31 December 2011

Movie nages-nages :p


Malam tadi, gagahkan diri untuk menonton the whole story about "My Girlfriend Is Gumiho". Memang sedang ditayangkan setiap Isnin - Jumaat, 8.30malam kat TV9, tapi ingat I suka ke cerita-cerita tersangkut-sangkut macam tu. Time-time tengah best la tetiba ...bersambung! What??? Excited ni!

So, dengan bantuan Cik Housemate, the whole story berada dalam external hard-disc ku. Bayangkan it just 16 episode tapi 1 episode actually merangkumi 2-3 episode dalam TV??! Ingat aku ada masa la nk jadi penunggu setia depan TV tu EVERYDAY? Tentang Dhia tu pun nasib2 je aku balik kerja terus duk kat ruang tamu.



Haha..so, akhirnya malam tadi berjaya jugak..walaupun sampai kul 2.30 pagi...mengkhatamkan seluruh episod. Bengong sekejap pagi ni bangun2 dengan mata bengkak. Wah! Awal-awal memang la sangat kelakar, cute dan sweet jalan ceritanya.

Tapi..towards ke penghujung cerita, asyik nages-nages jek! huh....letih...
tapi, klo tak sedey...bukan lah cerita korea namanya. Hahaha.

Watak feveret? Haha..main character of course dalam list. Tapi actually, watak si penjahat cool pun mendapat tempat dalam hati. Esp bile watak dia muncul, lagu feveret aku tu pun muncul...wahh!! Dan terus jadi ringtones hp. Hahahaha!

Si jahat yang cool. Teacher Park Dong Ju :)

Next project : MERLIN Season 4. :)



30 December 2011

everybody waving goodbye to 2011


Semua orang mulai mengucapkan SELAMAT TINGGAL pada 2011. And welcoming 2012. Yay..yah! Same thing happened last year, almost the same date. Bye-bye 2010 and welcome 2011. And this will going on..and on..and on.. :)

Oh, what up with the image above? Haha.. Please, it's nothing. Just... somehow it is true. Kan..kan..? Tak mahu mengulas panjang apa yang tersurat dan tersirat, sila faham-faham sendiri. Tak kisah pun kalau pandangan kita tak sama dan tak sehaluan. Masing-masing ada pandangan sendiri bagaimana untuk interprete penyataan di atas. Doesn't effect me, at all. Hehe.. :)

Kenapa ye, setiap 30 Disember or paling drastik 31 Disember SETIAP TAHUN, semua orang (tak percaya sila teliti FB kawan-kawan / sedara mara / kenalan anda) akan mengucapkan BYE-BYE current year and WELCOME the next year? Huh...


Itu belum lagi berpusu-pusu berlumba menulis azam-azam yang belum tercapai dan lists of new azam. Khairul Azam terkeluar dari senarai ye. :p

For me, azam baru bukan di renew pada setiap 31 Disember. It's not road-tax.
Setiap kali bangun dari tidur pun leh pasang azam kan? Fuh, jenuh jugak tiap2 pagi update status FB tentang azam setiap pagi. Akan ada 365 azam akan dipaparkan di ruangan status. Hahaha!

Ada yang set azam pada awal setiap bulan? 12 azam dalam setahun... itu kalau azam bulan Januari tercapai, so Februari akan ada azam baru..klo tak Februari tu, sambung la azam Februari. Hehe..

And someone did tell me, azam itu sekadar kesedaran atau motivasi kepada seseorang. Sekurang-kurangnya menetapkan satu usaha untuk mencapai sesuatu yang telah di gazette kan sebagai azam itu. Oh!

Then..
Should it be renew every end of the year? Post mortem pada 30 December then decide whether to carry on the same azam or create the new one on 31 December...and finally hit that 'activate' button on 1 January? :)

Terserah, katanya! Masing-masing ada cara tersendiri untuk mengawal hidupnya. By year, by month, by day, by hour or by every minute!

Well, kawan-kawan? Banyak azam tahun lepas yang tak tercapai? Hahaha!! It's OK. Tak perlu menjawab or buat laporan rasmi kenapa azam 2011 tak tercapai. Ini bukan laporan KPI agensi yang perlu dilaporkan kenapa KPI tahunan tak tercapai. :)

Cik Ayu / Cik Zura / Cik Spider / Cik Bunga / Chimichiky...
apa azam awak 2012?

Ehem..ehem,
kalau saya kata saya tak set azam, nanti ada pulak kata saya seorang yang tiada motivasi atau haluan hidup (huh, do i look like i care?). But, i don't put it specifically. Sebab saya memang tak reti nak specifikkannya. Life is simple, so setiap waktu apa yang saya nak capai ialah : I'll want today (this moment) would be a better day than yesterday. Even you make me cry today and indeed i cry..that's enough for today. I am not going to cry again tomorrow. Hey, life does not guaranteed you that you will be on top for every second. Learn how to survive when you have been pushed down the hill. Climb back. Wah! Ayat.... hahaha!

