27 February 2014

Wahai Maxis....!

Cik Bunga tak pasti ini memang kecuaian Cik Bunga atau Cik Bunga kena tipu. Kalau kecuaian Cik Bunga, hish...memang nak gigit-gigit jari ni. Kalau kena tipu, aduh! Sedih kena tipu dengan 'orang' yang kita sayang ni! Rasa nak gigit jari dia pulak.

Kenapa?
First of all, this is not about sesiapa in person tapi Cik Bunga refer to Maxis actually. Yela, Cik Bunga dah pakai Maxis ni dari masa belajar kat UPM lagi. Dah more than 10 years. Dari zaman prepaid sampailah bertukar ke postpaid. So, takkan tak sayang kan? Kes yang Cik Bunga nak share ni maybe sebab kecuaian Cik Bunga dok hangguk dengan promotion Maxis atau Maxis ada hidden agenda masa promote.

Ceritanya macam ni :

Awal Febuari 2014 ni, Cik Bunga terima call dari promoter Maxis nak promote Maxis Broadband. It's wireless and can even share the wi-fi with 5 other gadgets. Well sebelum ni Cik Bunga pernah pakai data plan Maxis yang 1GB tu, tapi dah deactivate after 3 months sebab line internet kat rumah Cik Bunga tak kuat. Bahasa kasar : Macam hampeh! Since Cik Bunga currently pakai Digi Eazy Internet Prepaid untuk smartphone Cik Bunga, so tak kisah la deactivate Maxis Data Plan ni. Untuk Internet Data Plan : Digi menang 1-0 melawan Maxis.

Dan Cik Bunga juga ada Celcom Broadband. Ini untuk heavy duty task kalau Cik Bunga kena buat task masa out-station. Memang SANGAT JARANG guna sebab untuk surf internet di smartphone, Ck Bunga ada Digi. Di office, Cik Bunga pakai kabel / wifi ofis. Sayang nak bunag sebab Celcom agak cun gak line nya di rumah Cik Bunga. 

Ok, back to Maxis.
Masa promoter ni call dan bercakap panjang lebar pasal Maxis Portable Wifi 8GB ni. Cik Bunga cakap la, line 3G Maxis tak kuat kat area rumah Cik Bunga, tapi dia cakap ini the fastest, the upgraded dan bla..bla..bla. Ok, maybe! CIk Bunga bagi can la. Ingat kalau broadband ni memang betul-betul ok, boleh la terminate Digi and Celcom. Pakai Maxis je sebab boleh wifi jugak.

Dan Cik Bunga diberi info jugak :
  1. Contract 2 tahun.
  2. First year ada rebate RM10 each month. So, monthly jadi RM58 instead of RM68. (Hurm, sama harga macam Celcom broadband)
  3. Kalau tak puas hati, first 10 days boleh deactivate tanpa bayar montly commitment. Pulang modem kat Maxis Centre.
  4. After 10 days, deactivation boleh dibuat juga. Tapi 1st monthly commitment dah kene bayar la. Deactivation dalam tahun pertama kene pulang modem jugak.
  5. Deactivation selepas melepasi tahun pertama tak perlu pulang modem. 

Itu yang Cik Bunga dengar. Ok, a week after that, Cik Bunga terima modem CIk Bunga melalui G-DEX.

sumber gambar dari En Google.
As my prediction, kat rumah Cik Bunga line 3G / wifi memang lembab. Try nak pi KL konon-konon pasang la wifi dalam kereta, pun tak dapat line. Ok, Cik Bunga balik rumah mak Cik Bunga, line macam ok, tapi bertahan 10 minit je then 'lost-connection'. Share wifi dengan 2 orang adik Cik Bunga, langsung lost terus connection! Heh, confirm pulang! Pakai je la Celcom Boradband tu. So, Celcom menang 1-0 melawan Maxis Broadband. 


