25 January 2011

Hanya kerana asap

Semalam i post about my MakLong admitted ward kan.

OK, today bukan lagi pasal dia, tapi pasal korang.
Ye..ye..korang-korang yang sedang menatap entri ini. Yes.yes..YOU!

Differentiate by gender. Guys first.

Buat yang bergelar perokok tegar. Sehari sekotak, it's not sekotak yang sepuluh tu (ada lagi ke sekotak 10's tu?)..but ini yang HIDUP MATIKU KERANAMU ROKOK. Sehari berpuluh-puluh batang rokok jadi mangsanya. Pagi-pagi lepas semayang Subuh - sebatang, after sarapan secawan teh - sebatang, masa berborak tunggu nak punch in - sebatang, kul 10 pagi lepas minum pagi - sebatang, after lunch - sebatang, after minum petang kul 5 petang - sebatang, tunggu anak depan sekolah / awek balik kerja - sebatang, after dinner sebatang. Fuhhh..kira sendiri. Itu kalau satu 'sesi' sebatang, kalau sekotak?

Mesti banyak kan duit dorang ni spend untuk sekotak rokok, well..I dont wanna know. Jangan minta duit isteri / awek / tunang / mak ayah..sudah! Jangan minta duit i, that's the important one! Shame on you.


This poster bukan cakap pasal BAHAYA MEROKOK ok. Yang itu u all (perokok-perokok) dari sekolah dah tau tapi buat-buat macam tak nak ambil tahu lagi. Fine.

Racun dalam rokok? Rasanya kamu yang tegar ni dah hafal 1001 racun dalam rokok tu. Hujung jari!

But this is about ASAP ROKOK yang golongan ni sumbangkan pada alam dan manusia..flora dan fauna.

Aduhai, apelah dosa kami yang tak merokok ni sampaikan kamu-kamu semua 'dendam' sangat kat kami. Kamu yang kelihatan macho menjadi naga di sana sini, kami yang menanggung akibatnya. I heard that kami ni yang more worst dari kamu yang merokok.

Ini pun depa dah tau tapi saja! Eleh...setakat picture macam ni, pejam mata je. Gambar-gambar ngeri yang dok jadi pembalut kotak rokok pun tak lut, inikan pulak illustrasi kartun "Keguguran, kematian bayi dalam rahim disebabkan asap rokok / merokok"

Eh hello, they own life pun dorang tak kisah, ini kan pulak bayi yang masih belum lahir?

Ish..ish..ish..!


Berpindah pula poster yang lain. Sebab ada pulak yang bengang tak tentu pasal berkaitan pernyataan di atas. Tapi, maybe jugak because hypertension yang sebabkan they all smoke kot.

(weyh hello, takkan lepas makan tengahari pun hypertension kot!)

Anda selalu :
  • sakit kepala ?
  • kelelahan ?
  • mual ?
  • muntah ?
  • sesak nafas ?
  • gelisah ?
Pi la check dek non.. simptom tu

I bukan doktor, cume tertarik dengan beberapa info dalam poster-poster di atas.

astalavista~!

24 January 2011

doktor oh doktor!


Jumaat lepas pi Hospital Selayang. Jumpa doktor-doktor yang sangat sibuk ke sana sini. Tiap kali jumpa doktor, mesti cuak. Macamlah kita yang nak kne injection tu.


No..bukan i yang sakit, tapi my My Maklong.

Name as below. Kenal?


Dicipline : O+G.
Blood type O? Sex : Girl?

Hahaha..salah!
Budak Business Admin tak payah nak memandai-mandai nak memain dengan medical terminology.


It's Obstetrician + Gynecologist.

Blur? Go find it in Google.

Selain daripada melawat orang yang terlantar sakit, si pelawat sempat bertukar-tukar pendapat tentang corak tudung masa kini. Hot di pasaran.

Stok makanan - untuk penjaga, bukan untuk pesakit. (huhuhu).
Complete as you bring your fridge up here.

Here MakLong, your tea time.
And it end up as my tea time. Rezeki jangan ditolak.

Dessert for today.


Lepas minum petang, kena exercise.
(ok, pelawat yang habiskan makanan, tapi still pesakit yang kena buat exercise ni.
Takleh nak pass-pass kat pelawat tau, haipp!)


