27 October 2009

My Wedding - another 2 month...yeehaaa!!!

Lagi dua bulan aku akan berkahwin! (gempak gile tajuk entri. takde malu-malu sungguh!)

OK..semua persiapan dah sedia, tinggal baju untuk sanding je. Hazriq (my sayang) kata Kak Hazlina (my sayang's sister) nak sponsor 8 set baju tang semuanya dari butik Kak Lina kat PutraJaya tu. Erm...jimat dah part baju. Love U, Hazriq...and Kak Lina also!

Dato' xxx and Datin xxx...love u also, mummy and daddy (gatai je bunyiknye kan)

Kad kawin pun akan diedarkan sebulan sebelum tarikh keramat aku tu.

Last Sunday ajak Diyana keluar g PutraJaya sebab Kak Lina 'paksa' aku fitting semua baju-baju yang nak dipertontonkan masa hari bahagia. So, Diyana la bakal jadi perunding imej + 1st person tengok aku pakai baju2 tu. Hahaha!

Oppsss..takde tunang-tunang sebab aku bgtw my lovely Hazriq yang aku malas nak tunang-tunang. Akad nikah + persandingan terus! (gatai gile). Luckly, future mummy and daddy pun sangat setuju...yelah..my future daddy sangat sibuk dengan dunia politiknyer. Mummy lak persatuan itu and ini.
*Takpayah la reveal siapa my daddy tu..nanti kecoh masuk melody plak!

Diyana sempat la risik.

Bila jumpe?
Masa kerja kat Kementerian pengajian tinggi..

Berapa umur dia?
3-4 tahun tua dari kite..

Ayah dia menteri ape.. - soalan ni yang Diyana tak sempat nak tya (kot) sebab Hazriq asyik2 call..sbb janji nak jumpe kak Lina kat butik kul 2, tapi dah kul 2.18..tak jumpe2 lagi. Sure Kak Lina risau..adik ipar dia ni sesat ke...kne culik ke..tukar fikiran taknak kawen dengan adik dia ke..? Ish..ish..ish!

Diyana la orang pertama terkejut bila aku cakap aku akan kawin next two month. Yelah...tak pernah dengar cerita bercinta..tup-tup nak kawen kan..huhuhu. Pandai tak Azura simpan rahsia..?

Sampai kat PutraJaya, my 'sayang' call lagi. ( Ish, dia ni.. Aku takkan lari la sayang oiii...) Kak Lina akan jemput aku g butik sebab Hazriq sendiri lupa nama butik kakak dia (apedaaaah).

So, lepak jap..terserempak pulak dengan Eqa. Huh..kebetulan sungguh aku dengan Diyana terserempak dgn school-mate kitorg a.k.a girlfren si Ali ni.

Tengah borak- borak dengan Eqa sambil tgu Kak Lina, aku ajak la Eqa and Diyana masuk Secret Recipe. Lapar dah ni! Kak Lina tak muncul-muncul.

Masuk je dalam Secret Recipe...duduk pulak kat meja bertanda RESERVED. Aik...Kak Lina dan reserved meja untuk aku ke..

And...

HAPPY BIRTHDAY DIYANA AND EQA!!!

Well...itu semua lakonan semata-mata untuk menjadikan plot cerita lebih sedap! No wedding, no Hazriq, no Kak Lina at all! Ingat senang ke nak 'culik' Diyana hari Ahad tu? Terpaksa berlakon so that dia setuju nak keluar tau! Yelah..takkan dia sampai hati nak tengok aku sedih takde sape nk teman d fitting baju pengantin!

And thanks a lot to crew di shooting set yang turut sama berlakon dengan aku!

(more picture will be posted later. Or else...check it out in my Facebook! Diyana posted all the picture already!)


Gelagat si Ali menunggu 2 orang mangsa / komplot masuk ke dalam jerangkap samar!


mangsa
mangsa and pemangsa 1 - Azura & Diyana

mangsa and pemangsa 2 - Ali & Eqa

crew lelaki.

the whole crew

Directors of the day.
Ali and me!

