04 February 2014

Mengapa sepi tanpa berita?

Oh, berhabuk blog ini. Rasanyer seperti bertahun tidak di update. Maaf, ketandusan idea, kekangan masa atau semua alasan yang sewaktu dengannya.

Sehingga seorang teman sanggup menelefon, bertanyakan apakah sebabnya Cik Bunga dah tidak lagi menarikan jemari di blog ini. Hahaha, prihatin sekali dirimu. Tidak sangka tuan hamba terasa sesak di dada setiap kali menjengah ke blog dan kelihatannya suasana masih sunyi sepi. 

Dan maaf, tekaan yang lainnya dijawab selamba 'no comment'. Jangan kaitkan kesepian di blog ini dengan nama individu lain yang tiada kena-mengena...apatah lagi tiada individu lain yang mempunyai password untuk menerjah ke capaian blog ini. Hahaha. Hanya saya. Tiada perkongsian di sini. Cik Bunga hanya sekuntum walaupun bunga bukan sekuntum.

Hurm.

Cik Bunga turut menerjah ke blog-blog kegemaran Cik Bunga yang lain untuk membuat perbandingan kendiri. Adakah dunia blog 'rakan-rakan' seperjuangan masih hangat..atau di kala ini semuanya sejuk beku seperti Blog Cik Bunga? 

Antara ikutan Cik Bunga :
(1) Hanis Zalikha's blog 
This is one of my favourite. Cik Bunga follow before dia ni berlakon Pensil lagi. Sebelum dia sambung study UiTM Johor lagi. Suka sebab dia ni simple and post dia menarik sangat realistik dengan kehidupan seharian. Well, simple things but realistic. And sometimes, gila! But cute.
#Last update : 2 weeks ago (pada masa post ini ditulis)
#Sebab : My own opinion, maybe dia sibuk berlakon. Kan dia dah jadi pelakon sekarang.

(2) Ijai's blog
Yup. Saya follow blog ini sebab kelakar nak mampus. You all akan kata dia ni dirty-minded IF YOU ALL FIKIR PERKARA YANG DIRTY MASA BACA POST DIA. Kalau you all berfikiran suci murni, you all akan rasakan...post dia ni, hurmm..best! Kelakar nak mampus. Kalau terkeluar jugak perkara-perkara tak senonoh dia tulis tu, selalunya dia akan mengaku itu semua typo. Hahaha! Ijai.....ijai...!  

#Last update : 2 weeks ago (eh, sama pulak dengan si Keknis ye!)
#Sebab : Dia bukan pelakon tapi...oh! Mungkin dia sedang di hospital kerana isteri dia balun dia sebijik dengan keyboard disebabkan post terakhir dia pada 21 Jan 2014 (klik sini), di akhir perenggannya dia menyatakan bahawa dia ingin kahwin yang kedua. Hahaha!

Hurm..apa lagi blog yang saya selalu follow ye. Kejap..mencari lagi... 

Kadang-kadang Nadiah's blog pun Cik Bunga ikut jugak. Buat kawan-kawan yang bukan UPSIan, Nadya is UPSIan. Bukan artis weh, jangan terasa hampa plak bila google tak jumpa. 
Kawan-kawan UPSI yang lain - Syed Adib's, Kak CT's, Eimiza's....and some more. Semua blog-blog ni dah senyap beberapa bulan (and ada yang tahun).

Dan satu blog kontroversi yang dah lama senyap. Siapa dan kenapa, yang itu pun tak boleh reveal. :) 

Oh, tak banyak pun blog yang Cik Bunga ikuti. Yang mana betul-betul Cik Bunga minat dan menyeronokkan je Cik Bunga ikuti. Sebab Cik Bunga suka baca something yang menggembirakan. Kalau pembacaan fakta yang berat-berat, jarang Cik Bunga baca. Jarang..bukan bererti tak pernah. :)

Okeylah, rasanya itu saja update dari Cik Bunga untuk waktu ini.

InsyaAllah, kalau CIk Bunga ada masa...cerita lain akan menyusul.
 

No comments:

Post a Comment