30 December 2009

Kenapa saya suke hadir ke kenduri kawen.

Ingat tak masa kecik-kecik dulu, masa Cikgu suruh buat karangan Bahasa Melayu. (ofkos la, jarang cikgu suruh buat karangan Bahasa Inggeris. Asyik-asyik fill in the blank). Tajuk feveret aku ialah : Aku sebatang pen. Cikgu Khairuddin Ayip. (bukan aku sebatang pen kepunyaan Cikgu Khairuddin Ayip, tapi itu sebaris nama cikgu BM semasa di 6 Anggerik, SMKS20, Shah Alam. Kelas Anggerik kelas pandai. hehehe...*sempat..!). Sedihnya, pen tu mesti akhirnya patah and dibuang oleh si pembeli a.k.a tuan. Jarang sekali ending karangan pen tu tersorok bawah katil dan 20 tahun kemudiannya dijumpai oleh adik tuan punya pen dan dakwatnya dah kering lantas dibuang jugak akhirnya. Cliche kan?


Or.. Pengalaman cuti sekolah yang tidak boleh dilupakan. Wajib cerita pasal melancong ke tempat bersejarah padahal tipu je. Cerita / tempat / sejarah hanya diperolehi dari pengalaman orang lain. Cuma tokok tambah sikit-sikit nampak macam sedap-sedap je. Tak pun, kelentong cikgu dengan menulis tentang pulang ke kampung halaman, main ayam itik, mandi sungai and bla..bla..bla... (my kampung is at Tanjong Malim, same place aku bekerja sekarang. Hehe..)

Padahal, setiap kali cuti sekolah, hanya tolong mama meramaikan lagi suasana kantin makan di seksyen 23. Daripada peti ais Singer tu lebih tinggi dari aku hinggalah aku lebih tinggi dari peti ais tu (1 pintu je), itu lah rutin setiap kali cuti sekolah. Best sebab boleh buat Milo pekat. Letak Milo banyak2 (tak termasuk yang disumbat dalam mulut dulu sebelum diceduk masuk ke dalam cawan). Milo ais kesukaan ramai. Sekarang anak mama gila Nescafe. Dia tak suka Milo semenjak dia putus cinta. Hahahaha. Bengong!


Kawan pulak jeles bila karangan dinobatkan TERBAIK oleh Cikgu Khairuddin Ayip. Hahahaha... bangga diri membawa mati, ok! Masa 5 Anggerik, Cikgu Rafidah suke puji tulisan sambung aku cantik. (Anggerik lagi...memang bijak pandai penulis blog ni, kata pembaca)



Okey, so mari kita buat karangan malam ini. (intro punya la panjang...nak buat karangan lagi?)

Tajuk karangan kita pada malam ini ialah:

Kenapa saya suke hadir (pergi) ke kenduri kawen (kawan-kawan)

Okey, first kita cari isi - isi penting dulu. Cikgu Khairuddin kata, paling bagus kalau ada 5 (lima) isi penting dan kupas (hurai) satu-satu beserta contoh. Kalau ada simpulan bahasa, perumpamaan... akan menambahkan markah.

Mungkin sebab tu saya jadi penulis blog. Ajakan seorang pegawai senior di sini untuk menyumbangkan cerpen untuk dibukukan masih belum saya penuhi. Kekangan masa. InsyaAllah...

Let's work it out!

1) Dapat makan tengah hari secara buffet yang tak perlu bayar
Kupasan : Bukan malas nak masak, tapi kalau dah pergi kenduri tu, sah-sah la masa makan tengah hari. NASI. Tak pernah lagi kenduri kahwin mereka hidang laksa, meehun sup, buah-buahan tempatan atau bagi minum Milo Ais sahaja. Maka, pada hari tersebut, makan tengah hari are free. Tak siapa marah kalau kita nak tambah lagi. Tambahan pula, memang pakcik tu akan cakap "tambah la lagi...". Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.