Sedut OK! Bukan hembus! Make sure yang bebola warna merah tu naik melompat-lompat.
Dengan sokongan dari pelawat, wah!

As for pesakt, it hell!


For me..? hahaha! Don't ask! Kacang weyh!

Boleh bawak balik ke benda ni?
Nak bagi kucing - kucing kat umah try.


Doktor yang sangat berkaliber. Semua term-term medical yang keluar dari mulut depa make me dizzy. Explain, doc?


Sambung borak until 4'o clock.
Macam-macam gosip masa kini MakLong dapat tau dari Mama.


And lastly, TERIMA KASIH KERANA TIDAK MEMBUAT BISING.
Tapi, rasa-rasa patient ward #3 tu dengar tak i terketawa tadi? Baiklah, sesi lawatan supposed tamat kul 2.00 petang, tapi we all extend sampai 4.30pm. Suke-suke hati, kan?

Love for MakLong.
jangan lupa + degil makan ubat.
Ingat pesan doktor hafidz..hahaha.

Doktor Hafidz dari KL. Mom's Kelantanese, dad's Perakian.
Raised at KL.

Setakat ni info yang dia bagitau hasil soal-siasatan MakLong terhadap semua doktor kat hospital tu. Tercuak sekejap doktor tu kne interview dek MakLong.

Jap, Doktor ni bukan adik / sedara mara Nurzid kan? Muka dorang iras2 la..

Hahahaha!

19 January 2011

Cuti panjang...

Semalam Selasa, hari ni Rabu.

Esok Khamis = Thaipusam = CUTI

Lusa Jumaat = Cuti Rehat

Sabtu Ahad = Cuti hujung minggu.

Okey, bulan pertama dalam 2011 penuh dah dgn schedule cuti-cuti Malaysia.

Ape Cik Ayu nak buat..?

Cik Ayu tengah plan. Dah ada idea, cuma belum approve lagi dalam system.

Plan pelan-pelan.

Got it?

13 January 2011

Suka tapi bukan hobi

Actually ni bukan hobi pun. Tapi kebetulan dah terkumpul. Bila dah kumpul, jadi macam hobi, tapi ni bukan hobi. Tapi kebetulan terkumpul. Bila dah terkumpul...jadi macam - eh! apesal berulang-ulang ni!

Ada lagi sejambak dalam kotak bawah katil. Pengumpulan dari zaman sekolah, matrik dan kolej.

Now, ada hamba-hamba Allah yang murah hati, kalau kadang-kadang pi berjalan ke sana-sini, tak lupa belik kan sedikit buah tangan untuk kawan-kawan di ofis. Staf belikan untuk boss, member belikan untuk member. TERIMA KASIH SEMUA.



Hahaha. Yang jadi mangsa ialah softboard yang sepatutnya digunakan untuk mem-pin notes, memo or office stuff, dah jadi medan pameran key-chain yang pelbagai bangsa ni.


Yang ni pun suke tapi bukan hobi jugak. Especially kalau I sangat kenal empunya kereta. Or, kereta tu buat hal such as suke-suke hati parking kat NO PARKING. Or kereta A pi block kereta B which is I am not that B's owner. Hahaha. Saja, suke-suke.

Since takde polis traffic kuda putih dengan buku cinta saman tu, i terus mengambil tanggungjawab tu. Note book & pen dalam handbag sedia digunakan untuk pelbagai acara.

Such as ...

Walaupun maklong tak buat salah, just nice parking kat parking area tu, hanya disebabkan inilah kali pertama aku balik dan tengok kereta dia ada lagi...ZAPPPPPPPPP! Ambik!

First time ok, I balik awal dari dia. Kalau tak, asyik kne perli je yang dia sllu balik awal dari I. Yang paling tak tahan, pi report kat Mama...huhuhu. "Kul 6.30pm pun si Kaklong ni tak balik-balik lagi..."

OK ye, suke tapi bukan hobi.

Hahaha!

Update : Tapi, Kak Ina punya hobi memang dia suka hon orang masa dia sedang bawak (drive) kereta. =) Hon memanjang. Kereta tanpa tuan yang park tepi jalan pun dia hon. Itu belum jumpe member ofis tengah lintas jalan, pun kene hon. hahaha!