Cuma satu, tanya diri sendiri. Adakah setiap azam yang dibuat pada 1 Januari itu akan di review kembali secara berkala? 2 kali setahun? 4 kali setahun? Pada 25 April nanti, adakan korang akan ingat apa azam yang korang buat pada 1 Januari? Atau azam itu hanya muncul pada 1 Januari dan 31 Disember je?

Fikir-fikirkan....dan selamat berazam :) Muaah!

p/s : It's not the GOODBYE that hurts, but the FLASHBACKS that follow - thanks! It make me tougher.


Here’s to 2011:
The year where friends became strangers and strangers became friends.
Where lovers became haters and haters became lovers.
The year where mistakes were made and lessons were learnt.
Where stories were shared and memories were created.
Where people hit rock bottom and where people raised back up.


Here’s to 2011: the drama, the fights, the memories, the laughter, the tears, and the craziness.


B
ring on 2012!

hmmm..gudnite, sayang!

Images / quotes - credit to Best Quotes

28 December 2011

Facebook.



Rindu pada Chimichiky. Terlalu lama aku tinggalkan Cik Chimichiky ini. Buzy atau ada komitment lain? Entah. Mungkin penangan FB yang buat aku terleka dan terus meninggalkan page ini.

FB. I am not FB-ian before. Account FB tercipta pun sebab kawan-kawan sibuk suruh tengok picture yang mereka paparkan di FB. So, kalau takde akaun FB, mana boleh tengok kan? So, akaun FB tercipta. Hanya untuk melihat gelagat kawan-kawan, gambar-gambar lama yang mengusik kenangan dan gambar-gambar baru sekadar untuk tatapan.

Thanks to rakan serumah yang memperkenalkan FB. Bersungguh-sungguh menerangkan fungsi 'tagged'. Time tu, aku hanya ada Friendster yang juga telah lama terbiar beku semenjak 2008. Semenjak tiada sebab untuk aku teruskan FS. Sangat confident dengan tahun itu, sebab Friendster juga (waktu itu) tercipta sebagai jambatan silaturahim dengan kawan-kawan yang kemudiannya berhijrah ke FB. FS terbiar - sunyi.

Dari bukanlah seorang yang hantu FB, menjadi pengguna tegar FB. Daripada tidak gemarkan function 'chat' di FB, bertukar menjadi penunggu setia kawan-kawan di ruangan tersebut. YM masih juga dibuka untuk capaian paling pantas antara teman-teman lama dan kawan-kawan sekerja.

Daripada kawan hanyalah terdiri daripada kawan-kawan yang memang paling rapat, hinggalah terjerumus kepada simpton 'approved siapa saja' untuk meningkatkan angka 'friends'. Upload apa jua picture untuk ditatap seluruh alam. Komen setiap saat - dari apa yang terjadi di depan mata, hinggalah ke apa yang terlintas di hati sesaat yang lepas.

Dari mata turun ke jiwa,
dari teman menjadi cinta.

Eh, itu lagu Najwa Latiff! Hahaha!

Dari menyatakan " i'am not FB chatter.... " akhirnya...function itu yang ......... !

Dari tidak kenal, menjadi kenal....

Its so.......!

Now, kalau FB la puncanya, then that's it. Good bye FB.

Opss, it's not totally good bye. Just back to where FB is not one of my thing first in the morning. Not into chat. Not into posting what i thought in one second and it might be changed a second later. Not into approving someone that just linked to one of my friends and then he/she mingling around my life from that moment when i hit that 'confirm' button. I am not that generous...anymore.

Not into creating a group called 'acquainted' and dumped about 100+ names into that group just because they are just related to one of my friends and now they are also my friend. Without even know who are they..actually.
Not into 'restricted' someone who make me felt so annoying because he keep 'like' ing all my post.
Not into 'unfriend' someone who make me sulk (hohoho..stupid!) and two days later, i hit that "+Add Friend" back (yeahh..double stupid).
Not into stalking someone who make me thinking about them all day long..or for the whole week.
But, once...FB did help me a lot using one of the function that you-can-view-friend's of friend's pictures and print it out and throw it to that swindler's face with HAHAHA. And that's is the only moment i thanked FB a lot. :)

And..it's too tired, actually.

Let me be alone. My friends will be my friend even me-without-FB.

06 October 2011

Mari tersenyum :) ngeeeeeeeeee!!

Bila kita berkawan dengan manusia yang menjadi tumpuan khalayak, yang mana bila apa jua dilakukan akan menjadi perhatian, apa juga yang diperkatakan akan didengari dan sebagainya...sebenarnya bukan salah dia pun dia dijadikan sebegitu rupa.

