13 October 2014

No more liquid paper, yeay!

Hai.
Hari ini Cik Bunga ada satu tips yang nak dikongsi bersama. Kalau ada yang dah tahu, anggap ini revision. Untuk yang tidak tahu, mana tahu boleh praktikkan. Atau mungkin ada yang mempunyai cara yang lain, lebih mudah, lebih cepat..silakan. Share. Sharing is caring.

Pernah tak mengalami situasi di mana kita sudah pun mencetak (print) dokumen yang sangat penting then kita sedar yang ada satu..atau dua..atau tiga huruf mungkin tersalah taip.
Apa yang uols buat?
Print balik -- tak sempat dah. Membazir. Dokumen dah kena hantar ni, mana nak cari printer?!

Pakai liquid -- ada beberapa dokumen tidak dibenarkan penggunaan liquid paper. One more thing, liquid paper sometime make thing worse.

Tension?
Hold dulu tension tu.
Ada satu tips. 
Tapi kena sabar.

Cik Bunga diarahkan untuk buat kad jemputan kepada bakal - bakal pesara untuk diraikan pada penghujung Oktober.
Print punya print, sekali baru tersedar...alamak, bukan 8.30 malam tapi 8.00 malam! Ish, macam mana boleh cuai ni?!

Nak print balik? No way! Stok card dah habis, nak print pulak punyalah susah saiz A5 ni. Satu huruf je, takkan nak print balik 20 keping kad?
Hadoi.  

liquid -- huh! sememeh. Nanti nampak sangat buat salah.


Nak buat macam mana?
Meh sediakan bahan - bahan ni :

Dawai kokot, pemadam pensil dan pen. Klip gambar katak sebagai hiasan sahaja.

Dawai kokot - kikis dakwat yang salah print tu. Perlahan - lahan. Rileks je. Jangan tonyoh melampau. Jangan marah.


Perlahan - lahan.

Look. makin hilang kan?

Then, ambil pemadam dan sapu perlahan - lahan.

Look. Hilang dan bersih as new. as nothing was there before. ecewah..speaking.

Inilah masanya yang sangat kritikal. tulis. Tulislah balik huruf apa yang salah tu.

hurm. Part ni Cik Bunga lemah sikit nak tiru font Tahoma size 10. :( tapi..ok la ni kan?
So, siap! 

Tak perlu pergi print balik kan? er..lebih kurang la. 

Tapi teknik ni untuk betulkan minor error je ye. Kalau satu muka surat semua salah sana, salah sini...oi! print je la balik!

haishhh!

23 September 2014

Jom pergi AKEPT

Assalamualaikum,
Actually I only have 1 hour (or less) to update this entry. So, no bunga-bunga bahasa.

Currently, Cik Bunga sekarang kat AKEPT. Ape ke benda nya AKEPT tu oi Cik Bunga? Goverment sector, of course you all semua tahu ape itu AKEPT singkatan bagi Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi.

Dimana?
Nunnnnn jauh ke dalam di Bandar Enstek di lindungi kebun - kebun sawit yang menghijau but surprisely ada wifi dan line telefon yang marvelous. 

Buat apa la Cik Bunga ni pi ke dalam kebun kelapa sawit tu? Bukan ke selalu pi shopping kompleks..?
Training you alls! Selama ni handle training untuk orang, sekarang AKEPT panggil orang yang buat training pi training. Training pasal macam mana nak buat keberkesanan kursus.

Jangan menguap lagi sebab entry ni bukan pasal keberkesanan kursus, jangan risau.

Selama ni pi hantar pensyarah pi latihan kat AKEPT ni tak pernah hirau AKEPT ni macam mana. Bila nama sendiri dipetik oleh Cik Lady Boss, hah kau! Terus google kat mana la AKEPT ni? Penginapan dia paling utama. Hostel!? Oh mak kau!

Jumpa la entries tahun 2010, 2011 paling latest pun 2012. Oh mak kau lagi sekali..mana update 2013 dan 2014. Adakah penginapan AKEPT dah berubah?

Melalui entry bloggers lain, dorang kata hostel ni macam hotel 5 bintang. Lengkap semua kemudahan. Cantik..bla..bla..bla..cantik..bla..bla..bla. Ok but mana review paling terbaru!!??

Tawakal dan kul 9 bertolak dari UPSI. Dalam perjalanan ada jugak la sekali dua rasa menyesal tak bawak iron dan hair dryer. 

My driver - Baim

Pintu utama. Dah start debor ni..

and the bilik...serious..heaven! Eh, cantik handbag i tu kan. Merah menyala.

TV, work table.....