22 October 2009

Email lama-lama.

Halo..halo..halo..

Tadi kan, aku saja-saja la bukan Yahoo email. Saja nak baca email2 lama. Yela..aku create account ni sejak aku kat Matrikulasi, so memang la berduyun-duyun email yang masih tersimpan dalam storage ni.

Then aku ternampak nama Sahnawan. (look below). Subjectnye: bacalah oii! Memang satu paksaan untuk aku membacanya. So, aku akan copy-paste isi email ini untuk tatapan sume esp Yan, K.Zuna, Nuar, Zaidi dan etc..etc..etc..seluruh alam.

Email bertarikh 5 Oktober 2005. 2005!


Isinya lebih kurang cam-ni la:

Subject: Ibu larang anak memakai jilbab (Purdah)

Kisah tentang larangan jilbab bagi anak muda.

Seorang pemuda baru saja baru sahaja pulang kerumah. Ia sendirian di biliknya selepas lelah sambil menatap langit yang membiru. Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan.

Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja.

Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang ibu tua dengan anaknya.

Anak : Ibu..

Ibu : Hmmm ?

Anak : BU !

Ibu : APA ?

Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah..

Ibu dengarlah ni !

Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasuk kan benang kejarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun...

Anak : Bu !

Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai jilbab itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak Bu..?

Ibu : Jangan ...

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa,

Bu.Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?

Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...

Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu..

Ibu : TIDAK !

Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.

Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !

Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.

Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!

Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !!

Ibu : J A N G A N !!!

Anak : J I L B A A A A A A B !!!!

Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk .... namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...

Ibu : Kamu ni AWANG ANUAR, Ibu kata jangan, maka jangan lah. Kamu tu kan laki-laki!

Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai

Owh...Nuar. Sikit pun ko tak bagitahu pasal email ni erk? Sorry darling, sesaat selepas post ini terpapar di blog aku, aku terus forwardkan email yang abang aku bagi tu kepada semua BBA student!



Astalavista bebeh!




21 October 2009

Korek gambar lama and make caption on them.

Aku mengalami kemurungan. Arghhh..

Disebabkan masa untuk bershopping dan hanging around dengan team Serdang masih ada dalam 3 hari, so aku terpaksa buat self-therapy. Korek balik picture2 lama dalam FS dan FB..dan ketawakan suasana dan ketika itu.

Antara nya:


Lihat si tinggi oren itu. Owh...'teman tapi mesraku'. Mana leh pisah kitorang. Menimbulkan kesusahan pada orang lain sebab kami memang melekat setiap masa. Hahaha! This picture taken after final exam semester 3. Malek (duduk) masih belum secara official mempublishkan dirinya sebagai 'hakmilik umum' sebab masa tu dia aku yang punya. Hahaha (lagi). And my abang is there, too. Standing beside Yan. Eh Yan, kurusnye ko time ni ya. Oh ye, time ni ko dah sah menjadi ahli kumpulan ini selepas ko dengan rasminya mengaku 'murtad' pada warga Kelah. Dan time ini jugak, sebagai ritualnya, kami dah cop di dahi ko "MINAH BELUKAR". Forever.


OHHHOOOOO!! Inilah detik kegemilangan kita yang takkan dilupakan sampai bila-bila dalam sejarah penubuhan UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU. Tengok! Tengok! Itu 'si tinggi' itu masih melekat dengan aku kemana sahaja aku pergi. Keh3x!
Aksi seksi 18SX Nuar menjadi titik tolak kepada aksi-aksi panas yang lain, selepas itu.. Si Tamil yang tiba-tiba sangat kontra dengan simfoni kasih susunan aksi posing.
Ala ngajat tampi..ala tampi ..ala ala ala....