Dan bila kita berjalan berdua dengan niat nak habiskan masa bersama, bersembang, bertanya khabar dan bertukar cerita dek kerana berbulan tak dapat bersua muka...pelbagai plan terpaksa dirancang semata-mata tidak mahu pertemuan itu menjadi intipan dan bual bicara orang lain dan lantas disampaikan ke pihak-pihak lain. Haishhh..bila terlalu banyak perkara terpaksa dirahsiakan.

Big Rayban, lousy t-shirt, khakis and sport shoes. Berjalan kaki untuk ke McDonald. Duduk pula di sudut-sudut semata-mata untuk mengelakkan figura dikenalpasti dan mengundang jemputan lain.

Hahaha..dan kemudian didendang sebuah lagu untuk diingati di saat-saat tiada lagi masa untuk bersua sebegitu.

And it's true. Kini takkan ada masa untuk bertemu kembali bila tiba dipersimpangan, masing-masing mengambil haluan sendiri. Mungkin juga kedua-dua haluan itu akan bertemu dimana-mana menjadi kembali satu laluan. Hurm..pasti jammed, kan?

Dan lagu itu muncul kembali pagi tadi. Sengaja mencari video yang sangat comel berlatar belakangkan lagu yang sweet. Bila terdengar, pasti akan tersenyum. :)




Mari kita tersenyum semua. Mulakan hari anda dengan senyuman, takkan rugi apa-apa.

03 October 2011

Movie review - Abduction.

Sakit badan dek kerana berkawad sepenuh hati belum benar-benar sembuh. Seems like ada satu urat yang maha degil masih tersimpul2. Sekarang tak boleh ada sebarang tekanan, rasa mcm rusuk nk pecah. Satu seksaan sebab banyak perkara harian melibatkan aksi tekanan..contohnya err...tekan tubi (of course) dan mungkin sepertimana pagi tadi - mengambil handphone yang jauh dijangkauan lantas menggunakan seluruh tenaga dan kemudiannya krem. Arghhh!!

Semalam pi memanjakan diri ke One Utama bersama Bella. Libas dan Abduction in one row. Ah, ini tak hebat lagi sebab aku pernah buat 4 movies in one row. Alone. Masa tu sedang berkabung. Haha!

Satu kombinasi yang tak pernah terjadi. Azura & Bella. Selalunya Azura - Tyty - Bella atau Azura & Tyty atau Tyty & Bella. Namun Azura & Bella..this in first time. Untung lah kau Tyty pergi dating dengan Jeje kat Tg Karang tinggalkan kedua kakakmu tak tahu nak buat apa. Fine, kami ambil tindakan drastik lepas pi pasar beli ayam dan ikan....kami nk pi tengok wayang. Hah, terkejut kau Tyty bila kami keluar berdua! Hahaha..topik kami dalam kereta setelah 10 minit layan perasaan masing-masing - TYTY & JEJE! Details - tadi akak dah bagitau kan. Fikir-fikirkan lah Tyty oii..

Layan wayang sememangnya satu terapi. Dua jam dimana kita lupa sekejap dunia luar. Seluruh pancaindera tertumpu pada skrin besaq, pada mood dan kepala sibuk berfikir kenapa Nathan yang dicari oleh Nikilov bertahun lamanya? Mungkin ada cip ditanam di bawah kulit Nathan? Adakah Karen juga CIA? Hahaha...bila tahu akan sebabnya..terus aku dan Bella - hah! just because of that h*******e? La...klo camtu pakar psikologi dia patutnya dah lama la tahu sebab bukan ke she handed that bunch of keys? Awatla bengong sangat pakar psikologi tu! Haishhh!

Tapi kalau awal2 pakar psikologi a.k.a undercover CIA tu yang pi reveal muslihat Nikolov and Burton, mesti tak sempat nk tengok aksi Nathan punch that stupid man yang hampir nak patahkan jari Karen yang cantik tu kan? Tak sempat jugak nak tengok Jacob bertukar jadi serigala...transform into beautiful creature and...eh! ini bukan Twilight Saga la!! Haishhh!! Melalut!


Tak pasal-pasal sebabkan school project, si Karen terlibat dalam kekucaran hidup penuh rahsia si Nathan. Kan dah kena lari sama laju.


Si Karen ni pakai BB Creme or foundation ape ek sampaikan dah 2 malam berlari-lari, tido dalam hutan bangun-bangun tido dengan tak mandi sambung lagi lari, tapi muka tetap nampak matte tak berminyak..hishhh!



CIA depan hidung pun ada hati nk lari lagi tu...?



...tapi sape kata CIA depan hidung tetap akan selamat dari Nikilov tu?


Ehhhh....apesal ada watak Jacob Black & Bella Swan ni!? Haisshhhhh!!

No review of Libas sebab taknak spoil kan mood orang yang belum pi tengok.

Haishh..kecewa sebab masih belum dapat tengok Johnny English Reborn. Rasa macam nak tengok malam ni jugak. Tg Malim - OU just 45 minutes kan? Tapi failed sangat2 part kuar dari wayang kul 12 malam, banyak side dalam shopping complex dah tutup dan aku akan menggagau cari mana exit to parking? Hui..seram la plak!

