Showing posts with label Pangkor. Show all posts
Showing posts with label Pangkor. Show all posts

28 December 2010

INTRO - Teluk Batik 2010

Percutian satu malam yang menyeramkan (papa) tapi menyenyakkan tido (aku la).

Ada scene ular sawa burma bernama Jane yang membuatkan mama lari pecut 100 meter meninggalkan aku, Bella dan Aty. Dan papa.

Juga scene posing budak-budak bosan tunggu team konvoi motor yang sopan di jalan raya. dan semua posing-posing tak chenonoh bila pantang nampak orang nak snap picture.

Semua tu coming soon. I buzy, nyah!

30 July 2010

Dimana saya sekarang?

Di Pangkor.

Sekali lagi untuk Induksi Umum Kumpulan Sokongan.

Malam ni ada Dinner dan Malam Silaturrahim. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Dan esok (Sabtu) akan pulang ke UPSI dan terus shoot ke Rawang. Mama rindu. Rindu Mama..

Dapat SMS ringkas (dah la SMS, ringkas pulak tu) dari Abby. Mengkhabarkan satu berita yang buat aku like "What? Why?"

Kes putus kasih. Alaa...i like that girl very much. Mama likes her. Papa likes her. Seluruh famili suke dia. Mungkin tiada jodoh. Hey lil girl, we had such sweet time together once ago right. Still like u, sis! *muah. Kalau kite terjumpa di pasar malam, still tegur kaklong tau! And all the best in your life. =)

To my lil brother, malam esok Kaklong balik. Maybe nak turunkan sedikit tips. (Chewaaahh..mcmla pandai sangat dalam hal-hal macam ni..) *heheheeh.

So, astalavista. Muah! Muah!

12 June 2010

Usung beg!

12 Jun 2010. Last day di Pangkor.

Jam 11.00 peserta mula meninggalkan Pangkor Coral Bay Resort.Alhamdulillah, semua berpuas hati.


Aku dan urusetia lagi berdua sempat lagi membeli belah di kiosk resort ni. Membeli lagi ape yang patut. 'Menapau' pesanan-pesanan dari kawan-kawan di seberang laut sana - UPSI.
Ada peserta yang datang dengan hanya 2 beg, tapi bile pulang beg beranak jadi 4. Haarhhh! Well..urusetia pun ape kurangnya. Beranak pinak jugak.

Huh, sape nak angkat semua ni!!


Jumpe hari Isnin di UPSI. Sesiapa nak sedikit tandahati, sila ke ofis aku dan berikan password ini:

INDUKSI UMUM P&P dan SOKONGAN 1 - CORALBAY..!
(sambil buat gaya itik pulang petang jalan krem!)

p/s : siapa nak tengok Sharony Suid buat tarian : I want..nobody..nobody but U.." Huh!! =)

04 June 2010

Post in 5 minutes time!

Quick post. in 5 minutes.

Get set. GO!

Last week on 29 Mei, sepupu aku kawen. Akhirnya..! Tahniah ek Juad! Minggu ini, 6th June, kenduri sebelah lelaki di Tg Malim.


Aku baru balik dari Pangkor. Menguruskan kursus Induksi di sana. Works!

Ok, guys! Thats all... ada kerja lain. Oh ye, love to post updates on my Khaty and Moko2, but maybe next time. Huahuahua! Love u guys!


02 June 2010

Nota dari jauh..

Wah chewah! Nota dari kejauhan la konon... Erm..jauh kan. Dari Tg Malim ke Pulau Pangkor. Yup, I kat Pangkor.

Menginap di Pangkor Coral Bay Resort. Menguruskan pelaksanaan kursus Induksi Umum di sini dari 2-12 Jun. Tapi takde la dari 2-12 tu I kat sini. 3rd I balik la ke UPSI.

Well, sape nak pesan ape2? Sila2... Talk about Tg Malim & UPSI,ada beberapa komen di Facebook berkenaan entri ini. Ini adalah salah satu entry yang paling best. Sbb? Hahahaha..penuh perasaan!

OKey, back to Pangkor. Ada beberapa picture ttg situasi disini. Sebelum menyambut kedatangan peserta, sempat la kami (aku, Tia & Man) meronda dulu sekitar Pangkor. Dari Li Fu Kong - tempat ikan arowana yang sebesar aku, kura2 yang sangat banyak dan taman-taman cantik dgn replika haiwan, Kota Belanda ( tempat bersejarah tapi aku & Tia shopping t-shirt je) and Batu Bersurat (ada lakaran picture harimau...err..bunuh orang).

Li Fu Kong

Ridzman

Atas Cik Kurakura
Cik Tia bersama cik rusa.
Tengok ikan besar. sangat happy.

Well... jam 2.00 kami menyambut kedatangan peserta. Alhamdulillah, nampak macam OK je semua. Taklimat Urus setia pun berjalan lancar. =). Paling mereka nampak seronok bila aku war-warkan sauna and gym - PERCUMA. Wah, lepas ni jangan sampai urusetia cari peserta kursus kat dalam sauna room plak k.

Peserta tiba di resort.

Rehat kejap di lobby...

Taklimat Cik Urusetia...~

Cik Urusetia bersungguh-sunguh berikan taklimat yang simple~

Minum dulu sebelum berjuang menghadapi kursus selama 11 hari! Walllaaahhhh!

Tunggu la sampai 12 June. Esok, aku balik UPSI. Sape2 nak souvenir...?

10 May 2010

Lil' update about my last weekend.