Cik Bunga

A picture tells you a thousand words. TRUE. Semalam Cik Bunga dapat 1 picture yang really tell a thousand-billion-trillion words. GREAT. Ditambah pulak dengan pengakuan Yes, it is. NOW, IT'S REALLY GREAT.

So, dalam kelam-kabut men-tune balik kepala dan fikiran, mari kita berjogging, ajak aku kepada Cik Bunga Mari kita melihat kehijauan alam. Mari kita relaks santai. Mari sini, kita memujuk diri sendiri, tengok ikan dan orang berkayak. Mari, Cik Bunga!

Lari sebentar ke Tasik PC.

Sebelum turun dari kereta, bagitahu Cik Bunga yang kita bukan datang ke sini untuk mencari jawapan, tapi kita cuba untuk mencari soalan. Cik Bunga setuju.

Love this structure. Cantik kan? Cik Bunga setuju juga...so, aku bawak dia pi dekat sikit kat structure tu. Lihat dekat-dekat...

Cantik walaupun susunannya tidak sekata. terdapat rekahan sana-sini. Warna yang pelbagai.
So, kenapa mengharapkan kesempurnaan dalam hidup. Ketidakseimbangan seperti structure tiang jambatan ni pun masih boleh diterima dan cantik. Seni. Bukan begitu Cik Bunga?

Cik Bunga tersenyum, setuju.


Fine, mari kite jalan-jalan lagi. Tak payah jogging, penat. Hehehe.

Hah, jambatan di tengah tasik. Persinggahan kedua kami. Duduk sebentar menikmati permandangan yang tenang. Seperti tahu-tahu pulak suasana alam dengan kecamuk Cik Bunga.

Cik Bunga, kita selalu mengharapkan sesuatu yang A - Z tanpa apa-apa halangan. Lihat jambatan ni..kalaulah jambatan di landskap ini lurus je, menarik ke. Lihat ia dibina melengkok...sangat menarik kan? Kalau diikutkan kat, bukankan senang jika dibuat lurus je, tapi yang bengkang-bengkok ni dijadikan pilihan?

Cik Bunga tersenyum lagi.

Sambil duduk di atas jambatan, kami melihat gelagat student UPSI berkayak.

Mari kita jalan lagi Cik Bunga.
Ada signboard. Great! Ingatan untuk semua. Cik Bunga tahu kenapa ingatan ni diletakkan di merata tasik? Aku bertanya.

Cik Bunga megerut dahi.

OK, walaupun secermat mana kita berhati-hati sepanjang berjalan / berjogging di sekitar tasik ni, masih lagi ingatan ni perlu. At least it hint you every second.

Cik Bunga baca setiap satu. Dilarang memancing, Dilarang membawa haiwan peliharaan. Dilarang membuang sampah. Dilarang berenang. Dilarang terjun. Dilarang berbasikal. Dilarang bermotosikal.

Cik Bunga ketawa bila part Dilarang terjun.

Aku tanya kenapa ketawa.

Cik Bunga tersenyum. Dia berlalu sambil menjawab Dilarang terjun especially bila kau baru tau kekasih hati yang kau sayang dah bertunang. Dan dia bagi 1001 alasan bila kau tanya KENAPA...

Aku ketawa. Ya, dilarang terjun untuk sebab seperti itu.

Ada mini air terjun.

Tapi kalau Cik Bunga nak terjun kat sini, saya benarkan.
Sila lah. Setakat paras buku lali, saya benarkan.


Cik Bunga ketawa pulak kali ni.

berjalan ke sebelah kanan tasik. Ni dah hampir separuh tasik kami berjalan.

Cik Bunga terhenti di satu lagi signboard.

kenapa Cik Bunga? Aku bertanya.
Semakin curios sebab dia semakin banyak ketawa.


Awas. Jalan curam dan licin.
Hidup ni ibarat jalan curam dan licin. Kalau kau lalai, kau akan terjatuh.

Eh..eh..Cik Bunga pulak menasihati aku.


Cik Bunga, bila kita hadapi kesukaran untuk bernafas dalam apa jua hal bersangkutan kehidupan, ambillah ruang seluas alam untuk menarik nafas dan bertenang.

Hari ini Tasik ini untuk Cik Bunga. Bertenang lah. Cari semula ketenangan itu untuk hari esok.

