30 April 2010

Perlawanan Carrom Tertutup BSM.

Jumaat yang indah. Hari-hari lain pun indah, cuma jangan sesekali kacau mood I. Seriously, mengenali diri sendiri setakat ini, memang mudah shifting dari satu mood ke satu mood dalam masa 1 saat. Moody..? Bukan moody, cuma well....as i mention above line, mudah shifting dari satu mood ke satu mood dalam masa 1 saat. =)

Pagi tadi, my turn untuk memberi tazkirah. Si Optimis
: Bagaimana memperbaiki diri anda - tajuk yang disampaikan. Sebenarnya, lupa bahawa Jumaat ini giliran diri sendiri. Thanks to urusetia yang mengingatkan.

Petang semalam, berjaya menemui sebuah artikel di web. tertarik dengan 1 panduan


"Cuba Sesuatu Yang Baru
Jika anda merasa tertekan dan memerlukan jalan keluar, cubalah sesuatu yang baru. Main alat muzik yang baru, cuba sukan yang baru, atau kenalpasti bakat yang terpendam dalam diri anda. Ini dapat menambah keseronokan dan keceriaan dalam hidup anda."

Berkata tentang mencuba sesuatu yang baru.... Carrom? 100% sesuatu yang baru...in my life! Wallah...~
Menang untuk pusing pertama menentang Kak Rahayu / Sharony. Tapi kalah tipis bila masuk 2nd round menentang (habis-habisan) Fadzli/Nur Zarina. Well, terror la jugak, sebab pernah menang. Huahuahuahua!

Good games. Merapatkan silaturahim even pada mulanya perang dingin meletus antara lawan. Hahaha. Saja, nak menggamatkan suasana. Memang gamat. Tepat jam 5.00 petang, BSM merusuh dengan sorakan semangat.

Semasa entri ini di-post, perlawanan masih berlangsung. Pusingan ke-tiga sebelum semi-final.


CHAIYOK!

No comments:

Post a Comment