2) Jumpa balik kawan-kawan lama.
Kupasan : Kawan sekolah. Last jumpa Form 5 Chimaera. Chimaera kelas #4 amnya tapi kelas Accounting #1 khasnya. 3 kelas pertama (Perdana, Putra and Pesona) adalah kelas Pure Sains. I tak minat Sains. Jadi, masa kenduri ini la akan bertembung selisih bahu dengan kawan-kawan teman gi library, teman mengumpat boyfriend orang tu ex-boyfriend orang ni, teman duk berpanas di tapak perhimpunan dan teman-teman seperjuangan yang lain. Update cerita masing-masing. Dulu ko couple dengan budak tu, dah clash? Budak tu dah kawen dengan..sape? budak tu...? Hoh! *Geleng-geleng. Oppss..topik utama, si pengantin adalah salah sorang kawan lama yang dah lama tak jumpe. "azura, ko kecik jugak macam dulu..." Ayat biasa tu. Ibarat kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi....


3) Bergambar. Dengan pengantin, pengapit, tukang renjis air mawar, adik comel yang beri door-gift....tak lupa dengan tetamu-tetamu yang lain.
Kupasan : Acara wajib. Even ko tak bawak kamera pun, percayalah... Esok kau akan dapat sekeping (at least) gambar kau sebagai bukti kau ada di hari bahagia tu. Ramai akan bawak kamera. Esoknya, pasti gambar-gambar tu akan diupload di Facebook. Kalau nama di-tagged, sangat beruntung dan menjimatkan masa. Tak payah susah2 SMS empunya kamera suruh email sekeping picture itu. Jadi, tak payah susah-susah beli camera, charge bateri dan bawak dalam handbag. All u need is - Smile and Pose. SNAP..! Hari ni hari aku (jadi jurukamera) esok-esok..engkau pulak. Ada ke pepatah macam ni...? Silap!.. Hari ini hari aku, esok - esok engkau pulak!


4) Dalam kenduri kawen, akan dapat at least 1 lagi kad. Coming soon wedding. Minggu depan punya acara pulak.
Kupasan : Trend. Jimat masa and boleh terus bincang dengan kawan-kawan yang semeja untuk beramai-ramai pergi ke next wedding pulak. Selain dari terus bagi kat kenduri kawan lain, sekarang main tagged kat FaceBook je. Mungkin juga perbincangan akan membawa kepada kesepakatan nak pakai baju warna ape, siapa tumpang / jemput siapa, nak kongsi hadiah dengan siapa. Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat.


Atas: Picture abang aku kawen.

5) Mama kata kena tunjuk muka kat kenduri-kendara ni...
Kupasan : Mama sangat aktif kat kawasan perumahan anggerik tu. Selain dengan team politiknya, team career women dan team kenduri kendara. Mama orang wajib. So, anak - anak akan kne tempias. Dalam paksa yang tak nyata, aku kena jugak ikut pergi kenduri - kendara itu. Kenal - kenal dengan jiran tetangga, kne dengar sume gosip terlatest di taman tu dan sesi menunjukkan 3 orang anak daranya kepada kawan-kawannya yang lain. Bila terdengar mama kata "balik dulu ye..." it mean, another 1 jam baru mama akan benar-benar keluar dari kawasan tu sebab time tu jugaklah ada gosip hangat baru sampai. Lebih suka lepak dengan papa kat luar. Sebab papa macam aku, nak cepat balik! Bak kata orang tua-tua...bapa borek, anak rintik.

Cukup 5 isi penting.

Penutup pulak.

Penutup : Selamat pengantin baru, semoga kekal ke anak cucu. The End. Tamat.

p/s : Di kenduri tercipta satu pertemuan. Buat tak nampak buat tak perasan. Atau dalam hati tidak keruan? Sama-sama pelakon handalan. Aku ke Utara, kau ke Selatan. Konon-konon nak jumpe kawan. Teman-teman kebingungan. Terus balik lepas makan...InsyaAllah, jumpa lagi masa hadapan. Salam sayang, buatmu... teman.

kadang-kadang perlakuan spontan menghasilkan seni yang indah

Satu perlakuan spontan yang tak dapat dikenalpasti KENAPA dan MENGAPA.

1. Capai buku hitam yang setia di tepi katil dan pen.
2. Conteng-conteng...ikut kan je hati nk conteng ape.
3.Ambil kamera (handphone)

and........... SNAP!

Hasilnye:



Tiba-tiba teringat sesuatu. Buku ni...?

Idea! Idea!

Ulang step #2 dan #3.



*seriously, itu lah tulisan aku di tengah malam. hihihihi...

Teringat 1 scene. Kne marah dengan TTM masa di UPM.

"....sampai bila kau taknak kongsi ape yang kau rasa tu, Ayu?.."
"....jangan jadi cengeng..."
"...AYU!..."