Akhirnya, Cik Bunga kembali ceria.

12 January 2011

a picture tells a story..now let this song tells you the same story!

07 January 2011

Puan Anis - mission accomplished!


Menjawab tugasan khas dan berbahaya yang telah diassignkan oleh Queen Aneez awal minggu ni, maka dengan bangganya I nak declared yang mission accomplished!

Puan Anis,

Sila tunggu delivery seperti di atas at least petang ini.
kalau jalan tak jammed.

Ingat, as promised. I'm waiting for my REWARD.
Bukan BonusLink Rewards.

It's not easy OK, nk jalankan mission berbahaya ini.
Pompuan tu sangat agresif!

05 January 2011

Pengakuan berani mati..bukan sekarang.


confession berani mati.
kenapa berani mati..sebab ada kemungkinan kena tembak dgn senapang gajah when this thing's revealed.

tapi bukan sekarang.
knpe bukan sekarang...sebab masih belum pasti.

maybe next month.
knpe next month...sebab...errr...Yan dah gaji? hahahaha! boleh ke guna alasan ni? Sengal.

bile semuanya looks good, feel good..when everything's going on track. Going smooth.

Doakan yang terbaik.
kenapa yang terbaik...sebab kalau tak baik..this confession will not be come true. No confession will be made. Just forget it. It's just another nightmare.

Dan kepada siapa confession ini akan dibuat?
Them. =)

Why 'them'?
Sebab dorang je yang berkemungkinan akan tembak I dengan senapang gajah!


Again, doakan yang terbaik.

Insyaallah.

03 January 2011

Cuti hujung tahun

Percutian ke Teluk Batik.

Saja nak bersuka ria. Aktiviti ni lebih direstui oleh Papa berbanding aktiviti yang mendapat No.1 dalam hati kami - shopping.

Since Papa dah kata JOM BERCUTI, maka jangan engkar. Nanti kne cop as anak-anak derhaka.

Destinasi Teluk Batik entah datang dari mana. Papa suke-suke hati sebut, dan terus jadi kenyataan!

Persinggahan pertama - Kedai Makan Kari Kepala Ikan Salim. Mungkin hanya ikan Pak Salim dijadikan Kari di sini.


Teruja dapat minum Necs panas setelah penat drive dari Rawang - Bidor.

Look! Look! Signboard kat belakang. Restoren Kari Kepala Ikan Salim. I told you!

Dengan 2 orang cik adik yang sangat kecoh. Kerja mereka asyik bergambar. Meminggirkan kakak yang tengah drive.

Konvoi kawan-kawan Abby. Join minum jugak.

Adik beradik UltraGirl. yang sorang tu memang UltraGirl with Shawl..

Inilah keluarga UltraGirl. Mama Ultra and Papa Ultra.

Persinggahan kedua. Kne menunggu team konvoi motor yang sangat sopan santun bawak motor. Mereka sangat suka bergambar...semua posing. Tak kisah la penonton-penonton di R&R Sg Perak tu...

Erm..happy sisters.

Peace, Papa!

Yeah..Peace to you too, Kaklong!

Sampai dah..Sampai dah..!

Whatever..~

Can we be considered as helping them to build the tent?

Shopping time!


Ok...Ular Sawa Burma ni namanye Jane. Nak bergambar dengan si Jane ni kne bayar RM10 pada tuannyer dan bergambarlah sepuas-puas hati. Use your own camera and photographer. As long as you want. Cuma dilarang bawak lari Jane, culik bawak masuk kereta dan jual kat Zoo Taiping.


Lagak berani Aty tapi menyorok belakang Papa.

Pegang sikit, berani laaaaaaaaaa...

Shopping topi plak!

Tak abis-abis bergambar dengan topi baru beli. Hahahah!

Malam tu, sedang enak tido (poyo je rancangan dengan Bella & Aty nk stay up konon, nk tengok keindahan dan bunyi alam di tepi laut)..rupanyer kat khemah kumpulan lain ada yg kne serang histeria pulak. Papa kata dalam kul 11.00 malam.

Kami? Tido mati la. Jangan harap nak dengar ape-ape dalam khemah tu.
Then, again kul 3 pagi pulak ada yg kne ganggu lagi.
Huuuuuuu..seram tu.

Tapi kami tetap tido lena.

Hahahahaha!