Konon boleh just plug kat kereta pakai car charger tu, then kereta tu ada la wifi. Er...indah khabar dari rupa.
Semalam, CIk Bunga terima online bill Maxis. FYI, my monthly bill tak pernah more than RM60. Cik Bunga pakai Value Plus 50. Memang sangat jimat sebab Cik Bunga bukan kaki gayut. Zaman percintaan dah berlalu, so bil Cik Bunga takkan lebih dari Rm60. Rm50 monthly commitment, dalam RM10+ ialah apa yang Cik Bunga guna sebulan call + SMS.

Dan teka berapa bil Cik Bunga untuk Februari 2014.

Eh, ini charge masa zaman Cik Bunga sesat dalam taman bunga-bunga cinta! Are you sure this in for February 2014 ?!!
Cik Bunga pun check details.
Eh..apa pulak benda ni? First row dah pelik. 
Cik Bunga paham monthly charges untuk Boradband tu. Tapi yang 'other' sampai RM150.00 tu apa?
 Call la Maxis. Bukan 123 tapi terus untuk Broadband Wifi ni. 1-800-82-2000.
"Itu activation fees puan,"

Damn! Bila masa pulak masa promote tu Maxis did mention tentang activation fees? Lihat balik perkara 1 - 5 yang Cik Bunga senaraikan kat atas, ada tak activation fees? Neyhh! 

So, laporan dibuat. Semakan mohon dilakukan. Maxis will contact me back within 3 working day. 
 Cik Bunga tak la marah-marah. Maybe Cik Bunga tak dengar promoter tu sebut word "activation fee Rm150'" yang disebut secara laju atau bisik dengan niat tak baik. Then it is my mistake. Tapi kalau takde, i'll stand for my right. 

Within 3 working days. Actually dalam hati Cik Bunga termenyumpah jugak. Masa nak promote itu ini, jawapan must be given on the dot. Tapi bila nak laporan dibuat, boleh pulak dia akan hubungi balik dalam 3 hari waktu bekerja. Heh..busuk kan? 

BTW, my real usage this month as below : 


Call no maxis baru RM1.68 je. Cik Bunga bukan kaki gayut. Sebulan guna telefon selama 10 minit 22 saat je. Selebihnya hp mungkin dalam handbag.

To non Maxis pun RM5.04. Itu pun hal kerja and hal family. Kebanyakkannya pun time office hour. Kelebihan Cik Bunga bercakap pantas membolehkan Cik Bunga menyampaikan pelbagai info dalam masa hanya 2-3 saat  dalam satu panggilan. Bravo!

SMS pun tak banyak, total RM8.75. Facebook Alert yang ape tah tu (Eh, kene check ni. hape pulak FB alert ni?) Pastu caller ringtone yang saja gatal Cik Bunga subscribe lagu Jacklyn Victor. Semua RM3.00 je. So overall call + SMS + Maxis download : RM18.47.

So, cara kira berapa caj Maxis Cik Bunga dengan Value Plus 50 ni, as below :

RM48.00 (sepatutnya untuk Februari) Bukan Rm225.45!
Kalau ye pun sakit hati sebab Cik Bunga selalu berjaya berjimat, Cik Bunga tak kisah nak promote apa pun, Cik Bunga sokong selagi Maxis buat dengan cara yang betul.

So, sekarang Cik Bunga tunggu la dalam masa 3 hari bekerja, nak dengar balik rakaman masa minah Maxis ni goda Cik Bunga subscribe wireless broadband yang hanya bertahan 15 minit tu.

Kalau memang salah Cik Bunga, i don't mind to pay and deactivate the broadband since it give me no benefits at all. But if it is not mention about the activation fees, i don't want to pay a cent except my current REAL usage. RM48.00.

BTW, Cik Bunga saja-saja la layar laman web ni : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

OK, bai. 
p/s : rasa nak convert 012 Cik Bunga to Celcom la. Tengah survey lagi...



No comments:

Post a Comment