Si Tia, pagi-pagi lagi dah sibuk tanya "Cik Zura dah masuk picture kita berfoya-foya dalam blog?" Banyak kerja lagi Tia oii, dari nak update blog pagi-pagi buta. Tapi, disebabkan dah sampai 3 kali dia tanya, I sebagai blogger yang taknak menghampakan 'peminat cilik' pun tunaikan la 'permintaan' dia ni. (cilik ke?)

Tia, si tudung biru.

So, using Photoscape, I sempat la upload + edit ape yang patut.

Pergi bukan sekadar berfoya-foya, tapi pergi untuk melaksanakan tugas hakiki walaupun di waktu cuti. Chewaahh! So, tak salah kan tangkap gambaq tepi pantai..?


Meronda 2-3 buah resort sasaran untuk beberapa kursus tahun ni dan perancangan tahun depan.

So, next year tak yah pergi tengok lagi.

Sampaikan, resort yag masih dalam construction pun kami tengok tapaknya.
Dijangka siap July 2010.
Tempat next kursus, insyaAllah. (takleh reveal nama lagi, hahaha!) So, tgk gambar je.
Bayang-bayangkan lah.
Malam Dinner peserta kursus. Malam Karaoke. Tunjuk bakat. Menyumbangkan suara.

Malam 'pabila suara En Aziz mengundang guruh dan renyai.

Adakah Cik Zarina sedang menyumbang suara @ menyumbangkan lagu?
Jeng~ Jeng~ Jeng~
Kursus yang sangat penuh dengan ucapan emosi. Terharu plak!
Tahun depan, kita buat lagi ye kursus ni. Yang penting, u all kene cemerlang!
Yes! Yes ! Yes!

02 November 2009

4 hari mengukuhkan pasukan.

Ada yang dok tanya, mana pergi minggu lepas? Blog pun tak update, FaceBook pun senyap.
Hahahaha...saja menenangkan fikiran. Poyos!!

Aku gi kursus pengukuhan pasukan la. From 27th until 30th November. Kat pangkor.

Okey la...dapat hirup udara luar dari Tg Malim sekali-sekala. Cuma kali ni more to peserta compare to urusetia. Hahahahaha!

Nothing much to story, maybe gambar2 dibawah boleh ceritakan a bit. Klo nak cerita lebih details, maybe leh gi hopping blog serigalaga.


Ini kumpulan utk aktiviti dalam kelas.
Kumpulan TELUK.
Dari kiri - ridzwan, arnese, ikmal, aku and bavani.

p/s : Just sebab his fave colour is white, terus dapat gelaran hati suci. And konon-konon lekat la nickname tu sampai ke ofis. Hahahaha. En Hati Suci a.k.a En Ikmal Redzuan... keep it up to be suci hatinya ye. Hahahahaha..!

"Kami berikrar, kami takkan nakal-nakal. Cuma nakal sikit je.."

ada model helikopter di depan meja. Hasil usaha 4 minit kerja kumpulan.


Yes..u are cute, Najidah.


Night Walking.

Kumpulan aktiviti outdoor pulak.
Kumpulan 1.
Dari kiri - Fuad, Lim, Fait, Aku (duduk kat bawah), Fuzy and Amelia.

Gile muka minyak sebab masuk hutan tak perlu pakai foundation tebal-tebal.
Lipstik pun tak payah. Natural beauty as the nature.

Games - Spider Web

As long as kumpulan aku berjaya keluar dari web tu tanpa sentuh tali tu.
We did it. Hahaha!

Games - tarantula
Lontaran pendapat.

Cantik kan?


Aktiviti - Jungle Trekking

Sesi bergambar yang pada mulanya hanya 2-3 orang akan menjadi 20-30 orang......

....dan semakin ramai. pokok - pokok turut menyanyi riang..!

Mereka sangat berminat dengan pokok 'tongkat ali'


Aktiviti - Buat rakit & berakit ke seberang!
Masih tak perasan di buku laliku ada seekor pacat sedang enak dibuai mimpi.
Menghisap darah! Dasar pacat!!

Fuad - nenek kebayan versi lelaki bergelar arkitek yang mengendap2 nak interframe gak dikalangan kami yang jelita tidak termasuk Lim Kian Boon!


Water confident. Watak di belakang sangat membantu untuk kamo berasa confident!


Aksi sebelum berakit.

Yes..come on Lim. Chaiyok2!


Mula-mula sangatlah tak confident nye duk atas kayu tu...

... but then...LOOK! Aku sangat gembira berakit. hahahahaha!
Siap leh borak2 lagi...pasal anak-anak, jualan megaSale, pasar borong selayang dan bermacam-macam lagi.
Lupa lak kami kat tengah lautan! Rasa macam kat coffea house. Huh!




Aktivit yang ditunggu-tunggu.
PAINTBALL!

Mendengar penerangan sebelum masuk ke medan perang!

Engineer mekanikal sedang melukis camne nak repair aircond dalam masa 3 min.
Aku pulak sedang fikir, cmne nak transform aircond tu jadi kuih dorayaki.

Caption sebenar: Ketua melukis pelan. Huhuhuhu..!
Pastu dia yang kne tembak dulu...camne tu!!??

"Arnese, ko g amek bendera. Second runner, Fuad. Yang lain cover!"


Sekumpulan power rangers beraksi!

Aksi sebelum parah diserang!~

Harghh..berjaya jugak aku ditembak bandit pada 3rd game. Tahniah bro! 4 hari lebam!


Balik time. Bye Pangkor!

Hahahaha. Kenapa aku kelihatan sangat tinggi lampai di sini.
And no doubt En Azman sangat chubby - tang perutnya.

Aku tak hingat kenapa aku ketawa pada masa ini. Pe yang kelakar, aku pun tak hingat.


Menunggu feri dengan penuh gaya.. Chewaaahhh...



Gelagat atas feri. (aku takde, sbb aku tido..)