Dialog dalam hati. *.......................................* dalam hati, so takleh nampak kat blog ni. Hehehehe!

So, kesimpulannya:


Satu ekspressi spontan pada jam 11.30 malam. Terasa sangat kreatif hanya berbekalkan handphone yang adik suruh tukar saban bulan. satu penghinaan.

Satu peringatan pada diri sendiri.

If something do happen to me...
FIND THIS BOOK.

Hint:

*teman serumah dilarang menyertai "pencarian" ini.

28 December 2009

Fait's wedding (Part II)

Okey..mari kita sambung cerita tentang kenduri Fait.

Let's straight to this sub-topik:
Perkara-perkara yang Fait lakukan - melukakan hati aku.

Point it out!

"Ko dari Shah Alam ke?"
Dia lupa ke yang aku dah laaaammmmaaaaaaa tak duk Shah Alam lepas SPM...I've told him that.

Aku dari Tg Malim la Fait.

"Ko jemput Dewi ke Zura..?"
Dia lupa ke yang Dewi tu housemate aku, wat pe la aku nak jemput dia kat Tg Malim tu. Dan aku dah lama tak duk Shah Alam. Dia lupa aku dah duk Rawang, kot (ulang). Aku nak jemput Dewi, aku dari mana? Memang dia tetap ingat yang aku ni masih duk Shah Alam...!

"Sekarang aku tunggu ko punye kenduri, Zura. Buat besar-besaran kat Seksyen 19 ye!"
Aku dah tak duk Shah Alam, (ulang lagi) wat pe lak aku nk wat kenduri kat Shah Alam, Seksyen 19 lak tu. Ke dia nk suh aku buat kenduri aku kat rumah dia kat Jln Tajak tu?

"Korang nak g Damansara? Itu kenduri IKEA tu.."
Sampai hati dia tak percaya yang aku nak gi another kenduri kat Damansara. Ingat tarikh 27 Dis tu, dia je yang boleh wat kenduri ke...??

"Ala....MUALAF start kul 2.30petang..."
Dia masih ingat kitorang cari alasan nak beransur balik sebab nak tengok wayang?!

Tapi BTW, aku tengok masa dia dok merepek2 sambil mukanye ditepek2 dengan foundation oleh mak andam, dia memang tak fokus dengan sume ayat yang di ucap tu. Macam lost-lost je. Aku buat kesimpulan menyedapkan hati:

Dia tengah nervous tu. Relaks la... Maafkan lah dia!

Aku terfikir, masa dia tengah lost / merepek/ meraban tu, adakah dia:

1. Ingat yang nama aku Azura Mat Said?
2. Ingat yang aku kerja dia UPSI?
3. Ingat yang kitorang dari sekolah yang sama, cume tak pernah bertemu di pagar sekolah apatah lagi di tapak perhimpunan menyanyikan lagu Negaraku?
4. Ingat yang kitorang pernah bersama-sama di Induksi dan BTN?


Oh ye, aku macam ingat-ingat-lupa masa dia warning aku jangan upload picture dia tengah di makeup oleh mak andam yang mesti cakap (dalam hati) "minah baju oren ni membebel macam dia plak mak andam...."










Kiri - Fait's. Atas - Farhan's.


Well, congrats brother!

Menunggu Fait tak sampai2... kami bergambar dengan wife dia dulu.


SPECIAL COVER!
Siapa je ada picture fait di make-up?
Well...aku bukan saja-saja tunggu Fait kat rumah tu OK!


Sambil ditepek-tepek sebegitu...Fait merapu-meraban. Aku tergamam.

Look! Aku di Damansara - kenduri... OK. Di gerbang perkhawinan.
Bukan menonton wayang!
Sangat seirama corak baju dan tema gerbang bunga menjalar-jalar!

Sesi beramai - ramai. Acara wajib tak kira siapa pengantin itu.

p/s: Fait, hadiah belated leh?

Sedikit intro on Fait's wedding.

Belah pihak perempuan (kiri) - Min and Syam. Belah pihak lelaki (kanan) Aku and Dewi.
Well...kebetulan kawan Dewi - Syam adalah kawan kpd pengantin perempuan and aku and dewi lak kawan si lelakinye.


Special close-up. Fait di make-up.

Ok..ada lagi picture-picture lain and beberapa cerita like : "Perkara-perkara yang Fait lakukan - melukakan hati aku!" (tapi aku maafkan sebab dia nervous di hari persandingan!)

