah ada dah...
Aku : Tutup pukul berapa?
Pakcik : Kul 6 petang.
Aku : Bukak tiap hari?
Pakcik : Ye, nak. Hari Jumaat tak bukak lah.
Aku : Ooo. (hilang idea sebab produktiviti pakcik itu sedikit menurun bila dia melayan aku berborak)

Aku pun diam je la. Info utama aku dah dapat. Kalau borak panjang-panjang sangat nanti makcik yang jual buah sebelah tu ingat aku nk ngorat pakcik ni dan potong line dia pulak. 

Melihat hasil kerja dia...mula-mula cuak jugak tengok dia semboro je tampal tumit aku bersegi-segi. Mula gatal mulut nak menegur tapi masih bersabar. Selesai dia memaku, barulah dia mengikis lebihan yang menyakitkan mata itu.

Hish. Sibuk je kan dengan kerja orang. Tahu lah dia nak buat macam mana. Ini kompetensi khusus dia. Aku bagi pakcik ni 12 mata CPD khusus untuk kekemasan hasil kerja dia setelah siap. 

Lebih kurang 10 minit, tunggu semuanya selesai... akhirnya pakcik itu mendongak memandang aku. "Ok, dah siap..!"

Aku tersenyum. Dengan upah dan kepuasan yang jelas terpancar di wajah aku, pakcik si tukang kasut aku tinggalkan. Terbayang aku akan ke ofis esoknya dengan Carlo Rino yang telah dibaiki tumitnya.

Oh, terima kasih pakcik si tukang kasut. Cintamu kuhargai.    


Pakcik si tukang kasut yang sangat komited dan efision dalam kerjanya. Aku tak tahu tu kasut siapa. Malas nak tanya.

psstt : Tak boleh lama-lama sangat renung pakcik ni sebab makcik yang jual buah-buahan kat sebelah tu dah jeling-jeling dan asyik mendehem. Huh..! 

No comments:

Post a Comment