29 July 2009
Entri kedua buat hari ini: Cerita "Pelangi Petang".
Put aside jap cerita H1N1. Dok tunggu-tunggu berita yang tak kunjung tiba. Student dah cuti..kami kakitangan... mungkin virus tu tak serang staff kot, sebab kad staff kami start dengan K ? (Boleh ke..?)
So, student...selamat mengkuarantinkan diri. Wahai staff UPSI, selamat terus bekerja demi UPSI tercinta. (Noktah)
Cerit malam tadi.
Dinner at Concorde Hotel, Shah Alam. Malam Jasamu Dikenang buat pesara-pesara UPSI.
Nak cerita tapi memandangkan Kak Ayu dah ceritakan dalam belognyer (klik di sini) maka, aku tak yah la nk tulis benda yang sama.
Cop!
Ada cerita lain yang mungkin Kak Ayu tak nak cerita dalam belognyer.
Lagu Pelangi Petang. Ditujukan buat En Musa tapi siapa yang tersedu-sedan (aku cipta ye) bila lagu ni berkumandang? Okey..okey...takde la sampai tersedu-sedan...tapi teresak-esak..?
Yup. Kak Ayu syahdu.
Hahaha!
One more.
Kak Ina terbawak key-card 1217 balik ke UPSI. Teringat kes En Saiduri bawak balik remote air-cond Seri Malaysia Genting balik umah..last year. Stok untuk aku n Kak Ina gelak utk seminggu.
Okey.
H1N1 : Jangan pandang sebelah mata, kengkawan.
Click above article..and baca sendiri ye.
Below - Huhuhu...
*Di ulang : Kepada semua kakitangan UPSI, aktiviti berjalan seperti biasa.
Shhhh...dengar-dengar cerita...
27 July 2009
Rancangan yang tak de dalam ketentuanNYA. Accept it. Sympathy.
Pagi Sabtu yang aman damai, bunyi mesej yang sangat comel - Tweet..tweet...(ulang 2x) Text message! - Huh! Sape lak ni?
Nama artis-wanna-be naik kat skrin hp pink aku!
Okey..bunyi message sangat haru biru. Hilang jap rasa ngantuk yg amat sangat. Dalam keadaan masih peluk bantal peluk, otak ligat berfikir:
1. Aku bukan mimpi...yes, for sure!! OMG!!
2. Hari ni hari Sabtu. MELODI esok...knpe cepat plak aku dapat berita ni?
3. What...!? Shit..!*abaikan...
Okey..ape aku buat?
Write new msg. 'Kzuna...tolong sahkan msg Zaidi yang Ayu baru terima ni. (Off record - aku pasti 1 Malaysia dah terima msg Zaidi ni) Sekian, terima kasih. "
5 saat.
....(tak perlu aku ulang bunyi msg aku kan..?)
....."Berita diterima. Akan dipastikan sebentar lagi".... (K.Zuna)
5 saat lagi.
...." berita sah... " (K.Zuna...beserta bukti yg boleh dipercayai....)
Okey fine. Kali ni berita Zaidi terbukti boleh dipercayai. Aku sambung tidur sampai la aku rasa macam teringat sesuatu.
Hari ni plan nak g tengok wayang!
Yeay..wake up lil' girl. Rise and shine!
Kepada subjek - Bee strong. We are always here for u. Let's go tengok wayang. Lupakan sandiwara dunia ni. If there a stage, then play the role... (sambung sendiri)
*siot je*
-
-
-
22 July 2009
But, ada satu entri ni tibe2 meng-setop-kan aku dari buat kerja hakiki.
What it is all about?
(I'm damn sure, korang akan angkat tapak tangan korang dan mula mencari garis2 yang dinyatakan dibawah ni. Gile! Macam orang tak betul pun ada...). Sebelum korang gile..aku dah gile dulu. So..mari menggila bersama-sama!
Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. Jangan tersalah tilik, sudah la!
1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.
2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.
3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!
4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.
5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.
6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.
7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya...
8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.
9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.
10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.
11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat.... Ajal dan maut di tangan Tuhan kan ?
20 July 2009
Tibe-tiba aku ter'captured' ayat Yan dalam blog dia!
Since kawan aku ni tak suke dengar lagu-lagu dangdut and lagu2 Mama Mia dalam CD aku (dalam kereta) tu...maka dengan ini....setiap kali aku jumpe Yan, maka aku isytiharkan HARI MEMASANG LAGU DANGDUT + MAMA MIA KHAS UTK YAN...(sampai dia sukerrr..)