Right now, I'm buzy with my work. Chow!

22 December 2009

Attention to K.Anis...


Kak Anis...Zura pinjam buku ni tau. Culik dari meja Kak Ina. Buku Blog Che.Det masih lagi kat meja dalam ofis dia. Sooner or later dia akn pulangkan....



Sekian, terima kasih.

21 December 2009

Ada apa dengan nama?

OK. Hari Isnin yang indah (Fullstop. No more explainations, please Azura!)

Azura. My name. Azure, mean blue. Azzurre….? Hahahaha.

Ada apa dengan nama? Macam – macam nama wujud dalam dunia ni. Kadang – kadang susah bebenor nak menyebutnya. Berbelit lidah.


Hari Ahad (yang indah juga..di Tanjong Malim) yang lepas, aku duk menghabiskan sisa-sisa hidup di ruang tamu rumah. Menonton CSI Tiga Serangkai. Dari New York hinggalah ke Miami. Then I realize something. Sebenarnya dah lama jugak la realize nye tapi kali ni la baru nak explore more.


Nama. Name (in English..).


Akuu cukup tertarik dengan keturunan Mat Salleh yang menamakan atau family nama a.k.a surname – nya kalau di teranseleat akan bermaksud benda atau haiwan. Contohnye kan.. Mr.Fox. Dalam bahasa ibunda aku, bermaksud En Musang? Atau Ms Bloomwood (watak dalam cerita “Confessions of a Shopaholic”) atau Cik KembangKayu / Cik KayuKembang? Okay, how about Ms Bella Swan (heroin Twilight / New Moon) yang dalam Bahasa Malaysia nya Cik Bella…… Angsa?


Okay, maybe nanti ada yang kata nama melayu pun ada maksudnya..dalam arab contohnya Nur – cahaya… Ok, fine tapi now I’m talking about names that have other meaning in their own language. Looks..Nur – in Malay but translated in Arab by Cahaya (light). Look back to FOX. In English...it means that “fox”, right? Not being translated to other language, but straightly translated in the same language.


Teringat time kecik-kecik dulu kawan-kawan (not me but my friends…) jadikan trend klo nak panggil kite pakai nama ayah. Even bukan dengan bunyi mengejek, kita cukup pantang nama ayah kite disebut-sebut. Sampai satu ketika, bila kawan adik asyik menyebut-nyebut nama ayah depan adik aku (tak sedar aku ada di area tu), aku tunjukkan kuasa aku time tu. Being in primary school that time in that group… I mean Sal’s group, mean some kind of power, k. Berani la buat hal dengan kami yang berkawan dengan anak bongsu tauke bas sekolah, ada la yang tak balik rumah dengan bas sekolah tengah hari nanti.

Oookkk…back to story… What did I done? Well..time tu Azura Mat Said sangat garang (sekarang pun). Aku turun dari bas sekolah, cepat-cepat gi tunggu kat depan pintu pagar…bile budak tu jejak je kaki turun dari bas yang sama dan menuju ke pintu pagar… kekejaman berlaku. It happened so fast tapi yang aku ingat lepas aku cekak leher dia and henyak dia kat dinding, satu penampar kat pipi kanan. Plus, amaran. Owhh..part amaran tu bonus. Buy one free one, some kind of that thing.


Old sweet time.


Tapi, sekarang takde la sampai aku nak penampar sesape yang buat lawak bangang macam tu. You know what, mat salleh do panggil kite dengan nama ayah ok. So, gile ke aku nak penampar dorang sebab dorang panggil kita dengan surname / family name kite. Berfikir secara waras, all! Jangan nak semberono. Buruk padahnya.

Masa kerja kat SK-II, Procter & Gamble, those Manila and Singaporean staff greet kite pakai family name, k. Even surat / email pun they put there Miss Said. My email address sound like said.a@...... There you go, girl! That little “a” stand for Azura but my family name are all of it. Ada ke aku nak penampar dorang…no.no.no. Profesional, dude!


Orait, enough about name.
Well…ada ape dengan nama, kan?