Ada safety box, yang paling penting ada IRON. And complimentary ada hair dryer! yeay!

Cantik kan!

selfie >_<

BEKALAN! hahahah...

Ada aircond plus ada kipas jugak!
 
iron board.

Semua tu HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA. jangan main - main hoccay!

What..err..field view..?

..or palm view.

Minum petang dulu before start bengkel.
Stella from UMS. Huhu..ada pun kawan beronggeng kat sini.
 
First page of the slide.

Muka happy sebab lega semuanya cantik dan selesa sangat-sangat.
 So, no worries pada sesiapa yang kena pi training di AKEPT. 
Enjoy your class.

Okbai.
Kelas start kul 8.30pm dengan trainer yang sangat BEST!
Dr Tengku Naufal B Tengku Mansor.
Tak mengantuk sebab dia ni low context punya orang.
Apa tu? haha.meaning dia nk carut, dia carut je. Cakap lepas dan senang difahami. Takde bunga-bunga bahasa. Simple.
Macam CuteCarry (eh, pada sesapa yang pernah pi training CuteCarry, pasti dapat bayangkan)

 

16 July 2014

Jom kemas rumah nak Raya ni!






Assalamualaikum dan salam Ramadhan. 
Ecewah..!

So, dah habis tempah 45 balang kuih raya?
19 pasang baju kurung / kebaya / kebarung pelbagai warna dah diambil dari si tukang jahit? 
26 pasang tudung? Ariani, Fareeda, Aidijuma...etc..etc?
Belum lagi Cik Bunga nak tanya langsir raya, sofa raya, katil raya, dressing table raya and so on...

Dah start kemas rumah? Bersihkan kipas, buang sawang, mop lantai, tukar sarung sofa, cari balik mana alas meja....fuh! Banyak pula rasanya kerja-kerja rumah perlu diselesaikan sebelum 1 Syawal menjelma.

Well, bagi Cik Bunga, cuti umum semalam (Nuzul Quran) di manfaatkan sepenuhnya sampailah Cik Bunga rasa nak pengsan. Yela, selama berpuasa paling berat kerja yang Cik Nunga buat adalah naik tangga dari tingkat satu ke tingkat 3 sebab silap bilik mesyuarat. Tapi kali ni, Cik Bunga nak pengsan sebab Cik Bunga memerah tenaga fizikal dan mental mengemas rumah.

Fizikal..obviously. But, why mental?

Meh sini. Nak cerita.

Sesi membersihkan kipas siling!
 
Bersihkan hanbuk kipas siling.
Kena fikir cara terbaik nak bersihkan bilah kipas tanpa berpusing-pusing bilahnya. Maka, gunakan peralatan yang semakin moden yang mana benda ni takda masa zaman tok nenek kita dulu. 
 
Tadaa...lebih kurang.


Sesi menukar rak TV & mengemas wayar berserabut!

Kemudian, dengan tabahnya pi pasang rak TV Ikea yang dibeli minggu lepas. Demi nak jadikan semua perabot satu set, maka rak tv comel ini dibeli. Pasang sendiri hoccay. Tabah. Muscle lengan Cik Bunga membesar 20% dok pusing - pusingkan kaki rak ni...putar2 skru driver, ketuk - ketuk manja!
Fuh, penat fizikal & mental! 

Sebelum - Ya, tau...bersepah VCD2 tersebut.

...and all the clutters cable...?? So, KPI Cik Bunga nak pastikan takda wayar berserabut atas lantai lagi. Senang nak sapu, nak mop dan tiada lagi habuk!

Kadang - kadang orang kata perempuan mesti FAIL bab - bab teknikal ni. Yup, Cik Bunga akui. Tapi, takkan FAIL selamanya. Kita atasi kelemahan kita dengan kebijaksanaan yang diberikan. 

Cik Bunga fail part nak sambung-sambungkan wayar 3 warna ni. So, what did I do?
Snap the picture so that nanti nak pasang balik, kita refer je balik kat picture tersebut. Tak perlu tubuhkan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) untuk tujuan ini. Look!

DVD Player. Habuk...yeah! Korang nyer DVD player tak ada habuk ke? Hehehe...

Decoder Astro. Bagi full view sebab banyak bebenor plug in nya!

Belakang TV. Oh ye, jangan lupa tandakan setiap wayar tu dengan tape untuk tandakan which wire is for which item. Mental perlu kuat!

So, table IKEA dah siap. Adik beradik dengan coffee table yang kat belakang tu.

Ambil angle yang sesuai. Macam cunnnn jek! Macam cantikkkkk je!

