11 April 2010

i-city or ICT?

Dua minggu berturut - turut dah aku turun Serdang. Kali ni, dengan tema untuk jumpe Nuar yang datang dari Sarawak, untuk berkursus di Genting. Well, bukan itu tema utama, sbb tujuan yang paling-paling utama adalah untuk hang-out di I-City, Sec 7, Shah Alam. Sebelum orang kata tak mengikuti perkembangan semasa and buat muka blur bile member sebut 'nak gi i-city.." sebab dalam fikiran 'nak gi ICT..'. Nak gi ICT pun kecoh, pergi je la. Or paling sedih sekali ' sapa mauk beli laptop kat ICT ya..?'

Thanks to Ady yang sanggup layan kerenah kami yang macam kanak-kanak riang masuk taman tema jumpe lampu-lampu "oh..oh...jom gi sana. Jom gi sana...".

And thanks again, even kami tak dapat jumpe Bandi Amuk, kami dapat makan best malam tu. Kenyang tahap gaban. Best nasi goreng udang. Licin (as usual).

And thanks to Yan sebab malam tu kita dapat rasakan cuak 3 saat bila nampak signbooard 'SELAMAT DATANG KE NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS'. Oh my God!

Orang baru turun dari flight, sempat kira LCCT ada berapa tiles, tunggu kami datang - late for one hour. Sorry, Kak Zuna and Yan make-up lama.

Welcome to city of light @ i-city.

Pokok krismas. Tiba-tiba teringat 'drama' rekaan kita semua (BBA UPMKB). semua orang ada di layer masing-masing, dan pastinye 'star' tu adalah Zaidi.

Rasanya, K.Zuna la yang paling gumbira dapat menjejakkan kaki ke i-city ni. Dah ada perancangan untuk datang berdating di sini pula. Uikkss..dating nampak? Ehem...ehem...

Macam hujan meteor! Lagak macam kulit album single pertama.

Kak kepit. Tak cukup dengan digital camera, handphone canggih pun keluar jugak!

Ady and Nuar. Pasrah melayan perangai 3 angles yang baru jumpe lampu warna-warni yang saiznya lebih besar dari lampu lip-lap yang dipasang ketika Raya.

Hah, tengok. Mana pernah aku jumpe pokok macam ni.

Suke sungguh buat susun anak tangga macam ni. Tak kira dengan sapa, aku pasti akan jadi anak tangga yang paling bawah! Huh!!

They don't looked like frosted, right Mr Snowie? Owh, Mr Snowie just smile...bbbbbrrrr!

...dimana lensa kamera, di situ ada Ayu Azura!

Self-snap. Muat 4 orang.

K.Zuna : Nuar, deodorant apa kau guna? Freshnya!
Nuar : Buat sendiri ni, pakai kapur sirih.

Ayu happy sebab dapat tengok replika unicorn. Yan happy sebab dapat bergambar dengan 'unicorn'

Peace. Betapa bengangnya K.Zuna tengok makhluk comel kat belakang tu. Hahahahaha!

Ady : Dah la tu wei. Jom balik.
Nuar : Terpelecok babe!


Sesi makan di cafe Bandi Amuk. Walaupun tiada Bandi Amuk, kami dihiburkan dengan live band yang dok kata 'ini lagu kami yang terakhir' sampai 4 kali, tapi tak akhir-akhir jugak. Still singing till the 4th song. Waitress yang penuh menggoda, 'mencabar' kami yang anggun ini.

Hooo..kuar dari cafe tepat jam 12am. Heading to KLIA then back to Serdang. Sampai Serdang kul 3pagi.

Yan sangat siot bila dia mengaku dia tertido masa aku drive sambil tgh galak bercerita ttg Nesc kat dia di sebelah. Tiba-tiba bangun and repeat my word "ha, ye...nesc..". Siot! Did u know that I'm talking alone for 5 minute without realizing that U are sleep!?

Kak zuna? Dah lama terjun ke alam mimpi tanpa sedar pun yang kami hampir terlajak ke N9.

So, ape plan next?

No comments:

Post a Comment