Even Syah nama kan motor kesayangannya Suraya (before dia jual Suraya sebab nak masuk belajar DPLI di UPSI) and aku plak nama kan patung kecik yang bergayut di kunci ofis aku as Bobo (dulu Bobo di attachkan bersama pendrive 256 MB yang berharga RM120. Diulang Ringgit Malaysia Satu Ratus Dua Puluh...! Masa itu, ok. Masa itu. Sekarang pendrive 4GB hanya bernilai RM40..) Huh…! Nama patung yang teman aku tidur setiap malam di Tg Malim pulak ialah Winnie The Pooh..si perut buncit!


Adios. Azura loves u.

Haip..Pooh! Tak baik duk atas bantal. Mama kata nanti bisul. Padan muka!

18 December 2009

Sembang repek di pagi cuti - sunyi.

Melayan FB di waktu cuti yang sangat lengang. Sambil - sambil mengadap novel yang aku sambar dari meja kak ina - yang dia pun pinjam dari kak anis. hehehehe.



Bagi yang terlepas episod cinta aku dengan Tengku Hazrick,
click here.
Saja nak buat Diyana semakin marah. Lalalalala!

14 December 2009

Nasib baik pokok ni takde kat Malaysia. Klo tak..aku dah tebang awal-awal!

Long time no see....
(tipu je. Baru minggu lepas post 1 entri menyatakan ke-bz-an hidup bergelar single, educated & career women. memetik kata-kata azrie & halim BHKA...) xde kene mengena.

Saja blog hopping. Tersinggah kat 1 page yang dah lama tak jenguk. Hajar's. My blog pal. Tertarik dengan entri Which Tree? Terus jemariku mencari aku plak di pokok mana?

Mula - mula dapatkan which tree fit your personality...


Mine wud be the poplar tree.

This is poplar tree. Mcm pine pon ada.



Scroll down for the explaination..


Berkata-kata pada diri sendiri.

"Jangan percaya sangat dengan definition ni. Aku panjat pokok tak pernah langsung... all (some) the explaination are opposite from what u are, honey!...Chewwaaaahhh!"

The best part (quite good one)... good organizer....reliable in any situation, takes partnership serious...

Begitulah monolog diri.

Chow!

11 December 2009

Quick glance.

Aloha...(takde kne mengana dengan Aloha Seri Muka).
Ape kabar...ape kabar... Rindu semua orang.

Okay..okay. Quick updates on my previous days.

End of 2009.
Office life sangat hectic. Sangat hectic. Meja hanya akan kelihatan kemas, cantik tersusun start jam 7 malam hingga kul 7.30 pagi esoknya. Kul 7.31 pagi, meja akan kembali tunggang langgang. Arghhh..aku memang failed bab kekemasan meja.

(Teringat Lah membebel kat hostel (UPM, 2005) dulu.
..sebab aku suke teraburkan barang atas meja aku sendiri...)




Musim kawen.
Kenduri kawen and kenduri kawen. A LOTS! Every Saturday and Sunday. Sampai terpening-pening yang mana dah lepas and yang mana coming soon.
klik sini.


Movie?
Huhuhu... sangat sacrifies sebab sampai la aku masih belum menjejakkan kaki ke panggung wayang utk New Moon. Bila balik Rawang, Aty-Ila-Anol akan sibuk bercerita ttg New Moon. Dan aku plak akan buatkan dorang tercengang penuh taksub sebab aku akan ceritakan pulak intisari plot dalam buku Breaking Dawn untuk meng-cover kekesalan aku sebab belum tengok New Moon lagi. Ish..Kaklong..mana leh kalah dengan adik-adik. Klik sini pulak.

Aktiviti Serdang.
Buat masa ni, rutin mingguan untuk aktiviti sosial di Serdang terpaksa dihentikan. Seb baik teman-teman se-sosial faham keadaan diri. Kak Zuna call semalam, bagitahu dah beli kereta tapi tak bawak lagi. Dok parking kat parking lot, hanya hidupkan enjin sekali sekala. Aku la kene ajar dia drive?



Sauna?
Bile masa lak aku menceburkan diri dalam aktiviti sauna? Tapi... that's my new routine twice a month. Chewwwwwaaaaaahhh! Konon-konon nak duk dalam beg / karung tu sejam..last2 aku tahan 30 min je. Mamai dah!

Hahahaha...that's all. Quite quick, huh. Takde gambar (real) leh diinsertkan selain picture-picture yang dicopy dari Yahoo! Image. Sekadar untuk mencantikkan entri supaya tak dull.


Kamera ku battery chargernye hilang masa bday party Aty. Huhuhu..!

Baiklah rakan-rakan sekalian.