Dan kesan kegemilangan itu terbawa-bawa hingga ke Kolej Kelima, UPM Serdang. Memang takleh nak low profile sungguh srikandi-srikandi ini. Sorry. Kami memang tak leh nak duk saja.
Hulubalang yang sangat sporting menjadi 'frame' dalam picture ni. Masih ingat bagaimana hecticnya untuk mengingat dan menghafal semua step-step tarian 1 Malaysia ni..? Nak hafal rumus dan formula dan lekuk2 dalam Mikroekonomi pun tak sesusah ini. Especially bila bergurukan Zaidi The Bomb itu.


Di depan tugu. Mari buat checklist sama ada aku ingat siapa dalam picture.
Kiri ke kanan : malek, Yan, Lah |aku| hanim, K.Zuna, zaidi.

Wah! Hebat!

Ini adalah jaket kesayangan aku. Aku pakai sampai semester 7.
Sampai Anol si tinggi galah naik bosan. Asyik dating dengan jaket yang sama!

Malah semua sudah tahu ITU JAKET AYU. JANGAN CURI!


Semester pertama di Bintulu. Kurus sangat sebab rindukan mama papa.

"Ye la tu...then semester 2 bila Provos suh balik ke serdang..sapa yang menangis teresak-esak sebab taknak balik? Nak stay kat Bintulu?"

Aku.



Sekian, tamat sudah sesi self-therapy bercakap sorang-sorang depan PC. Azura, sila turn off PC ini dan pulang ke rumah. Malam ni tido pakai hydrating mask.

An update entry (s).

Update yang pertama.

Me: Hye. Diane, is it?

Sign surat. Angkat telepon. Bla..bla..bla. Lunch. Kenyang and burp.

Diane: Yes. Diane here. Anything Azura?

Me: Just to inform you, save the date, 14th Nov, Fadzilah Dolah's wedding. Dewan Sec 23. Invitation card are OTW. I am AJK Jemputan. Haha.

Diane: Haha. AJK Jemputan. I'll make the date free, k. Can I ask Janeal and Liza to come also?

Me: Yes2.I just have your number. Pls do invite them too. Actually, going to ask u that. Haha. Once i get the card, I'll inform. Printing company demam currently..hehe.

Perbualan yang sangat memberansangkan.

Lihat ini pula.
Me: Naim, save the date. 14 Nov, Fadzilah Dolah kawen kat Dewan Sec 23.

Naim : OK. Tapi sape ni?

Huh! Tak simpan nombor aku rupanyer. Hahahaha!
Nantilah, klo ko nak mintak pendapat aku namakan anak ko yang kedua nanti, aku kenekan bayaran.

OK, separuh kelas aku dah war-warkan pertemuan di majlis kawen Fadzilah (masih kekok untuk menyebut nama penuh ko. Hahaha.)

Aku harap pengantin tak kecik hati bila khemah tetamu meriah disebabkan mini reunion kami instead of meraikan raja sehari.

Dengar cerita, Ms Chandrika pun akan datang.

Fadzillah. Tak sia - sia ko lantik aku jadi AJK Jemputan ko. Aku tak mintak pun separuh dari jumlah wang hantaran ko. Tengok...baik kan aku.


Update yang kedua.

Menunggu khabar gembira dari Amirah. Yes...tatkala entri ini dipost, si baby masih setia dalam rahim ibunya.

Juga dari Asmah. Mungkin baby mereka berpakat untuk keluar bersama-sama.

Cik baby besar (Diyana) sangat berharap yang cik baby2 yang kecil ini akan keluar pada 25 Oct ini, bersamaan lah dengan tarikh Cik Diyana melihat dunia...25 tahun yang lalu.

16 October 2009

Hilang

Blogger tanpa identiti ini menghilang setelah beberapa kali ku kejar dengan pelbagai identitinya.

Kali ni dia betul-betul hilang.

Mungkin benar, dia telah menjadi mangsa serigala itu. Ini entri terakhir.

Huhuhu...

