Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

04 February 2011

Scene di pagi raya - Chinese New Year.

As my status posted in eff-bee on 3rd Feb during Chinese New Year (CNY), ada yang nak tau ape terjadi sebenarnya. Well, short status dalam FB maybe tak cukup nak menceritakan semuanya. Align Center
Tu la...I selalu ingatkan diri sendiri, jangan nk dengki dengan orang lain masa kat jalanraya. Especially time jammed. Apa salahnya bagi jalan jap kat orang lain, at least you pun dapat jalan and nothing bad happen kan? Macam mana kalau you dengki sangat kat orang lain, taknak bagi langsung orang lain jalan dulu..last-last ape jadi? Bila kereta terhimpit sikit, calar? Marah-marah..say all those bad words and signals..and you still panas membara sebab orang lain pun pandai gak balas all your words and signals. Sape panas..? Lu jugak bro.

So, that is what happen to me. Bile 2 lane kne merge jadi 1, of course la akan jammed and quite hectic sikit. Tambah pulak kat tol.

Dah mamat tu taknak bagi aku jalan. Dari tadi asyik duk rapat dengan kereta depan, aku nak masuk pun susah. Dah la tinggal 1 kereta je kat depan smart tag tu, ko ingat aku nk langgar ke tiang tol tu? So, akhirnya (bukan dengan niat pun) side mirror aku pun canteeeeeeeekkkkkkkk la mencalarkan body kereta dia. Itu pun seb baik aku tarik ke kiri sbb taknak calar sejengkal tu jadi sedepa, ok,

Wah, turun la 1 mamat macho dengan muka garang. Melangkah je dia di bumi, alahai....DONUT! Pergh..terus marah-marah cakap bullshit. Elok-elok aku nk ungkapkan 'maaf', terus perang mulut. So, mengaku kalah dengan mulut kitorang yang boleh tahan lazer, dia terpaksa akur dan terima qada' dan qada yang kereta dia ditakdirkan bercalar di pagi raya!

My side mirror takde effect pun, terkikis sikit je cat. And peristiwa tu tak dapat disaksikan oleh papa sebab kereta papa dah jauh tinggalkan kitorang kat tol tu.

So, abang donut. Sorry la ye. lain kali, mengucap banyak2 dulu sebelum keluar perkataan-perkataan p*******, f*** and whatsoever tu. Ape pun, rambut lu cantik bro. Tersikat rapi je. I like...!

Time rehat kat R&R, barulah papa tau cerita tu. Semua galut nak tengok side mirror aku.
Dialog amin : Alah, ni leh pi polish je.

So, tamat pasal abang donut. Perjalanan diteruskan ke tempat kerja Bella. Ala-ala surprise kat tempat kerja. Macam Bang Bang Boom plak. Hahahah!

Reunion. Bella semakin gemuk.Hahahaha...


And reunion diteruskan ke Mc Donald...

Sampai ke rumah Li, benda pertama dibuat oleh Amin, Abby and Ainol is UPDATING FACEBOOK!

Dan malam tu...
SAMBUTAN BIRTHDAY MAMA!

Malam tu, lepas amek Bella dari tempat kerja, surprise bday cake masuk ke rumah untuk mama. Lepas dinner, upacara buka hadiah pulak. Every single present yang mama buka, kami (or, it's me alone) yang excited.

And this is from Bella. hehehehe...menambahkan koleksi teddy atas katil aku la ni..hahahahaah!


Tunggu post untuk 4th Feb plak. Tournament badminton and mandi-manda!

03 January 2011

Cuti hujung tahun

Percutian ke Teluk Batik.

Saja nak bersuka ria. Aktiviti ni lebih direstui oleh Papa berbanding aktiviti yang mendapat No.1 dalam hati kami - shopping.

Since Papa dah kata JOM BERCUTI, maka jangan engkar. Nanti kne cop as anak-anak derhaka.

Destinasi Teluk Batik entah datang dari mana. Papa suke-suke hati sebut, dan terus jadi kenyataan!

Persinggahan pertama - Kedai Makan Kari Kepala Ikan Salim. Mungkin hanya ikan Pak Salim dijadikan Kari di sini.


Teruja dapat minum Necs panas setelah penat drive dari Rawang - Bidor.

Look! Look! Signboard kat belakang. Restoren Kari Kepala Ikan Salim. I told you!

