19 February 2014

Moment 12 jam.

Hari ni Cik Bunga berpejabat di rumah. Demam setelah 8 bulan. Ya, last demam 8 bulan yang lepas. Cuaca yang sangat panas ketika ini salah satu faktor ramai kawan-kawan Cik Bunga demam. Demam manja lagi, belum betul-betul panas.

Ditambah pula kisah "Moment 12 Jam" yang terjadi semalam.

Semalam, 18 Feb. Pemergian seorang lagi hamba Allah di muka bumi ini mengadap Sang Pencipta. Semoga roh Pak Yusop ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amiinn. Takziah buat Nadiah & Amar sekeluarga. Semoga kuat, tabah dan redha dengan pemergian ayahanda tercinta.

Bertolak jam 9.26 pagi dari UPSI.

Sekembalinya kami teman-teman dari BSM melawat jenazah dan memberi kata semangat pada Nadiah, kami bertolak pulang ke UPSI. Jam 1.15 petang, Cik Bunga, Ainie, Kak Zu, Pinky Lady, Mami Dhia, Aunidhiya, Erien Eriena, Own, En Nasir, Din dan Fard mengambil tempat masing-masing dalam coster.

Dalam 10 min selepas bertolak dari Sg Nipah Bagan Datoh, tayar belakang kanan meletup. Maka terkandaslah kami di tepi jalan itu.


Kami semua turun bukan untuk tengok keadaan tayar. Kami turun sebab nak bergambar. Tayar tu dah pecah, bukan kami boleh buat apa kan, so bergambar la kenang-kenangan.
close-up sidia yang kecundang di tepi jalan.
Penantian selama 2 jam lebih itu sangat macam-macam. Sejam pertama masih terdengar gelak tawa dek lawak masing-masing. Cik Bunga yang sepatutnya ke klinik petang itu mula sangat resah sebab takut demam manja semakin teruk. Eleh, resah konon. Ketawa macam tak hingat dunia tu, apa benda kan?

Terima kasih pada insan-insan baik hati yang sudi berhenti menghantar driver ke bengkel kereta, kepada rakan staf dari JPPHB yang pergi membeli air untuk kami. 


Dah macam bantuan kemanusiaan pulak nampak gayanya, kan? Tak sia-sia kami hantar kamu semua pi Kursus BITARA. Hehehe. Prihatin kebajikan anggota sungguh!


Kami syak Own dan kawan-kawan pi kedai tapaukan kami air DAN dia pi makan dah kat kedai tu. Terpancar melalui senyuman kepuasannya itu. Kan?
Oh man!!! Cik Bunga harap Cik Bunga tak terkena sawan demam dalam bas...
Masuk jam kedua, masing-masing mula menunjukkan perangai zombi. Ditambah pula bateri hanphone masing-masing mula berkurangan. Lapar! Ya lapar! Sarapan nasi lemak jam 8.00 pagi telah tidak memberi kesan lagi. Cik Bunga pandang Kak Zu macam ayam KFC. Mami Dhia pandang Cik Bunga macam tulang ayam di pasar malam yang sedap dimakan cicah dengan sos cili. Boleh!!? Air teh o ais yang dibungkus takut nak diminum rakus. Mana nak cari toilet di padang tandus itu. Ada lah kuil india yang Cik Bunga sangka taska tatkala lapar menguasai perut dan otak. 


Sunyi sepi. Not even pakcik aiskrim mat kool pun lalu sini. abang lori gardenia pun tak nampak batang hidung!
Tandus kan? Burung yang berterbangan dah nampak macam ayam. Pinky Lady hampir pi kejar 'ayam' tu dan bakar buat makan tengahari.
Oh..ini permandangan sebelah kanan pula. Tadi tu kiri. Ada la pohon besar untuk team lelaki pi melepaskan hajat. Eh setelah diselidik, mereka hanya berteduh. Tak melepaskan apa-apa hajat. Besar atau kecil. Tak tenang nak lepas hajat sebab Mami Dhia dok usha.
Time-time macam ni, Mami Dhia dan Erien Eriena sibuk nak belajar panduan pengendalian coster. Ada jugak orang yang mencari suis tutup pintu silap-silap tertekan suis menjalankan bas. Naya! Pinky Lady pula hampir menyelongkar laci pemandu..mana tau ada Chipsmore!


Masih mampu memberikan pose manja. Dalam hati, lapar gila. Kacang sebotol dan air sebungkus jadi 'harta' yang tak ternilai. Oh, termasuk kipas tangan yang comel itu. Ada orang menyesal bagi anak main. Lagi menyesal sebab BARU SEMALAM BAGI KUCING MAIN KIPAS TU SAMPAI KOYAK. Bravo!
Dalam bateri jam tinggal 30% tu la, dapat pulak panggilan masuk sekadar nak tanya apa khabar orang kampung.. Walhal, semua Whatsapp dah di unactive kan, data plan semua dah tutup untuk menjimatkan bateri. Rasa macam nak off hp terus untuk terus mengekalkan bateri yang ada.

Setelah menunggu hampir dua jam, termasuklah kes pomen tu taknak terima L/O, semua penumpang dah meroyan kerana kelaparan dan yang paling seronok...terbongkarlah rahsia kini yang laki (husband) masing-masing buat tak tahu dengan situasi isteri yang terkandas. Hahahah!