15 October 2009

Coming Soon - Dilla's (chimaera) wedding


So, warga Chimaera, save the date. Aku - ada kemungkinan akan ad-hoc call korang sume ajak jumpe kat umah Diyana. And Diyana, redha je la klo depan umah awak akan penuh dengan kereta - kereta ex-classmate awak. (Tapi kali ni, turn Izan @ Erwan jadi driver. Tobat la aku nk drive lagi. Bakal sesat klo ikut instruction Erwan n Izan! Huhu)

Izan, kne make sure Erwan dah bersiap sejam awal dari waktu yang dijanjikan. Erwan..huh!

Macam biasa, aku AJK Jemputan. Lantikan rasmi oleh bakal pengantin. Kad belum sampai, tapi berita kne bagi sebar dulu sebab aku sure ini tarikh (area-area ni) memang time orang nak mendirikan rumah tangga.

Confirm.

SnapIt - Digeus screen capture utility

SnapIt - Digeus screen capture utility

Shared via AddThis

12 October 2009

Yang lepas tu..lepas la...

Yang lepas tu, lepas la Diyana.

Tagline yang buat Na tersentak, menyentak...! Then aku n Na bantai ketawa sekuatnya. Ngokngek punya Wan.

My point of view...

Well...lately, aku banyak bergelumang kembali dengan dak-dak Shah Alam. Lama jugak aku tinggalkan kota Shah Alam. Reason can be created later, but fact come first. Nothing! Shah Alam has nothing anymore with me. (klo Na baca reason ni, sure dia merajuk dengan aku).

And now, aku kembali bukan sebab Shah Alam remind me to-somthg-that-has-nothing-to-do with-me-gth....tapi sebab permintaan kawan-kawan lama.

Yang lepas tu, lepaskan je la...

Hello...aku ok je OK. Teased la aku sepuas hati korang, aku leh senyum bro!

Mari bayangkan 1 situasi.

Ter-dump (langgar bahu) dengan kawan lama yang hilang tah ke mana. Ape cik akan buat?

Aku : Senyum. "Hai..pe kabar..?" Senyum takkan lepas. Klo leh, siap hulur tangan lagi, salam.
-Selebihnya, Tuhan je yang tahu, sebab tak jadi pon lagi-

Hahahaha.

Aku tak pernah marah, pun.

Untuk Diyana, lagu ni untuk awak. Untuk Erwan jugak Izan.

Layan blues.





Sayang selalu;

Raya belum di penghujung...

Majlis resepsi Irwan Hanif.

This guy dulu masa darjah 6 Anggerik, sekolah Rendah Seksyen 20... more..more..more..shorter than me. Masuk SMKS19 dan sehingga kini...tengok hasilnya!

And congratz bro..kawen ko dah!

Kalau miss chandrika tengok picture ni, mesti dia sebak. Jadi manusia gak budak2 Chimaera ni. Dulu....Ya Ampun...mau nangis ajar budak2 ni! Tiap tiap hari rasa nak bawak lastik tuju kat dorang! *isk! isk. Melampau sungguh monolog aku. *

Dolu -dolu.. sebelum kini menjelma.
Bahagianye.. ini picture sopan bukan versi 'gaya-bebas'. Versi 'gaya-bebas' terpaksa dimusnahkan sebab sangat 'bebas'. CONFIDENTAL. Cop besar-besar.



Kembali ke topik utama.


satu keterharuan buat Irwan bila kami tiba meraikan a.k.a menghabiskan juadah di majlis gilang gemilangnya. Esp Alan yang sangat-sangat-sangap keterbusy-annya. Well..org TV3 memang bz kot.

And bit of kebanggaan buat aku sebab berjaya mengumpulkan makhluk-makhluk Chimaera untuk meraikan Irwan. Macam biasa, rumah Diyana menjadi markas. Thanks to Na and her mom yang sangat memahami ketelanjuran aku ni.


Azura | Irwan | Safra | Diyana





Open house Farhan, Seksyen 20.