Anyone, dare to accompany me? Bonus, you'll be my private driver! Hahaha..!

25 September 2011

Dek kerana tekaan yang salah itu...

..maka saya dah penat nk ketawakan tekaan2 itu lagi.

Straight to the point. Jangan corner-corner lagi. Jangan asyik ketawakan pada tekaan mereka yang salah-salah itu lagi. Maaf, saya bukan artis untuk kongsi setiap helaian kisah hidup. Yang mana terpampang di sini bukan juga berniat untuk menarik perhatian. Hehehe.

Pada mereka yang berteka-teki sejak mula terbaca post ini, kebanyakkan tekaan yang singgah di YM saya salah belaka. Dan tak pernah ada sebaris pengakuan pun saya berikan untuk mengiyakan tekaan anda semua.

Baiklah. Riddles to be revealed. NOW. Kita pergi pada satu persatu ye. :)

Penantian satu penyeksaan. Betul kan? Ada yang tak kisah pun menanti dan terus menanti, tapi bila penantian di sulam dengan 1001 pertanyaan, grrr...! Pulak tu jawapan bukan kat tangan kita..huhu!
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan sejak 1 Jan 2011. Masuk Jun 2011, semakin banyak soalan yang diterima...Apa kaedah baru menggantikan PTK?. Berbengkel ke sana-ke mari dari Putrajaya hingga ke Johor. Serius, saya tiada jawapan. Kita tunggu pihak yang lebih arif. :)

Ok fine, penantian selama setahun ni bakal berakhir. Pertanyaan mereka-mereka di luar sana pun bakal berakhir. Lepas ni, jangan tanya aku lagi pasal benda ni.
Alhamdulillah, sedikit masa lagi ia akan diumumkan. Garis Panduan bertarikh 25 Ogos dikeluarkan kepada pihak yang menguruskan fail ini. Walaupun baru draf, at least, dah nampak bayang. :)

Tapi..oppsss! Tak boleh umumkan lagi. Baru peringkat bincang-bincang kedua belah pihak. Insyaallah, kalau takda apa-apa aral melintang lalu membujur patah, 15 September 2011 akan ada rombongan besar-besaran untuk merisik dan bertanya-tanya.
Maka, 15 Sept 2011 bersamaan dengan Jamuan Raya UPSI, aku dan Cik Zarina dipanggil ke JPA. Eh, bukan kami berdua. Malahan 200 orang pegawai dari pelbagai agensi di Malaysia dipanggil ke JPA untuk mendengar Taklimat tersebut. Kehadiran rombongan kami yang telah mencetuskan kesesakan lalu lintas yang maha sesak di JPA pada petang itu. :)

Kemudian, disulam dengan pertemuan ahli keluarga pada 20 September 2011 untuk bincang itu ini. Dan 1 Oktober, jawapan akan diberikan.
Dan, sekembali kami ke bumi UPSI, pada 20 Sept diadakan perjumpaan dengan wakil PEKA, PRESTASI dan KPA berkenaan perkara ini. Jawapan tentang perkara ini akan dikemukakan kepada pihak berwajib sebelum 1 Oktober. Lanjutan dari pertemuan itu, diarahkan kami untuk membuat satu lagi perjumpaan dengan semua Ketua Jabatan untuk membincangkan tentang hal ini. :)

Majlisnya? Rancang-rancang 2012 cuma tak tahu bulan berapa. InsyaAllah, kalau semuanya berjalan lancar, mungkin pertengahan, mungkin hujung 2012.
Perancangan pelaksanaan PROSPEK adalah pada 2012 dimana kami diberi masa sehingga Jun 2012 untuk mengatur segala persiapan. Atau jika tidak sempat juga, sekurang-kurangnya pelaksanaannya adalah pada penghujung 2012. :)


Ya! Itu sahaja ceritanya. Sekarang korang tau kenapa setiap kali tekaan yang singgah di YM selalu mendapat balasan "Hahahahaha!"? Sebabnya TEKAAN ANDA SALAH. Jauh melencong dan tersasar ibarat tersasarnya bola bowling ke longkang lane.

Mari kita ke Jamuan Raya Persatuan Kakitangan Wanita (PEWARIS) UPSI. Melaram dan makan lagi. :)

09 September 2011

Teka jangan tak teka. Salah teka, kena ketawa.

Penantian satu penyeksaan. Betul kan? Ada yang tak kisah pun menanti dan terus menanti, tapi bila penantian di sulam dengan 1001 pertanyaan, grrr...! Pulak tu jawapan bukan kat tangan kita..huhu!

Ok fine, penantian selama setahun ni bakal berakhir. Pertanyaan mereka-mereka di luar sana pun bakal berakhir. Lepas ni, jangan tanya aku lagi pasal benda ni.

