18 August 2008

Bunga Api @ Putrajaya

16 Ogos 2008.

Malam 16th tu, g Putrajaya. Jgn tak tahu, 16th tu gak sebenarnye Istiadat Konvokesyen ke10 UPSI. Settle hal konvo kul 5.00 ptg, balik umah rehat-rehat. Dalam kul 6.30 ptg, kitorang bertolak la dari kota metropolitan Tg Malim (name given by Jamal actually…) ke Putrajaya. Okey..kitorang tu merujuk kepada aku, Jamal and Fait. (Kne sebut nama2 org ni, sbb jap2 lagi nak kutuk Fait!) ~ Peace!

Around 8.30pm, sampai la ke Taman Warisan, Ptjy. Dah agak dah, mmg jammed gile! Berpusing mencari parking akhirnya nun di hujung taman Warisan. Dah nak exit dah pun, tapi sebab taknak tawaf 7 kali keliling Taman Warisan, so nak xnak, parking je la.

Singgah masjid putrajaya tu jap.Semayang!

Dipendekkan cerita…Kitorang lepak kat Selera Putra. Mengadap la fastfood corner..Jamal dah lapar dah tu, tp nk kne tgu gak bunga api. Tengok ikan, tengok orang sekeliling, borak2, tinggalkan Fait layan perasaan sorang2 kat tepi fountain tu…dalam kul 9.40pm, tiba-tiba rasa mcm dengar something. Jamal cakap guruh, tapi rasa mcm bukan. Tengok2 belakang bangunan tu, mcm ada cahaya lampu!

Sah! Sah!
Terlindung rupanye! Rasanye ada je bangunan nk kne robohkan malam ni! Fait..yes! Fait! Dia la ni..kata nampak dari park Taman Warisan tu! Tapi rasanya, dia pun tak tahu kot..huhu! Nyaris kne tinggal si Fait ni kat Putrajaya! Tapi, sebab tak sampai hati.. Kalau cukup 40x dia sebut nak kne tinggal, rasanya impian dia akan jadi kenyataan! Hahaha! Just because dia adalah pepandu arah malam tu, kitorang pun takkan nak tinggalkn dia! Hihihi…

Keadaan dah macam bom atom dijatuhkan ke Nagasaki. Bertempiaran la semua pengunjung2 tu lari ke kawasan yang nampak bunga2 api tu! At last, kitorang semua kat atas jalan raya tu. Seb baik nampak..even tak dengar muziknye.

Erm..bentuk2 yang nampak, macam semua sama je..ingatkan ada la bentuk naga ke, Na-Zha ke,Great Wall of China ke… (since malam tu turn China kan..) Tapi, one thing for sure..cantik! Bayangkan bunga api tu atas kepala ni menari-nari…lagi cantik kan!?

Erm..so Jamal, raya ni try la wat pertunjukan bunga api kat kampung macam tu! Haha!

Manusia kat situ, punyala ramai! Yang adult tak payah cerita la..yang parent bawak anak2 pun, ramai! Siap ada yang mengendong baby tengah tido..ni anak yang nak tengok ke, mak ayahnye? kan(Well, takkan baby tu dah pandai request nak parent dia nk g tengok!

At least, bawak la baby-trolley ke. Tapi, takpe la. Hujung2 minggu, esoknye bukan sekolah pun. Cuti semesterkan..? About 30min after, pertunjukan tamat. Time ni fikirkan tuntutan perut yang dah meronta2!

Sekali lagi, khidmat Fait as petunjuk arah amat berguna. Malam tu mmg pakcik ni je yang tunjuk jalan! Makan kat Village View, Bangi.

Aduh! Ini orang nama Fait sangat suka bercakap! Tak pernah lagi jumpe lelaki yang bercakap je kerjanya kecuali Ally Iskandar! Rupanye, ada gak lagi! And.. kat JPPHB UPSI lak tu!!

(Since rasanya Fait takkan view blog aku ni, leh la kutuk dia! Mmg patut pun, sebab malam tu, dia ni…..! Aduh! Start dari depan umah aku lagi dah macam2 lawaknye!)

Kul 12am…kitorang pun bertolak balik ke Tg Malim la. Biarlah dua jurutera tu berborak or berperang manja pun kat depan tu, aku dah ngantuk + kenyang kat belakang! Masa OTW pergi, leh gak layan lawak si Fait, tapi masa balik, biarlah Jamal je yang layan best friend dia tu!

At last, sampai umah kul 1.30pg!

Thanks Jamal..and
thanks Fait!

*Wink!*

1 comment: