Showing posts with label BSM. Show all posts
Showing posts with label BSM. Show all posts

30 January 2012

Family Day (Part I)

Rentetan daripada post ini ... maka inilah 'majlisnya'.

It's HARI KELUARGA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA!!

Kami hanya ber'family day di padang UPSI. Betul-betul di depan Bangunan Canselori demi untuk mengekalkan identiti 'BSM' itu. Ingat BSM, ingat Canselori. So sweet.

Banner yang sangat handmade. Designed by Abul, made up into reality by group pari-pari BSM. Gambar di atas hanya hiasan semata-mata. Hadiah untuk para pemenang. Model tidak disertakan sekali! Ahh..nakal kamu ya!

First event 'Ala Tomei-Tomei'. Penyertaan dibuka hanya untuk mereka yang berumur 3 tahun ke bawah. Aduh. Satu kenyataan yang mengguris hati semasa membaca syarat-syarat penyertaan. Oh, Adam! Kenapa anak mummy takde mood masa juri sedang mengambil markah 'anak siapa paling gedik'. Oh, tidak! Adam sedang mengalami morning blues!

Pandangan merenung masa depan. Atau merenung ke arah kamera di depan. Adam masih tidak mahu berenggang. Mummy hanya tumpang posing. "Costume Shah Rukh Khan ini panas, tahu tak?"

Jatuh bergaya ditolak rakus semasa musical chair. Ces! Nasib baik dah tanamkan azam dalam hati 'walau apa pun terjadi...senyum mesti sentiasa menawan. Paparazzi di mana-mana," Lihat! Bayangkan sambil jatuh tergolek ni, buat muka berkerut seribu ter-adoi-adoi macam mak nenek. No..no..no... masuk warta kampus ni!

Ehem, bos. Seronok nampak....bersiar-siar di petang hari ye?
One more round..?

Oho...kamu terlompat-lompat, kemudian kamu demam di pagi Isnin ye.

Picture lain..tunggu ya. :)

27 January 2012

Majlisnya esok..


Majlis apa ye..?

Kita tengok gambar persiapan dahulu.

Ceritanya. Selepas majlis, esok. 28 Januari 2012.

Hurm..ada bantal jugak?
Camping..?

Markas persiapan untuk majlis esok.
Macam nak raptai majlis Farthia pulak. :)

Sherina..pelajar pintar matapelajaran Kemahiran Hidup - Pertukangan.
Bergegar Canselori...dengan construction di Unit Latihan...

Sherina dengan muka tak puas hati?
Qamarina salah ikat ke..?

The group.
Pari - pari untuk majlis esok.

Bawang merah bagi arahan. Cepat-cepat, boss dah masuk!


So, mama..papa..
Esok anakmu ini balik agak lewat ye. :)

25 March 2011

Tragedi serangan di kebun durian

SERANG!

23-03-10, Rabu petang kul 5.30 petang kami semua berpakat untuk 'menyerang' satu kawasan di Kalumpang. Serangan ini pun atas jemputan tuan punya tanah. Kalau dia tak izinkan, kami pun tak sampai hati la nak serang-serang, kan. Nanti kami akan kena tembak dengan senapang gajah, tak pasal-pasal je kan.

So, setelah mendapat jemputan rasmi dari tukang bawak watikah jemputan, kami terus setuju untuk mengikuti konvoi amukan ini. Tepat jam 5, masing-masing dah tak keruan di pejabat. Ala-ala zombi kampung pisang, muka dah berubah-ubah.

Yang paling berubah sekali.. - Tia ULAT - sebab sebelum agenda serang-serang ni, dia dah balun peluru berpandu sebanyak 9 ulas di ULAT. Memang ULAT durian dia ni.

Dan sebab tak keruan tu jugak, I pun tak pasal2 serang orang yang tak bersalah. Salah faham punya pasal. Hanya kerana sekeping memo. Nasib baik la yang diserang tu seorang yang penyabar. Huh...cium tangan mintak ampun!

So, konvoi dalam 7-8 buah kereta ke Kalumpang. Diketuai chef d-mission - Rony and Mie.

-chef d'mission-

Main parking suke hati kat tengah kebun, terus serang hendap! Serangan ala-ala tentera Jepun.

And thanks tu tokeykebun (picture) yang sudi menjemput kami menyerang hendap kebunnya.

Jemput lagi lain kali,
Kami takkan teragak-agak nak datang lagi,
Kali ni kami bawak lori,
Make sure Dato' tak tepuk dahi!

tengkiu, dato'...

Tiada aksi-aksi lain selain
makan durian*makan durian*makan durian!

Macam suasana hari raya pulak jadinya.

Antara team jepun yang menyertai serangan ini.

Arghhhhhh...mereka lagi.


Owh..satu lagi. Kriteria untuk jadi cheerleader eh..leader konvoi ialah - ketuai rombongan semasa pergi ke kebun dan juga KELUAR DARI KEBUN. Sebab kalau serahkan rombongan itu pada saya semasa keluar dari kebun, alamatnya kita akan merry-merry-goes-around-the-kebun.

30 April 2010

Perlawanan Carrom Tertutup BSM.

Jumaat yang indah. Hari-hari lain pun indah, cuma jangan sesekali kacau mood I. Seriously, mengenali diri sendiri setakat ini, memang mudah shifting dari satu mood ke satu mood dalam masa 1 saat. Moody..? Bukan moody, cuma well....as i mention above line, mudah shifting dari satu mood ke satu mood dalam masa 1 saat. =)

Pagi tadi, my turn untuk memberi tazkirah. Si Optimis
: Bagaimana memperbaiki diri anda - tajuk yang disampaikan. Sebenarnya, lupa bahawa Jumaat ini giliran diri sendiri. Thanks to urusetia yang mengingatkan.

Petang semalam, berjaya menemui sebuah artikel di web. tertarik dengan 1 panduan


"Cuba Sesuatu Yang Baru
Jika anda merasa tertekan dan memerlukan jalan keluar, cubalah sesuatu yang baru. Main alat muzik yang baru, cuba sukan yang baru, atau kenalpasti bakat yang terpendam dalam diri anda. Ini dapat menambah keseronokan dan keceriaan dalam hidup anda."

Berkata tentang mencuba sesuatu yang baru.... Carrom? 100% sesuatu yang baru...in my life! Wallah...~
Menang untuk pusing pertama menentang Kak Rahayu / Sharony. Tapi kalah tipis bila masuk 2nd round menentang (habis-habisan) Fadzli/Nur Zarina. Well, terror la jugak, sebab pernah menang. Huahuahuahua!

Good games. Merapatkan silaturahim even pada mulanya perang dingin meletus antara lawan. Hahaha. Saja, nak menggamatkan suasana. Memang gamat. Tepat jam 5.00 petang, BSM merusuh dengan sorakan semangat.

Semasa entri ini di-post, perlawanan masih berlangsung. Pusingan ke-tiga sebelum semi-final.


CHAIYOK!