Dengan 2 orang cik adik yang sangat kecoh. Kerja mereka asyik bergambar. Meminggirkan kakak yang tengah drive.

Konvoi kawan-kawan Abby. Join minum jugak.

Adik beradik UltraGirl. yang sorang tu memang UltraGirl with Shawl..

Inilah keluarga UltraGirl. Mama Ultra and Papa Ultra.

Persinggahan kedua. Kne menunggu team konvoi motor yang sangat sopan santun bawak motor. Mereka sangat suka bergambar...semua posing. Tak kisah la penonton-penonton di R&R Sg Perak tu...

Erm..happy sisters.

Peace, Papa!

Yeah..Peace to you too, Kaklong!

Sampai dah..Sampai dah..!

Whatever..~

Can we be considered as helping them to build the tent?

Shopping time!


Ok...Ular Sawa Burma ni namanye Jane. Nak bergambar dengan si Jane ni kne bayar RM10 pada tuannyer dan bergambarlah sepuas-puas hati. Use your own camera and photographer. As long as you want. Cuma dilarang bawak lari Jane, culik bawak masuk kereta dan jual kat Zoo Taiping.


Lagak berani Aty tapi menyorok belakang Papa.

Pegang sikit, berani laaaaaaaaaa...

Shopping topi plak!

Tak abis-abis bergambar dengan topi baru beli. Hahahah!

Malam tu, sedang enak tido (poyo je rancangan dengan Bella & Aty nk stay up konon, nk tengok keindahan dan bunyi alam di tepi laut)..rupanyer kat khemah kumpulan lain ada yg kne serang histeria pulak. Papa kata dalam kul 11.00 malam.

Kami? Tido mati la. Jangan harap nak dengar ape-ape dalam khemah tu.
Then, again kul 3 pagi pulak ada yg kne ganggu lagi.
Huuuuuuu..seram tu.

Tapi kami tetap tido lena.

Hahahahaha!

28 December 2010

INTRO - Teluk Batik 2010

Percutian satu malam yang menyeramkan (papa) tapi menyenyakkan tido (aku la).

Ada scene ular sawa burma bernama Jane yang membuatkan mama lari pecut 100 meter meninggalkan aku, Bella dan Aty. Dan papa.

Juga scene posing budak-budak bosan tunggu team konvoi motor yang sopan di jalan raya. dan semua posing-posing tak chenonoh bila pantang nampak orang nak snap picture.

Semua tu coming soon. I buzy, nyah!

26 May 2010

Shout-out

THIS LONG WEEKEND GOING
TO TERENGGANU.

Even kata putus belum diberikan
kepada Arzuna Ahmad,
tapi I think I'll make it!

So Terengganu, here I come!

Cuti-cuti Malaysia! Wah!


update 28/05/2010: Rancangan dibatalkan atas sebab-sebab tak dapat dielakkan. Kesulitan amat dikesali. Harap maklum.

10 May 2010

Lil' update about my last weekend.

Si Tia, pagi-pagi lagi dah sibuk tanya "Cik Zura dah masuk picture kita berfoya-foya dalam blog?" Banyak kerja lagi Tia oii, dari nak update blog pagi-pagi buta. Tapi, disebabkan dah sampai 3 kali dia tanya, I sebagai blogger yang taknak menghampakan 'peminat cilik' pun tunaikan la 'permintaan' dia ni. (cilik ke?)

Tia, si tudung biru.

So, using Photoscape, I sempat la upload + edit ape yang patut.

Pergi bukan sekadar berfoya-foya, tapi pergi untuk melaksanakan tugas hakiki walaupun di waktu cuti. Chewaahh! So, tak salah kan tangkap gambaq tepi pantai..?


Meronda 2-3 buah resort sasaran untuk beberapa kursus tahun ni dan perancangan tahun depan.

So, next year tak yah pergi tengok lagi.

Sampaikan, resort yag masih dalam construction pun kami tengok tapaknya.
Dijangka siap July 2010.
Tempat next kursus, insyaAllah. (takleh reveal nama lagi, hahaha!) So, tgk gambar je.
Bayang-bayangkan lah.
Malam Dinner peserta kursus. Malam Karaoke. Tunjuk bakat. Menyumbangkan suara.

Malam 'pabila suara En Aziz mengundang guruh dan renyai.

