22 October 2009

Email lama-lama.

Halo..halo..halo..

Tadi kan, aku saja-saja la bukan Yahoo email. Saja nak baca email2 lama. Yela..aku create account ni sejak aku kat Matrikulasi, so memang la berduyun-duyun email yang masih tersimpan dalam storage ni.

Then aku ternampak nama Sahnawan. (look below). Subjectnye: bacalah oii! Memang satu paksaan untuk aku membacanya. So, aku akan copy-paste isi email ini untuk tatapan sume esp Yan, K.Zuna, Nuar, Zaidi dan etc..etc..etc..seluruh alam.

Email bertarikh 5 Oktober 2005. 2005!


Isinya lebih kurang cam-ni la:

Subject: Ibu larang anak memakai jilbab (Purdah)

Kisah tentang larangan jilbab bagi anak muda.

Seorang pemuda baru saja baru sahaja pulang kerumah. Ia sendirian di biliknya selepas lelah sambil menatap langit yang membiru. Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan.

Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja.

Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang ibu tua dengan anaknya.

Anak : Ibu..

Ibu : Hmmm ?

Anak : BU !

Ibu : APA ?

Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah..

Ibu dengarlah ni !

Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasuk kan benang kejarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun...

Anak : Bu !

Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai jilbab itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak Bu..?

Ibu : Jangan ...

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa,

Bu.Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?

Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...

Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu..

Ibu : TIDAK !

Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.

Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !

Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.

Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!

Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !!

Ibu : J A N G A N !!!

Anak : J I L B A A A A A A B !!!!

Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk .... namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...

Ibu : Kamu ni AWANG ANUAR, Ibu kata jangan, maka jangan lah. Kamu tu kan laki-laki!

Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai

Owh...Nuar. Sikit pun ko tak bagitahu pasal email ni erk? Sorry darling, sesaat selepas post ini terpapar di blog aku, aku terus forwardkan email yang abang aku bagi tu kepada semua BBA student!



Astalavista bebeh!




1 comment: