Just to share… malam tadi buka2 email Yahoo! ni. Kat ofis tak sempat nak bc semua ni. So, tengah tinggal sorang kat umah ni la masanye aku isi masa lapang baca email2 yang dah berlambak ni!
Erm.. sorang mmber send satu email tentang fenomena kne tindih. Menarik! Teringat sekali masa kat Matrikulasi Londang. Esoknye ada exam Account, study la kat bilik Jaja, Kul 3 pagi baru la balik bilik sendiri dengan penatnye. Terus terjun atas katil and tido! Time tu la first time dlm hidup ni, terasa ape yang org kata ‘kne tindih’! Dalam separuh sedar, rasanya nampak Sai masuk bilik, tapi aku tak leh panggil dia. Rasa mcm badan ni nk terangkat dari katil. Beberapa saat gak la berusaha nk gerakkan badan. Then, aku lupa! Esok pagi, mmg Sai ckp nmpk aku lain mcm..tapi dia ingat sbb aku terlalu penat study malam tu.
So, back to the email, betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu? Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada… nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer). Opss..aku dulu takde la nmpk yang bukan2..erm! Taknak la!
Okey. Rencana yang diberikan dalam email ni lebih kurang macam ni la. Dipermudahkn cerita , aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer ‘ sleep paralysis ‘ .
Sleep paralysis atau dimelayukan ‘ lumpuh waktu tidur ‘ … adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara)… temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).
Ok…normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM stage (rapid eye movement…. waktu nyenyak ni, biji mata kite gerak2)…. otak akan bagitau badan kita suruh rehat… so, badan kite kira macam switch off kejap… REM atonia (takder muscle tone).
Then, otak kiter pun ader switch off button…. dipanggil reticular activating system RAS…… bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni.. so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on…. kirenye screen saver laaa or hibernate… hehe! Pandai2 je aku bagi term ni kan?
So, bila kita bangun, RAS switched on balik. Kita sedar fully awake state…. tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak suh switch on balik badan kite…. maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika… before otak activate balik…. mmg menakutkan tapi benar….
Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full.. kadang2 partial atau sebahagian jer… tu ade yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh…. dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali (mcm pakej lak!) dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)
Erm. Ada lagi! Antara sebab2 atau mende2 yang boleh mentrigger sleep paralysis ialah:
1.tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
2.jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3.sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni… penat sgt). Mcm cth aku tu, buat study grup sampai 3 pagi! subjek Account lak tu! Mmg la penat!
4.stress yang byk kat otak… masalah keluarga, kewangan, prob dengan pkwe / awek..bla..bla..)
5.pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, berkayak, kayuh beskal keliling Malaysia…. hehehe! Extreme sgt contoh aku ni)
6.orang yang ader penyakit narcolepsy – kne check la ape penyakit ni.Aku lack of info!
Erm..betul atau tidak, aku pun tak pasti. Sekadar berkongsi maklumat ape yang aku faham. Klo mana2 pembaca blog aku ni yang pandai dalam term2 Science ni, klo korang tahu, sila2 betulkan or tambah.
Saya budak baru belajar, klo salah tolong tunjukkan! Wallahualam…!
No comments:
Post a Comment