Tapi..oppsss! Tak boleh umumkan lagi. Baru peringkat bincang-bincang kedua belah pihak. Insyaallah, kalau takda apa-apa aral melintang lalu membujur patah, 15 September 2011 akan ada rombongan besar-besaran untuk merisik dan bertanya-tanya.

Kemudian, disulam dengan pertemuan ahli keluarga pada 20 September 2011 untuk bincang itu ini. Dan 1 Oktober, jawapan akan diberikan.

Majlisnya? Rancang-rancang 2012 cuma tak tahu bulan berapa. InsyaAllah, kalau semuanya berjalan lancar, mungkin pertengahan, mungkin hujung 2012.

Harap-harap tiada apa lagi masalah sebab 2011 ni banyak betul dugaannya pasal benda ni. Sampai hampir nak pecah meja jadinya. Berderau darah bila ingatkan balik. Hihihi.

Mungkin ada yang dapat teka. Cuma tepat atau tidak tekaan itu, entahlah. Yang berkenaan pasti dapat teka, cuma yang tak berapa nk berkenaan tu, tekaan anda pasti melencong dan tersasar ibarat tersasarnya bola bowling ke longkang lane. Haishhh...!

Ok la uolss.. Selamat meneka. Ingat, salah teka kena ketawa!



*Haishh, nampak gaya I tak dapat la nk join Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri UPSI pada 15 September 2011 ni. Baru ingat nak melaram dengan baju raya (cewah).

Takpe, I melaram baju raya pada Jamuan Raya BSM on 19 September, then Jamuan Raya PRESTASI dan Jamuan Raya PEWARIS on 23 September.

Hehehe...

03 September 2011

Part II : It's Raya! Yeah..Raya!

SELAMAT HARI RAYA! (jerit dengan nada gembira, hoccay! yeahhh!)

Bila pakcik-di-sofa-maroon itu umumkan ....Hari Raya Aidilfitri 2011 jatuh pada 30 Ogos 2011...kami semua terus pandang papa dengan kening terangkat-angkat. Tekaan papa bahawa 1 Syawal 1432H jatuh pada 31 Ogos tersasar! Hahaha..

Start from that moment...ZZUUUPPP..message ucapan Selamat Hari Raya masuk bertubi2 sampai dah tak larat nk reply. Tengah malam kul 2.56am pun masih ada SMS masuk.

So, Raya pertama...jeng2...bermaafan dengan ahli keluarga, then makan-makan suke hati, ada lah tetamu dah mula bertandang...sampai ke petang..jeng3. Aku, Bella and Aty mula mengatur strategi kami.




As like last year, kami menyerang panggung wayang. kali ni FINAL DESTINASTION 5. Horror gile pagi raya tengok cerita seram+ngeri+ceridak! But, it's our own way to celebrate raya kan.

Suasana One Utama di 1 Syawal seriously macam we all bertiga sedang melancong ke Negara China. Aku rasa dorang pun pelik tengok kami kat area dorang kot. Abang kaunter GSC tu pun macam bersambung kening kepelikkan tengok kami membeli tiket wayang. Hahaha..Whatever!

So, that's it my first raya. and it's not over yet. Chill la beb, raya sebulan kan?

Look! Aunty belakang aku tu pun macam dah pandang kitorg 4-5 kali dengan pandangan mata unbelievable..eh3..tak salah kot nk bergambar depan kaunter kan? No sign of "WHOEVER TAKING PICTURE HERE WILL BE SHOOT TO DEATH" kan?


Alrite. Enough of tengok wayang di raya pertama.

Raya kedua satu family bertandang ke umah Acik Piee and Acik Zah kat Rantau Panjang bukan Kelantan tapi Klang. =)

Alala..sopannye anak Pak Said ni ye, tak gitu Acik Piee nye? Hahaha..

And there goes 2nd Syawal..

Ok, 3rd Syawal..

Err..eh nanti kita sambung. Ada cerita Mohabbatein la pulak. Love story nages-nages feveret masa sekolah dulu. Nak refresh memori kalau-kalau masih boleh nyanyi lagu-lagu dalam cerita ni dengan lancar dan syahdu lagi.



29 August 2011

Part I: Raya 2011 - sehari sebelum raya.

Esok Raya!


Haha..belum tahu lagi. Itu adalah ramalan orang unprofessional seperti aku. Hehehe..kita tunggu Pakcik Di Sofa Maroon untuk umumkan malam ni.

Persiapan..secukupnya dan ala-kadar. Yang melampau is Amin, Aty, Anol and Bella sebab beli handfhone raya. Takpe..takpe, lepas raya tgk plak kaklong dia melampau sebab kaklong depa nk beli..err..err...rumah? Hahahah!

Last preparation done at Tesco Selayang and Giant Selayang @ Parkson Ria. Aty sempat sambar sepasang lagi attire, Bella tiba-tiba beli another striking yellow purse. Aku and mama hanya nak memenuhkan stok almari dapur dengan makanan. Hahaha.. Itu paaaaling penting.



