Sepanjang hari ni, aku duk bersenang lenang dengan buku yang housemate aku bagi pinjam. “Membina Hati Bahagia” tulisan Dr. HM Tuah Iskandar Al – Haj. Ada beberapa bab dalam buku motivasi ni yang buat aku leka baca and kadang-kadang ada part yang aku ketawa seorang.
Bab 2. Binalah Matlamat Yang Sama. Itulah tajuknya yang pada mulanya aku anggap biasa je. Then bila sampai ke perenggan keempat, it’s starting make me wanna finish it. Want to know what this genius motivator would said – about marriage!
Berdasarkan buku ini, ia menanyakan 3 soalan yang perlu ditanya dan dijawab oleh setiap pasangan yang mempunyai niat untuk mendirikan rumahtangga..
- Apakah anda berkongsi matlamat hidup yang sama dengan pasangan anda?
- Apakah anda rasa selamat meluahkan perasaan dan pendapat anda terhadap orang itu?
- Bagaimanakah dia melayan orang lain?
Matlamat hidup? Berapa ramai pasangan yang berkhawin berlandaskan matlamat hidup. Yang biasa aku dengar adalah berkhawin kerana cinta dan ‘terasa’ sudah sampai masanya untuk mendirikan rumahtangga. Walhal, perkhawinan adalah ibarat sebuah kapal yang sedang melayari lautan. Dapatkan seorang kapten dan pembantunya mengawal / mengemudi kapal tersebut jika bercanggahan pendapat – seorang ingin ke Utara dan seorang lagi ingin ke Selatan. Akhirnya kapal tidak bergerak kemana – mana, silap – silap haribulan, ada pula anak kapal yang cuba merampas kuasa dan mengambilalih kapal.
Aku juga tak pernah rasa selamat untuk meluahkan perasaan aku kepada sesiapa saja, even to my parent. Pendapat, maybe…but when it’s comes to hati dan perasaan…I’m failed. Teringat pada seorng kawan baik aku di UPM dulu. Dia pernah marah aku sebab perangai aku yang takkan luahkan apa – apa perasaan pada orang lain. Aku simpan semuanya. Aku jadi tempat semua orang meluahkan perasaan, even tengah malam pun aku akan turun dan settlekan masalah hati dan perasaan orang lain. Tapi….? Sebab aku tak pernah mahu orang tahu perasaan aku..and I decide to keep it to myself. That’s why!
Soalan ketiga..aku tak tahu. Once I met that particular person, I’ll tell.
Teringat last Friday, lepak kat tempat biasa dengan kawan-kawan. Tak pasal – pasal aku kne torture dengan bapa-bapa orang tu. Talk about marriage.
“Sekurang – kurangnya bila ada cawan depan mata, kita boleh decide nak jadikan cawan tu bekas minuman or as barang lain. Hiasan or bahan untuk lekuk kepala orang! Daripada takde apa – apa…” kata seorang kawan pada aku.
Aku taknak balas…walaupun berdekah-dekah dorang ketawakan aku. Kalau aku balas, ibarat merelakan kepala kne tembak dengan selaras pistol. Hahahaha..!
Tunggulah. Mungkin masa belum sampai. Ini bukan sekadar cerita membancuh secawan Nescafe! This is life!
No comments:
Post a Comment