14 April 2009

Namaku start with an "A"... A for AZURA!!


Nama kita bermula dengan pelbagai huruf. Aku sendiri bermula dengan A. So, semalam ada satu info yang aku dapat ( tak semestinya betul, tapi hanya untuk dijadikan bahan seronok untuk dibaca... Ada yang buat aku tersenyum sebab betul, and ada yang buat aku berkerut dahi sebab ' Eh..ye ke..? tipulah... Well...as I said so, tak semestinya tepat 100%.)

Paparan dalam entri ni aku amek huruf pemulaan nama aku je la. 'A'.

Korang yang mana mengenali aku (tak kisahla lama or sekejap, betul ke tekaan personaliti ni..)
Hint me some comment.
*************************************************
Bagi individu yang namanya bermula dengan huruf 'A' macam aku ni ha.. :

Kamu tidak terlalu romantis, (betol2..aku mmg tak romantik! Aku kan samseng..) tapi kamu tertarik dalam bertindak (ape maksudnye ni..? bertindak macam GERAK KHAS ke..?)

Bagi kamu, apa yang kamu lihat adalah apa yang kamu dapat (Klo dah depan mata..kan? Grab je la..)

Kamu tidak memiliki kesabaran untuk mengkritik (hahaha... Boleh jadi pengkritik tetap AF ni. Gaduh kritik dengan Adlin Aman Ramli!) dan tidak dapat diganggu dengan orang yang mencuba terlihat lemah, manis dan menggoda (alamak...aku bukan org yg penyabar. Benci dgn org yang ngada2, tergedik2 dan sewaktu dgnnya. Maybe inilah penerangan ayat ni kot)

Kamu adalah orang yang ada di baris hadapan. (Err..2 tahun terakhir sekolah menengah aku mmg duk depan sekali...Student cemerlang la katakan.. tu sbb cikgu sayang AZURA..Hahaha! ) or else..adakah aku sebenarnya ASKAR barisan hadapan...~Inilah barisan kita..~

Kamu sering tidak mendapat petunjuk dan kamu tidak pernah memberikan petunjuk. (Ya Allah.. aku bermohon padaMu, berikanlah aku petunjukMU...) Aku tak pernah bagi petunjuk..? Maybe sebab aku pun tak sure jalan nak g TIMES SQUARE macam mana -by car- ...then cmne nk nk bagi direction? Naik la pengangkutan awam, kan senang!!

Bentuk fizikal pasangan sangat penting buat kamu. (Errrr...aku pernah wat list ttg ni ke..? Pengalaman...? Err...kebetulan kot! Tak rancang pon! Wakakaka!!!)

Kamu melihat proses pengejaran dan 'berburu' sebagai proses yang menarik. (Kadang-kala memburu. Dan tak terlepas diburu. Proses kehidupan. Dan pengalaman hidup. Kan menarik tu..)

Kamu berhasrat, dan menjadi lebih berpetualang daripada kelihatannya, namun, kamu tidak mengiklankan diri sedemikian rupa. (Hah!! Petualang?? Ape lak ni.? Saya BANTAH Yang Arif!!!!)

Keperluan fizikal kamu adalah hal yang terpenting. Kamu cenderung menjadi egois dan tidak emosional. (Hahaha...setiap manusia ada KEEGOANNYA sendiri. Tidak emosional... Well...profesional la babe!)

Kamu dan keperluan kamu adalah yang terpenting. Yang lain dan perasaan mereka nombor dua.
(Ya...pedulikan yang lain2. selamatkan diri anda dulu. Run for your life...!!!)

Pilihan kamu tidak terlalu bagus dan sering membawa kamu ke dalam masalah. (Depends..pilihan ape? Dalam banyak2 kategori pilihan, ada satu kategori yang aku mmg selalu salah dan bawak masalah...sampai sekarang..)

******************************************

Well... ini untuk huruf A sahaja. Untuk huruf B hingga Z...takdela aku nk post kat sini. Jammed lak blog aku ni.
BTW, click here for more information.
Klo berminat, try la tengok.
*wink~*


PS: I do look at certain people's name as well...hahaha! Sama gak la...ada yg betol. And ada yang ' ye ke..?'

No comments:

Post a Comment