What is our plan for Raya?

Errm..Tg Malim and Klang. Tengok wayang and makan. Even masa puasa takde sekilo pun berat badan turun, namun lepas Ramadhan ni, misi untuk menaikkan berat badan masih seperti biasa. Cik Dewi housemateku sayang, jangan jeles dengan ketinggian kadar metabolisme ku apatah lagi melihat aku mengunyah coklat selepas makan malam. Hahaha...!

Sedang membuka log book jemputan open house. So, setakat ni log book belum penuh cuma jamuan raya Persatuan kakitangan wanita dan persatuan pegawai UPSI. Masih banyak ruang dan peluang untuk memenuhkan log book ini.

Akhirkata, kepada yang beraya sakan di kampung halaman, jangan lari-lari sangat nnt masuk parit. Bawak kereta ikut had laju kecuali kereta depan bawak 50km/sj, potong di line kanan dengan berhemat ye.

Kepada kawan2 yang pernah bersusah dan bersenang bersama mengadap muka cikgu & lecturer - SMK Seksyen 19, Kolej Matrikulasi Melaka Batch 2002-2003, UPM Kampus Bintulu dan kampus Serdang (2003-2006), kawan2 sekerja teman mengumpat memuji boss dan rakan sekerja lain - Kementerian Pengajian Tinggi, Bahagian Biasiswa (2006), jelitawan-jelitawan Beauty Consultant SK-II seluruh malaysia (esp admin @ P&G's Wisma Consplant) and my dearest UPSI's members...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR BATIN.


And tidak lupa kepada beberapa orang bekas pakwe - tolong jangan SMS raya minta maaf zahir batin bagai..pls no. Because perkara yang lepas jangan dikenang, kan? U are my past tense. Dont ever pop up again. Hahaha!

12 August 2011

Semangat raya dah muncul!

Selamat berpuasa. Dah 12 Ramadhan dah pun. Tahniah bagi yang masih penuh, dan cuba lagi bagi dah termiss disebabkan faktor kesihatan atau faktor alam yang tak dapek den nak nolong dah! Yang termiss just disebabkan terlupa bangun sahur, you are out from my league!

So, dah siap persiapan raya? As for me, baju raya dah siap awal sebab tak nak terkejar-kejar cari tailor yang dah full schedule menjahit baju raya. Beli baju siap? Hohoho..tak thrill la (padahal tak suka baju siap sebab tak sedap kat badan..) Kuih raya selalu we all buat sendiri tak tahu la tahun ni kalau mama tetiba kata 'beli je la..' but I dont think so. Rumah? Hoh..yang itu gotong royong 2-3 hari sebelum raya.

Ofis? Hekk? Ofis?
Yes..ofis. Ingat nak sambut raya kat rumah je ke..abis ofis ni takkan nak terbiar je? Kan ke kebanyakkan dari kita dah kembali ke ofis pada 6 Syawal...so bukan ke still mood raya tu?

So, mengambil semangat kerjasama dan mood raya yang semakin berkobar-kobar..this week Team Unit Latihan a.k.a ULAT dan Unit Cuti Belajar a.k.a UCB di BSM telah disampuk satu semangat yang muncul tiap tahun iaitu MENGHIAS OFIS. Cuma tahun ni semakin kuat sampukkannya.

Beberapa scene yang sempat dirakam. Daripada pegawai sampai ke penolong pegawai sampai lah ke kerani-kerani yang sangat bersemangat mengubah permandangan ofis. Actually double thanks to our dedicated PO yang sangat bersemangat.

BEFORE :

Permandangan ofis di waktu normal.


Beberapa snap sepanjang 2 hari menghias ofis di waktu break.


Akhir kata dari kami di ULAT & UCB, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. Kalau ada salah silap, mohon kursus tapi tak pernah dapat or kami terkasar bahasa semasa kami mengendalikan kursus atau apa juga situasi yang membuatkan anda tersinggung dan tersentap...kami mohon maaf zahir dan batin.



Nak tengok ofis kami yang cantik seala kadarnya ni, mai la singgah. Kalau malu nak tunjuk sangat yang u all nak tengok decoration ofis ni, alaaaa...just singgah konon-konon nak nak tanya pasal kursus atau mata CPD pun takpe. Kalau saja-saja tanya pasal cuti tapi singgah di ULAT pun kami tak marah, kami senyum je bagitau salah ofis ni..nak tanya pasal cuti kat Unit Pentadbiran. Gitu...!

08 August 2011

Tragedi 'cawangan' Viccuda di bulan puasa.

Dulu masa tengah study kat UPM, memori berpuasa bersama-sama dak UPMKB mmg seronok. Kalau time berbuka tu, kalau tak set time berbuka sama-sama kat Putra Cafe, lebih syok berbuka sendiri dalam bilik dengan roomates masing-masing je.