Doa selamat pertunangan adik apis.

Time baca doa ni la first time tengok muka Erwan serius.

Diyana & Me

09 October 2009

ORANG BUAT BLOG, DIA PUN NAK BUAT BLOG!

Pada sesapa yang rajin surf blog (macam ape yang hang pa tengah buat la ni), sure u all pernah tersinggah kat dada-dada blog yang menyentak perasaan. Sometimes u laugh like hell, sometimes u gasped like....err..hell. Tak kisah la.

Mungkin juga u all pernah terjejak di blog - blog seperti di bawah?





(maaf...link tidak disertakan. Maka aktiviti hang pa sume..pi bukak Yahoo! or Google. taip la ape jua perkataan yang korang nampak dalam snapshot di atas, dan SEARCH. mungkin link pembelog di atas yang akan keluar..dan pilihlah mana - mana yang berkenan di hati..).

Kadang - kadang I singgah jugak. Mungkin tak cukup - cukup berita di dada akhbar Berita Harian atau di kaca televeisyen Berita Terkini Hiburan Sensasi... just view from different perspective, then.

Okey...ape masalahnyer sekarang, Azura?

Let me introduce to you. Our new member as a bloggers.

Erm...persembahan blog masih suci.
Belum ada yang ditambah2 e.g bunga-bunga, link sana sini, picture - picture...
Masih clean and clear... Hanya hijau dan hijau.


Menjawab persoalan siapa dia.


Lastly, ORANG BUAT BLOG, DIA PUN NAK BUAT BLOG.

Have fun.

08 October 2009

Entri luahan perasaan terpendam!


Shit!*

Tuan - tuan dan puan - puan...

Dalam dunia ni, siapa je yang boleh stand alone macam paper clip *? Kalau ko tak macam PC pun yang sangat bergantung dengan electricity (ye la, klo takde electrik, camne nak on PC kan? Cucuk kat hidung ke?) , at least ko ni macam stapler la. Need bullet to work on your job.

Tapi all the credits goes to ... ? Its ok klo pemberi credit nk bagi siapa, tapi yang menerimanya...? Wah, terima dengan kembang hidung and YES! Admit macam la itu memang kerja dia sorang!

No one can stand alone as paper clip la. Even klo takde bundle of paper nak di'clipkan, paper clip are useless! Stop pretending as it!!

***********************************************************

Jadi, untuk meredakan perasaan yang sangat-sangat marah ni, aku just layan video clip ni.



Huh!

Open house at Zida's house

Acara Berhari Raya di rumah Azida Abdullah, Petaling Jaya. Berjaya membuatkan Zida lupa pada tetamu yang lain, hanya fokus layan permintaan kami untuk mengambil makanan dan dihidang khas hanya untuk kami. Kuikuikui.

Ahli terbaru rombongan : Alias atau nama manja yang kami beri adhoc @ on the spot. EL. (Maaf, bila anda join rombongan kami, nama mestilah nampak macam ala-ala vogue gitu. Nama kampung diharamkan. Ahak!

Kami sangat taksub dengan hiasan dinding umah Zida. Cermin IKEA-nya yang menjadi fave spot kami gadis anggun bergambar tanpa menghiraukan Syed, El, Hadi dan Jaa yang begitu asyik menonton Wakenabeb.

Cubaan pertama kami berjaya membuatkan muka Kak Zuna terbelah.





dan betapa Syed mengantuk menunggu kami habis bergambar.


p/s : Text message a.k.a SMS diterima setengah jam selepas kami keluar dari PJ menghala ke Serdang dari Zida.

Thanks sebab datang ke rumah. Next year datang lagi tau.

Kami menafsir sendiri ayat itu.
Akhirnya kami bertiga sepakat men'translate'kan maksud tersirat.

Datang tahun depan tau, tahun ni jangan.
Sampai hati ko Zida. Hahaha!

Yan | Ayu | Zuna