Sekaranglah masanya baru kami tahu, sebelum kahwin dan selepas berkahwin.
Dulu :
Hilang sekejap, cari macam tak cukup hari. kecoh.

Sekarang :
Isteri 1: Abang, ayang terkandas. Tayar coster pecah....bla..bla..bla... 
Abang : ok, ni no tepon mekanik. kalau ada apa-apa, bagitahu lah.
atau -
Isteri 2: Tayar coster pecah..bla...bla..blaa... 
Suami : -- buat tak tahu, main dengan anak. tanya apa-apa pun tak.

Kesimpulan : Bagi lelaki, setakat terkandas dek kerana tayar coster pecah bukan apa-apa lagi. tak yah nak risau. nah kau no mekanik dan nama mekanik sekali. buat lah apa yang patut. Lainlah kalau kena culik alien ke, then that is something. baru call. 

Hahahaha!

Maka, isteri-isteri tersebut semakin galak meroyannya dalam bas.
Muka yang masih maintain ceria menunggu pomen menggantikan tiub tayar bas. Masa ini, kawan sebelah nampak macam KFC. Semua kenderaan yang berlalu laju semua dimarah. Pokok pisang nak dikokak. Kalau boleh, semut hitam tu pun rasa mcm nak kunyah je. Pomen tu pulak....er, nampak macam burung belatuk? Kadang-kala nampak En Nasir macam hero Hindustan pulak membantu pomen menggantikan tiub tayar coster.
Kalau kat highway ni, keadaan macam ni boleh membuatkan highway sesak. Tapi kat sini..lengang selengang-lengangnya!



Usai siap semuanya, masing-masing lega. Dah terbayang nasi bertimbun dalam pinggan kelak akan dijamah.


4.52 petang.OTW mencari kedai makan.
Lakonan masing-masing untuk menyembunyikan bunyi perut yang berkeriut.
Tapi, solat zuhur + asar dulu. Sujud syukur kerana tidak bermalam di tepi jalan.
Ada cerita lucu di dalam tandas perempuan. Haish..mungkin kerana dah hilang ketahanan mental, maka sign 'perempuan' tidak lagi terbaca dek mata. 

Nasib baik la kami perempuan tak buat apa-apa aksi seksi tatkala terdengar suatu suara garau yang sah-sah bukan milik seorang wanita dalam cubicle tandas. Agak-agaklah En Nasir oii kalau ye pun tak tahan! Ni kan tandas perempuan! Mungkin tak sempat mendongak ke atas membaca tulisan jawi, hanya berpandu lakaran yang macam lelaki. Cuma, ini lakaran wanita bertudung sebenarnya.


Huh..dalam keadaan 'tak tahan' macam tu, ko ingat sempat ke nak baca semua signboard yang ada bertampal kat sekitar wall ni? Rasanye Ainie je yang sempat baca. kami semua meluru dengan melulu. Termasuk En Nasir!
On the way ke Teluk Intan untuk mengisi tembolok, sekali lagi kami diuji. Accident di hadapan. Lori - MPV.
Kiri Erien Eriena. Kanan Mami Dhia.
Seluruh tonto berkumpul di sini. Belum campur lagi 'pengulas berita' tak berbayar yang turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.
Gambar - gambar ketika makan di Medan makan Teluk Intan, berhampiran Menara Condong ada pada Pinky Lady. Nantilah akan di update disini. 

UPDATE:
Zombi tunggu makanan. Pinky Lady sampai check kat dapur nak tengok apasal nasi goreng ayam and nasi goreng pataya lambat sampai.

Pose yang sama. Tak ajar pun, tapi sama. Tahap lapar pun sama. Pinky Lady sempat tapau untuk si TaiLong JPAM walaupun geram TaiLong JPAM sekadar meninggalkan pesan "Kalau ada apa-apa, bagitau la". Berangan la korang skuad JPAM nak menyelamatkan korang. Hahaha!
Sesungguhnya, kami sangat profesional dalam bergambar. Masih boleh tersenyum menawan walaupun perut menyanyi lagu keroncong untuk Ana. Ya, untuk ana. Ana semua. Plus, kami semua sempat mempromosikan tudung AidiJuma sepanjang penantian nasi kami. Cerita pasal tudung boleh melupakan seketika rasa lapar yang pedih berbisa. Oh, perempuan!

Sampai ke UPSI jam 9 malam. 12 jam bersama-sama menempuhi pelbagai suka duka bersama mereka. Memang mengeratkan silaturrahim. 12 jam saling bertanya khabar sesama rakan kerusi sebelah walaupun itu hanya akan mengundang rasa lapar dan marah. Dan terbukti, masih saling hormat menghormati belum sampai nak jadi kanibal melapah daging rakan sendiri. Hahaha. Tahniah semua.

Dan hari ini, orang lain punch in di pejabat masing-masing, Cik Bunga punch in di Pusat Kesihatan mengambil ubat dan mc sehari.

Jaga kesitahan uols. (haha, tengok! punyalah tak sihat sampai typo. memang tak tahan la ni. Maknanya : jagalah tahap ketahanan untuk terus sihat.) Minum air masak banyak-banyak.

Take care!

No comments:

Post a Comment