Then, letak balik TV, Astro decoder dan DVD Astro cantik - cantik, elok - elok. See, no more wayar berserabut atas lantai. Nak sapu / mop pun senang tanpa perlu risau terkena wayar. Test, tengok TV berfungsi atau tidak... :)
 Now, Cik Bunga akan shopping rak / bekas simpan DVD yang sangat banyak itu. Terfikirkan DVD Tower IKEA sebenarnya. Melampau! 

Melampau sungguh rasa di hati ini. Hahahaha!
 How did I do that?
My inspiration.
Bijak menyorokkan all the clutters dan menghasilkan permandangan (hadapan) yang sangat kemas.

But, this is mine. Straps sana, straps sini, yang penting sorokkan semua belakang TV / rak. No more on the floor! Dan, siap label dah setiap wayar supaya next time, dah tahu dah which cable belong to which item! ....Bila sel - sel otak berhubung, kan?

Sesi menukar sofa baharu!

Dengan hanya RM20, sofa lama menjadi baru. IKEA sangat! Hahahahah! Ya, Ringgit Malaysia Dua puluh sahaja. Tidak perlu Ringgit Malaysia dua ribu sahaja. Jenama Ka Chuang jadi IKEA. Curlazzz ko!

DONE for today!
I love my home. Home sweet home.
Balik kerja penat - penat, buka pintu...relaks tengok keadaan rumah yang cantik kemas suci dan murni. Dihiasi pula aroma Vanilla yang melaparkan..eh menenangkan. Don't you just love that?

Sekian sahaja ye! 
Selamat mengemas rumah~

04 July 2014

DIY...eh..tutorial web signature Cik Bunga.

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan.

Wah, Cik Bunga lama menghilang, tetiba muncul buat tutorial. Hahaha.
Tak kisah la, sebab baru tadi terima WhatsApp dari seorang kawan setempat kerja lain kampus bertanyakan macam mana email rasmi Cik Bunga ada signature nama IC Cik Bunga. Bunga Citra Lestari, gituu! 

Sebelum ni ada jugak yang tanya, Cik Bunga buat screen grabber je, hantar kat WhatsApp.

So, kali ni biarlah Cik Bunga dokumentasikan tutorial Cik Bunga ye. Nanti senang, sapa yang tanya lagi, Cik Bunga bagi link entri ini. hehehe. Kalau uols nak share pun takpe, silakan. 

Simple step. Visual person sangat sesuai dan akan cepat mendalami ilmu ini sebab baaaanyaaakkk images. Kalau auditory person, pasti menderita nak lihat banyak-banyak image ni kan tanpa ada bunyi-bunyian kan. Ok, nanti Cik Bunga rakam suara pulak. Kinestetik person, Cik Bunga cubit!

Untuk create image signature kat hujung email, nampak macam kita pi tenyeh la sign kat email tu kan... sila ke link ini http://www.mylivesignature.com/ .
(teruskan melihat image di bawah ye)



Step1 - http://www.mylivesignature.com/

Step2 - Scroll je bawah, klik PROCEED.

Step3 - ha, klik link tu ye.

Step4 - masukkan la nama uols.

Step5 - pilih jenis tulisan yang ada sampai 120 jenis tu. Klik dan tekan Next Step. Jangan duk macam arca kat situ. Memang takkan jadi sign uols.

Step6 - pilih la size. kalau setakat nk letak sign dalam email rasmi, tak payah la besar cam sign pakai marker. Cik Bunga pilih #3. Dah comel. Next Step.
Step7 - pilih warna idaman hati. Next Step.
Step8 - nak senget tahap mana? suka hati. Next Step

Step9 - FINISHED buat sign la. Belum masukkan dalam email lagi. Tapi kalau uols nak SAVE IMAGE, silakan.

Step10 - pi kat image nama uols tu, KLIK KANAN -- Copy Image Location. Jangan degil. Copy je!

Step11 - Gmail user. Sila log in Gmail anda, pi kat bucu atas kanan -gambar bunga / skru 5 bucu dan klik SETTING.

Step12 - anda berada di Tab General. Sila skroll ke bawah.......

Step13 - ...sampai jumpa signature

Step 14 - cara nak masukkan image signature, klik INSERT IMAGE tu.

Step 15 - paste link yang anda copy dari image di Step10 tadi. Kalau lupa, pi COPY IMAGE LOCATION lagi sekali!

Step16 - tadaaaaaaaaaaa!



Berjaya?
Tahniah! Dah boleh eksyen sign nama comel - comel dalam email rasmi jap lagi. 
Marilah, hantar email kat CIk Bunga tanya pasal CPD padahal nak tunjuk sign comel. Haha! 

Tidak berjaya?
Usaha tangga kejayaan.


Hahahaha!