Hampeh Yan!
18 July 2009
For fun. Enjoy ur life!
Hahaha!
Teringat cerita - cerita lama.. Dulu-dulu...
17 July 2009
Foto2 Syah kawen. Kedah & Johor.
Okey, sebagai tidak menghampakan harapan kawan2 tersayang, aku pon upload la pic2 Syah kawen. Tak banyak la..tapi hope cukuplah nak membuktikan yang abg aku ni memang dah betul kawen.
Girls out there..sorry. He's taken. Congrate Kak Husna! Chewwwaaahh!
Caption* inilah scene yang aku kategorikan pengantin-dilarang-buat-sama-sekali.
Sila jaga adab tatatertib sebagai raja sehari diatas pelamin (klik kat pic klo nak tengok ape yang Syah buat!). Awak tu pengantin!
Satu lagi, duk diam2 je atas pelamin! Jangan nak hai2 @ panggil2 @ lambai2 macam model catwalk terhadap tetamu dari atas pelamin! Ingat ni macam kat kolej ke...?
Okey..done!
Perhatian : Picture2 diatas diambil dengan izin pengantin. Walaupun dia muncung2 taknak bagi aku curik dari laptop dia! Hahaha!
Awarded by Hajar.
Huhuhu. Another award. It's from Hajar. Tengkiu arrrr... Tapi..it's not for free- for sure! Ada soalan kne jawab.
1. Nama timangan anda?
Hahaha. Alamak... kne reveal ke? *Blushing la plak! Hehehe!
Panggilan formal dalam IC : AZURA. Ada gak yang panggil Zura. Hanya ada seorang yang panggil -azzu- (and nama ni dah dibanned. Huhuhu). Ermm..last but not least, Ayu. Nama saintifik di UPM - Ayu Ayuni Azu Azura. Nama fiksyen -Kuda Laut. Hahahaaaa! Amylea...??
2. Anda seorang yang?
Erm..yang ape ye. Refer to this entri la..part of!
3. Insan teristimewa?
Family dan sesape yg rasa dia adalah istimewa utk aku. Offers are for all..
4. Lagu kesukaan?
Yang selalu main dalam radio hari2 la...sure jadi lagu kesukaan, sbb tiap masa nyanyi. Klo tukar lagu hit, maknanyer tukar gak la lagu yg menjadi siulan. No fixed one!
5. Makanan kegemaran?
Popia! Nasi lemak! Rojak kat Aman Gado-Gado, Medan Selera Tg Malim! Coklat...coklat..coklat!
6. Yang membuatkan anda stress?
Erm...klo orang sekeliling jadi sejenak dungu dan menyusahkan hidup aku sampai menyesakkan aku untuk bernafas even sesaat!
7. Warna kegemaran?
Takde yg specific. Tapi hijau bukan dalam list...
8. Benda yang mesti ada dalam beg?
Purse...hp...kunci....makeup kit.
9. Kali terakhir anda menangis?
Ermm...cerita Korea malam tadi dikira x...? hahaha!
10. Tag untuk 6 rakan anda
Haaa.sape yang baca entri ni, anda dengan secara automatiknyer diawardkan dgn bende yang sama aku kne buat ni!
Hahaha!
14 July 2009
Selamat Penganti Baru, Ana
Venue : Dewan UMNO, Bangunan UMNO, Ipoh Perak
Abg Ngah, take care my kak ngah!
P/s: (Left) K.Long is done..having baby last three month. Kak Ngah (right) is done, as well. Waiting for Kak Chik. Huahuahua!!! (Aku la K.Chik!)
K.Chik yang degil...
Bye!
13 July 2009
Kursus Kenegaraan (BTN) : From an engineer to a commander! Hahaha!
Memandangkan aku dah janji nk publish about him in my blog, and pagi ni dia demand mana entri pasal dia...so here you are! Happy!?
So lucky, sepanjang perbarisan (kelakar je) tu, no camera allowed, tapi 74 orang + 6 jurulatih adalah saksi yang En Fait adalah jurutera berpangkat komandor perang. Huahuahuahua!
09 July 2009
Musykil...musykil...
Sebelum baca soalan aku..teliti sungguh-sungguh pic di bawah ini.
Gambaran awal:
Kat pancuran air tu (di belakang) ...kelihatan Syed dan Fyfy.
Soalan susulan:
Ape yang dorang buat? Kami yang di depan ni...agak musykil bila pic ini muncul di lensa kamera.
Syed or Fifi...sila beri penjelasan.
Hahaha!
Abis!