So, lepas kelas..mula la team Baung mengambil order dari kami Team Kalui Cute. Kak Zuna, ingat Burger Jep? hahahaha! Itulah menu paling spontan akak order dari Anol dalam kelas International Finance dengan lecturer nama Bany yang suka pakai suit biru sepanjang semester. Hahaha..masuk pulak watak En Bany yang cute dan sentiasa buat kite nak duduk kat barisan hadapan dalam kelas! Paling seronok dan senyum sampai telinga bila En Bany buat penerangan dalam kelas tapi mata dia tertumpu kat kiteeeee je. Wahhh! Bersungguh-sungguh nampak gaya dia nk bagi kite ni faham. Eh, apesal pulak memori berbuka pose ni termasuk watak En Bany ni!!???

Ok next! Itu time berbuka. Time berbuka kat 'padang' pun best kan, suke makan kat kedai makan yang pakcik tu muka macam Malek. Paling best sebab boleh mintak macam-macam sebab yang tolong jaganya ialah anak-anak dara pakcik tu. Itulah masanya kami gunakan Team Baung untuk meminta itu dan ini. Dan yang paling best makan dengan Team Baung ni ialah mereka ni sangat tidak membazir. Contohnya :

Tak makan cili? Takpe, Malek ada.
Tak makan bawang? Takpe, Syed ada.
Nasi banyak sangat? Hafifi leh makan lagi separuh.
Tak makan kayu? Takpe2..Nuar ada!

Time sahur pun Team Baung ni akan berkhidmat untuk Team Kalui Cute yang manja dan tidak berupaya. Order akan sampai ke tepi tingkap jam 3 pagi. Lagi best kalau kedua-dua Team Kalui akan terus ikut dorang keluar pi la mana-mana untuk bersahur. Waktu itu, hanya ada motor-motor kapcai, so akan menjadi minah rempit di bulan yang mulia. Hahaha..masa tu paparazzi belum berleluasa, so takde sape akan tangkap gambar kite membonceng motor pria-pria terhebat tu di depan Kalui. Pak guard pun hanya mampu menjeling!

So, bila habis belajar..masuk dunia pekerjaan, setiap kali berbuka puasa Team Ex Baung dan ex-Team Kalui Tetap Sentiasa Cute akan deal la di mana-mana untuk berbuka puasa.

Ada beberapa scene berbuka yang masih dalam simpanan aku such as... :


Berbuka di BBQ Chicken, One Utama, PJ dengan Yan, Kak Zuna, Azida.


Berbuka di Village View, Bangi dengan Yan, Kak Zuna (lagi), Jaa and Sahnawan.

So, last week berbuka puasa di Restoren Viccuda, Damansara. Deal hanya dibuat antara ex-Team Kalui Tetap Sentiasa Cute - Ayu, Kak Zuna dan Ida je. Yang lain2 ada komitment dan berbakti untuk negara walaupun di hari minggu. Contohnya Yan @ Kastam Diraja Malaysia. =)



Right. Tunggu punya tunggu di Zida sampai penuh satu meja kitorg order makanan. Daripada kami ni orang pertama yang duk dalam kedai tu, sampai la kedai tu penuh dengan manusia termasuk la Farid Kamil and kawan-kawannya pun ada kat restoren tu, kami leh tertumpu pada persoalan di mana Ida.

Hampir sejam kami bergambar-gambar dengan mood happy-go-lucky..!



Bila dah kul 7.05 pun si Ida tak muncul2 padahal dia call kata dah nk sampai, kami mcm terkaget sebentar bersama kit-kat. Lagi teruk kagetnya bila Ida kata dia dah kat kaunter Vcuda tapi tak nampak pun kitorg padahal kak zuna dah tercongok kat kaunter tu. HOCCAYYYY!!!

Ida kat VCUDA UPTOWN. GOOD! Sebab kami kat VCUDA KOTA DAMANSARA!
Maintain anggun, instruction diberikan oleh Kak Zuna yang menyorok dalam kereta menggunakan GPS yang bersuara macho.

Dan akhirnya Ida sampai ke VCUDA yang sebenarnya..walaupun dah setengah jam lewat. Tak sempat nak kiss-kiss, terus makan dulu. Hahaha! Sengal tul la memori ni! Sampai esok pagi kitorg dok ungkit benda ni.


Tengok muka kak zuna tak puas hati! Hahahaha!
Kami orang pertama sampai ke restoren tu dan orang terakhir keluar dari restoren disebabkan Ida!


So, girls and guys, tahun ni nak konvoi raya kat mana plak? Tahun lepas Ida, ape kata rumah ni rumah Ida jugak tapi please make sure RUMAH IDA CAWANGAN MANA TAU!


2009's raya at rumah Azida.


