13 October 2014

No more liquid paper, yeay!

Hai.
Hari ini Cik Bunga ada satu tips yang nak dikongsi bersama. Kalau ada yang dah tahu, anggap ini revision. Untuk yang tidak tahu, mana tahu boleh praktikkan. Atau mungkin ada yang mempunyai cara yang lain, lebih mudah, lebih cepat..silakan. Share. Sharing is caring.

Pernah tak mengalami situasi di mana kita sudah pun mencetak (print) dokumen yang sangat penting then kita sedar yang ada satu..atau dua..atau tiga huruf mungkin tersalah taip.
Apa yang uols buat?
Print balik -- tak sempat dah. Membazir. Dokumen dah kena hantar ni, mana nak cari printer?!

Pakai liquid -- ada beberapa dokumen tidak dibenarkan penggunaan liquid paper. One more thing, liquid paper sometime make thing worse.

Tension?
Hold dulu tension tu.
Ada satu tips. 
Tapi kena sabar.

Cik Bunga diarahkan untuk buat kad jemputan kepada bakal - bakal pesara untuk diraikan pada penghujung Oktober.
Print punya print, sekali baru tersedar...alamak, bukan 8.30 malam tapi 8.00 malam! Ish, macam mana boleh cuai ni?!

Nak print balik? No way! Stok card dah habis, nak print pulak punyalah susah saiz A5 ni. Satu huruf je, takkan nak print balik 20 keping kad?
Hadoi.  

liquid -- huh! sememeh. Nanti nampak sangat buat salah.


Nak buat macam mana?
Meh sediakan bahan - bahan ni :

Dawai kokot, pemadam pensil dan pen. Klip gambar katak sebagai hiasan sahaja.

Dawai kokot - kikis dakwat yang salah print tu. Perlahan - lahan. Rileks je. Jangan tonyoh melampau. Jangan marah.


Perlahan - lahan.

Look. makin hilang kan?

Then, ambil pemadam dan sapu perlahan - lahan.

Look. Hilang dan bersih as new. as nothing was there before. ecewah..speaking.

Inilah masanya yang sangat kritikal. tulis. Tulislah balik huruf apa yang salah tu.

hurm. Part ni Cik Bunga lemah sikit nak tiru font Tahoma size 10. :( tapi..ok la ni kan?
So, siap! 

Tak perlu pergi print balik kan? er..lebih kurang la. 

Tapi teknik ni untuk betulkan minor error je ye. Kalau satu muka surat semua salah sana, salah sini...oi! print je la balik!

haishhh!

No comments:

Post a Comment