09 November 2010

Beberapa sebab knpe saya taknak kawen dengan awak

Ya..sila baca betul-betul dan kaji kebenarannya.

Pastu, jangan tanya lagi soalan yang sama.

Yang pertama dan terutama. Tiada yang lain daripada yang lain melainkan ini lah yang menduduki carta pertama hit KENAPA SAYA TAKNAK KAWEN DENGAN AWAK. Sebabnya ialah awak sangat8x kenal ex-boyfriend saya dengan mendalam. Awak akan tya, SO? Saya akan jawab, so sayang (eh2.. sayang pulak O_o ) saya taknak bila dah 3675 hari kita kawen, tiba-tiba kite terover gurau senda dan awak tersebut nama ex-boyfriend saya dan saya terus merajuk..awak pulak dah tak kuasa nak pujuk..saya sentap gile-gile...nak balas dendam saya pulak sebut nama ex-girlfriend awak..kite main tuduh-tuduh..dan akhirnya PERANG DUNIA KE 3 meletus. Kesian anak-anak..! (Wah, terus ada watak anak-anak (kata ganda) dalam cerekarama ni..) Ah...! So sweet~


Sebab #2.
Selain awak kenal semua ex-boyfriends saya dari tadika sampai universiti (eh3, tipu. saya tak masuk tadika) ...antara sebab lain KENAPA SAYA TAKNAK KAWEN DENGAN AWAK ialah awak kenal mama & papa saya dan awak pulak sangat manja dengan depa. Kenapa pulak, awak tanya. Saya jawab, yela..bila saya takde mood nak masak hari tu, awak call mama bagitau saya taknak masak..then mama minta pass handphone tu kat saya dan bebel 30 minit kat saya suh saya masak jugak..saya pulak rasa sebel dan terpaksa masak..masak pulak ala-kadar setakat 'at least masak' dan awak pulak tak puas hati call pulak papa dan papa mintak jugak pass handphone tu kat saya dan ulang tayang balik syarahan mama. Dapat bayangkan situasi waktu tu tak...? OMG! So, itu sebab kedua.


Sebab#3.
Sebab yang ketiga ni saya takkan cakap awak kenal adik beradik saya la. Jangan risau. Sebab ketiga pulak ialah awak pernah tengok pay-slip saya. Dan kali ni awak akan tepuk dahi dan tya lagi..so? So..akan jadi masalah kalau pada suatu hari yang hening dan bening tiba - tiba **saya mintak duit nak shopping sebab SOGO buat Year End Sale (YES) padahal saya takleh cakap NO pada YES! How could u!?? Awak akan tanya mana gaji saya..saya akan buat muka Garfield sambil cakap saya dah shopping kat One Utama beli kasut and blouse.. dan awak akan mula membebel mengalahkan mama membebel utk sebab #2 (sila rujuk sebab #2 seperti di atas) dan menghilangkan mood saya untuk shopping di SOGO hari itu. Lebih parah lagi, esoknya bila bangun tido saya pura-pura tak ingat awak tak kasi duit dan mintak lagi sekali... Sila ulang-baca di ayat bertanda **. So, sampai bile-bile cerita ni takkan habis, u! Dan ada kemungkinan sebab #3 akan menyebabkan sebab #1 akan terjadi.


Sebab #4
OK, bila saya fikir-fikir balik saya rasa saya patut jugak guna alasan yang ini. Sebab ke-4 KENAPA SAYA TAKNAK KAWEN DENGAN AWAK ialah sebab adik-adik saya terlalu sayangkan awak (selepas mereka sayangkan sangat-sangat ex boyfriend saya suatu ketika dahulu). Bila mereka sangat sayangkan awak..mereka akan manja dengan awak..dan awak pun akan manjakan mereka..sampai awak lupa nak manjakan saya..Eh silap. Awak lupa yang saya ni
garang dengan adik-adik saya esp yang si kecik tu..bila mereka manja..saya takleh nak tunjuk saya ni garang sebab mereka akan mengadu kat awak every single thing dan awak akan suh saya berlembut sikit dengan depa dan saya akan sentap..sebab awak lebih mendengar kata mereka daripada saya..dan bila mereka eksyen, mereka akan ejek-ejek saya..OH NO! Kalau saya merajuk dengan awak, sah2 awak takkan pujuk dan mungkin cerita ni sangat panjang jadinya. (dan saya jeles bila adik saya lagi sayang awak dari saya sebab saya sebenarnya manja jugak dengan dorang..uhuk2)


Sebab yang lain-lain...
Awak baca artikel ni dan awak timbang-timbangkan lah ye.

OK, jangan tanya lagi KENAPA SAYA TAKNAK KAWEN DENGAN AWAK.

Jangan suh mama dan papa pujuk saya.

Jangan suh adik bongsu saya pujuk saya
(dengan SNICKER @ CADBURY @ KINDER BUENO's)

Jangan babitkan jiran depan umah saya dalam hal ni.
(mereka tak tahu ape2 + mereka suke bergosip..!)

Dan jangan cetak kad kawen + siap2 tulis nama awak+saya.. jadikan dummy untuk buat hati saya tersentuh (and lastly say I do)

Ok, final.

Jangan send lirik lagu FOR THE REST OF MY LIFE (MAHER ZAIN) pada saya.
(Even it's touching, saya suke dan saya sering dengar di dalam kereta...)

Sekian.

Grafik adalah bayangan penulis semata-mata.

Oh ye ~ kepada yang kawen hujung-hujung tahun ni, SELAMAT PENGANTIN BARU. Jangan tiru entry ini, haipppp! No..No..No..go and marry your lover. Go..Go!

No comments:

Post a Comment