Adakah Cik Zarina sedang menyumbang suara @ menyumbangkan lagu?
Jeng~ Jeng~ Jeng~
Kursus yang sangat penuh dengan ucapan emosi. Terharu plak!
Tahun depan, kita buat lagi ye kursus ni. Yang penting, u all kene cemerlang!
Yes! Yes ! Yes!

11 April 2010

i-city or ICT?

Dua minggu berturut - turut dah aku turun Serdang. Kali ni, dengan tema untuk jumpe Nuar yang datang dari Sarawak, untuk berkursus di Genting. Well, bukan itu tema utama, sbb tujuan yang paling-paling utama adalah untuk hang-out di I-City, Sec 7, Shah Alam. Sebelum orang kata tak mengikuti perkembangan semasa and buat muka blur bile member sebut 'nak gi i-city.." sebab dalam fikiran 'nak gi ICT..'. Nak gi ICT pun kecoh, pergi je la. Or paling sedih sekali ' sapa mauk beli laptop kat ICT ya..?'

Thanks to Ady yang sanggup layan kerenah kami yang macam kanak-kanak riang masuk taman tema jumpe lampu-lampu "oh..oh...jom gi sana. Jom gi sana...".

And thanks again, even kami tak dapat jumpe Bandi Amuk, kami dapat makan best malam tu. Kenyang tahap gaban. Best nasi goreng udang. Licin (as usual).

And thanks to Yan sebab malam tu kita dapat rasakan cuak 3 saat bila nampak signbooard 'SELAMAT DATANG KE NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS'. Oh my God!

Orang baru turun dari flight, sempat kira LCCT ada berapa tiles, tunggu kami datang - late for one hour. Sorry, Kak Zuna and Yan make-up lama.

Welcome to city of light @ i-city.

Pokok krismas. Tiba-tiba teringat 'drama' rekaan kita semua (BBA UPMKB). semua orang ada di layer masing-masing, dan pastinye 'star' tu adalah Zaidi.

Rasanya, K.Zuna la yang paling gumbira dapat menjejakkan kaki ke i-city ni. Dah ada perancangan untuk datang berdating di sini pula. Uikkss..dating nampak? Ehem...ehem...

Macam hujan meteor! Lagak macam kulit album single pertama.

Kak kepit. Tak cukup dengan digital camera, handphone canggih pun keluar jugak!

Ady and Nuar. Pasrah melayan perangai 3 angles yang baru jumpe lampu warna-warni yang saiznya lebih besar dari lampu lip-lap yang dipasang ketika Raya.

Hah, tengok. Mana pernah aku jumpe pokok macam ni.

Suke sungguh buat susun anak tangga macam ni. Tak kira dengan sapa, aku pasti akan jadi anak tangga yang paling bawah! Huh!!

They don't looked like frosted, right Mr Snowie? Owh, Mr Snowie just smile...bbbbbrrrr!

...dimana lensa kamera, di situ ada Ayu Azura!

Self-snap. Muat 4 orang.

K.Zuna : Nuar, deodorant apa kau guna? Freshnya!
Nuar : Buat sendiri ni, pakai kapur sirih.

Ayu happy sebab dapat tengok replika unicorn. Yan happy sebab dapat bergambar dengan 'unicorn'

Peace. Betapa bengangnya K.Zuna tengok makhluk comel kat belakang tu. Hahahahaha!

Ady : Dah la tu wei. Jom balik.
Nuar : Terpelecok babe!


Sesi makan di cafe Bandi Amuk. Walaupun tiada Bandi Amuk, kami dihiburkan dengan live band yang dok kata 'ini lagu kami yang terakhir' sampai 4 kali, tapi tak akhir-akhir jugak. Still singing till the 4th song. Waitress yang penuh menggoda, 'mencabar' kami yang anggun ini.

Hooo..kuar dari cafe tepat jam 12am. Heading to KLIA then back to Serdang. Sampai Serdang kul 3pagi.

Yan sangat siot bila dia mengaku dia tertido masa aku drive sambil tgh galak bercerita ttg Nesc kat dia di sebelah. Tiba-tiba bangun and repeat my word "ha, ye...nesc..". Siot! Did u know that I'm talking alone for 5 minute without realizing that U are sleep!?

Kak zuna? Dah lama terjun ke alam mimpi tanpa sedar pun yang kami hampir terlajak ke N9.

So, ape plan next?