Pagi tadi masuk ofis. Lepas sarapan kat satu kedai yang mengalami krisis identiti kaunter - dapur roti canai. Cerita la sikit ok.
Niat asal kami nak makan kat Behrang Station mengalami masalah teknikal Kedai tu tutup, membuatkan aku and Kak Ina melencong ke kedai di belakang pulak. Ingat nak makan roti canai, tapi aku dok tinjau2 dalam kedai, tak nampak plak bukti kewujudan pembuatan roti canai such as kuali leper, doh...what-so-ever. Akhirnya aku pujuk diri sendiri, ambil nasi lemak.
Masa nak bayar, bila kami tanya mana kaunter, kakak tu tunjuk kat belakang.. Ok. kaunter, instead di pintu masuk..tapi tauke kedai beranggapan lebih sesuai diperosok dalam kedai. Aku and K.Ina pun menuju ke satu meja. Dan lepas 6 saat di depan meja tu, baru aku perasan, meja ala-kaunter tu ialah dapur BUAT ROTI CANAI. Hah?! Mana kaunter pembayaran....? Tu..kat belakang daripada dapur buat roti canai tu. Meaning, hampir-hampir ke belakang kedai! Ok, thats funny.
Sambil bayar, aku dok mengintai meja tempat orang tebar roti canai tu. err...conclusionnya, pemilik kedai tu memang perlukan nasihat perundingan tentang susun atur kedai. Bayangkan kaunter pembayaran sangat jauh hampir-hampir masuk ke ruangan memasak! Nasib baik dorang tak letak betul-betul belakang kedai, tempat potong ayam, kan?
Kul 9am, sampai ofis. Tengah buat-buat kerja tu, Radio Sinar FM tengah on satu lagu yang aku dah beberapa kali dok dengar tapi tak dapat catch, penyanyi or tajuk lagu. Aku inform K.Ina..sebab aku rasa lagu ni 80's. Malang, Kak Ina tak familiar lagu ni.
To make the story short, isu lagu ni sampailah ke rumah Kak Yati di Tmn Bahtera. Demi nak suruh Ajid and Kak Zura teka nama penyanyi or tajuknya, Kak Ina telah menyumbangkan suaranya. Melodinya memang lebih kurang sama, cuma aku tak dapat terima bila sampai kul 9.45malam ni aku masih terngiang-ngiangkan suara Kak Ina nyanyi lagu ni. Hoh!
So, kul 9.50malam, aku terus search lagu ni kat Google berpandukan lirik-lirik yang dinyanyikan oleh Kak Ina. Dapat. Download. Terus capai handphone and mesej K.Ina..lega sebab dapat meng-nyah-hapuskan suara Kak Ina dari halwa telinga.
Good news: Dah dengar versi asal, so replace versi Zarina.
And the bad news is : "Takpe, esok Kak Ina nyanyi lagi untuk Zura. You can't run away from me". What??!! "Sekali package dengan lagu Herman Tino..." Itu SMS dia pada aku. Esok aku pasti demam bila dia dendangkan lagu ni sambil gerak-gerak badan....
So, aku uploadkan videoclip lagu ni. Nice and sweet song. Sangat 'lama-lama' gitu fesyen rambut, baju, skirt and if u stay long watching this clip..ada part tengah-tengah tu gambar penyanyi ni kat tasik. Huhuhuu..semestinya bukan Tasik Proton City. Tasik Shah Alam kot. Huuu...oldiesnya.
Dan aku akan dengar semula versi Kak Ina esok. Hahahaha~
p/s : Selain kedai makan kat Behrang Station tu, Secret Recipe Tanjong Malim pun mengamalkan konsep "Sila bayar Di Kaunter. Kaunter kami di belakang~hampir-hampir nak masuk ke dapur" Eeeuuu..sangat tak sesuai, kat situ la nak pilih kek, situ la beratur nak bayar dan situ jugaklah berselisih bahu dengan pekerja-pekerja dia. Yang benar, customer.
No comments:
Post a Comment