Jumpe di waktu yang lain. Muah!

02 December 2009

Musim makan nasik minyak kembali mengganaz!

Mengganaz. Tiada dalam kamus Dewan Bahasa.

Yeahh..musim jamuan nasik minyak ni memang tiap - tiap bulan ada, tapi bulan Disember ni semakin mengganas la pulak. Whiteboard bahagian Sabtu Ahad semakin penuh dengan wedding invitation. Well..at least it keep me out from being in office. Hahahahaha...!

******************************

Checkedout!

We'll start with si cantik manis Akmar (Unit Keselamatan) with Azmir (FST).
5 Dis @ Sg Besar, Selangor.
Tahniah! Tahniah!

Meramaikan lagi pasangan suami isteri di UPSI.
(is it true - UPSI = Universiti Pertemuan Suami Isteri? Hahaha! )

******************************

Oh ye..sorang lagi on the same date.

Shukri Samsuddin. My old classmate of SMKS19. On 5 Dis @ Banting, Selangor.
Congratz bro. Nampaknye warga Chimaera mula menempah board 'married' dan meninggalkan 'board' single.

***********************

Hasniza BHKA.
Tahniah yek!

Ini tarikh after Induksi ni...13 Dis 2009.
oooo...sebab tu tak hadir Induksi erk..Hahahah!

**********************************


Jeng..jeng..jeng...

Mirza (FSS)..?
Well..well..well..

This beautiful lady, Mirza Azny akan kahwin jugak.
Hehehehe..great!
on this 13 Dec at Penang.

Yes Mirza. Menamatkan segala gosip / kontroversi yang melanda. Hahahahaha!
Double tahniah tau!
******************************

Huwaaa..ini mamat pun aarrr..?
Fait (JPPHB)?
Huhuhu...siap dah demand nak hadiah pulak tu.
27 Dec @ KL.

Anyway, tahniah ek.


p/s - Wah2.. Ini Fait sangat best arrr... Dah la demand suruh aku belikan hadiah, aku OK lagi. Tapi siap specific...TV LCD 42inci!?? Eh, hello my dear.. 42''? Nah, i bagi u 82''. Print this page and tampal kat bilik tido!


******************************

Oppsss..tak lupa kepada yang nak mengikat tali pertunangan.
My bestfriend...Malek (UPM) on 22 Dis @ Kuantan.

Kira-kira dah nak majlis besarnye, jemputla ye. =)

*****************************************

Ok...will be updated if ada tambahan invitation.
BTW, Tahniah kepada semua bakal pengantin.


Pssttt..tengah tunggu kad dari seorang Senior Assistant Registrar BSM. Huhuhu..cik kak, mana kad hang? Dok tunggu ni. Nak tempah bas, g ramai-ramai ke Sg Dua, Penang. Sokseksoksek dengar on 9 Jan 2010. Hihihi..Yeayy..yeay!!

Muah!

30 November 2009

Howling at the New Moon

Nuffnang out there, you must be already known why I put "Howling at the New Moon" as a title. Right?


Again about The Twilight Saga? Ohoooooooooo… I just love the film. And first time ever, I get tooooo involved to a film (even Titanic doesn’t drive me crazy like this!), so I bought the first three books about this most lunatic love ever happened on earth. How I wish this love story is really happened in Forks. How I wished that Bella does exist, howling for Edward’s love!


Click here: Previous entry!

Someone told me that I shouldn’t read the books before the movies because it will ruin all the moods. Hush! I really can’t wait for their story to be revealed in another sequel. Now, I’m looking forward to bought “Breaking Dawn” and “Midnight Sun”.The third books (the ending) make me shocked. I mean it, SHOCKED! Could it be!!???

What make me howling for this film? Thousand reason! Bella and Edward. Their romance is the crux of the film. Starting from the way how Edward showed up in the film – at the canteen, it makes me bristling! The way Edward looks at Bella, confusing why he can’t read Bella’s mind, it make me excited. The way the ways they reflect atmosphere in the forest, chill!

That’s Twilight!

And when it comes to New Moon, it really makes me jumping around hysteria when my sisters said they had watched it, without me! No way! Even I do read the books thousand times, I just can’t waited for weekend to come so that I’ll be the first in line to get the ticket and watched my Bella and Edward. What a masochistic week!


Love the way Edward said. "And so the lion fell in love with the lamb…”


Be safe!