Next entry - sleepless night at Arzuna's house with Ida. Sumpah, aku nk sumpah Ida jadi batu belah batu bertangkup supaya dia tak menyeru2 nama aku dengan harapan kami tak tido malam. Leh? Tu belum ke-sengal-an Ida bawak kami dari Serdang ke Kg Baru semata-mata untuk bersahur nasi lemak telur goreng then balik semula ke Serdang sebelum imsak.

30 July 2011

Corat-coret Istiadat Konvokesyen ke-13 Tahun 2011

Kembali meng-aktif-kan diri dengan permulaan - 1 entri. Kesibukan yang serius melanda jadi blog terbiar dan dipinggirkan seketika. Facebook je sempat dikemaskini. Hihihi.

Well, baru sahaja selesai menjalankan satu lagi tugas separa hakiki sejak 2007. Jawatankuasa Istiadat & Perarakan Konvokesyen. Seminggu sebelum itu, Muzium Pendidikan Nasional dirasmikan.

Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Corat-coret dan suka duka mungkin hanya akan jadi kenangan dan lawak jenaka antara kami. Tak perlulah dipaterikan di sini O_o.

Kali ini istiadat berlangsung agak lama. 9 sesi. 26 ~ 30 Julai 2011. Penatnya...sendiri je la yang tahu. Setiap kali konvokesyen, sama je. Mengejar masa. Walau hanya menguruskan perarakan masuk ke dewan, seluruh urat sendi sakit. Mungkin ditambah dengan dugaan mental.

Terngiang-ngiang dialog bersama salah seorang ahli perarakan yang rupanya begitu asyik merenung kekalutanku seketika tatkala seorang lagi ahli perarakan 'hilang' seketika dan kemudiannya ke-konfius-an aku melihat kedudukan 2 orang ahli perarakan lain.

Seperti kata-katanya selepas itu, tidak mudah untuk 'melayan' semua kerenah ahli perarakan sambil bibir masih terukir senyum dan memastikan semuanya berjalan lancar, cantik dan teratur. Biarpun terdapat 1001 cerita belakang tabir, biarlah hanya kami yang tahu asalkan segalanya nampak sempurna di mata tetamu yang meraikan hari bersejarah ini.


..senyum..all the time~

Betul Dr. Memang bukan semudah yang terpampang di gambar mahupun di rakaman

Mudah atau tidak mudah Dr., inilah tugas kami. Sekurang-kurangnya, sejuk hati mengetahui usaha, senyuman dan kerja kami dihargai walau hanya Dr yang menyatakan. Terima kasih juga kerana memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang istiadat. =)

Dan kadang-kala, kenakalan seorang dua ahli, membuatkan kami tersenyum bila diingatkan kembali.

kadang-kala, pemikiran kritis, kreatif dan kritikal diperlukan dalam urusan mengendalikan perarakan ini. contohnya, sepantas mana keputusan dibuat ketika itu. Hahahaha! Suhaimi, Rony..masuk!

Bukan hanya kami JK Istiadat, tapi setiap seorang warga UPSI memberikan 100% komitment yang tinggi terhadap istiadat ini. Tak pernah terlintas sedikit pun di hati kami ingin mencacat-celakan istiadat ini. Apa yang kami lakukan, hanyalah untuk memastikan yang terbaik. Setiap dari kami yang bertugas walau nama tidak pernah dicatat dalam mana-mana batu bersurat, kami berusaha memastikan yang terbaik.


Sekali lagi, terima kasih semua yang terlibat. Biarlah, kadang-kala usaha kita diumpamakan seperti kuman yang tidak nampak dek mata kasar, namun kita tahu apa yang kita lakukan. Apa pun, tunggu sahaja la post-mortem. :-)

selesai perarakan masuk ke dewan, itulah masanya kami pula mengisi perut. Sesi ke-9, special treat to Floor Manager. 1 whole set for him..alone! hahah!

Sesi bergambar mengada-ngada (1)

Sesi bergambar mengada-ngada (2)

Menanti photographer untuk sesi bergambar JK Istiadat & Perarakan.

Menanti perarakan keluar dari dewan. Hujan. So, team payung bersiap sedia. hahaha!

This is my favourite snap. Sangat tertarik dengan fakta '7 Wasiat Raja-Raja Melayu Kepada Rakyat'.

..and special thanks to my sister, Tyty sebab sanggup temankan I di hari Sabtu yang indah ini. Muah~


04 July 2011

5 minute entry just to say HI

My last entry was on 9 May!

Lama sangat aku tinggalkan blog ni. Macam-macam jadi..and macam-macam la puncanya. 99% puncanya adalah dari kesibukan tugas di pejabat dan 1% lagi puncanya datang dari kepenatan setelah sibuk di pejabat. Wow! Effect tu!

So, banyak shot-shot hidup yang tak dapat di-captured di blog. Start with sebulan berkampung di Hosp Selayang due to mama's critical condition...kainkapas.blogspot terbiar dan hanya dijaga oleh 'daddy'nay sampai 'daddy'nya merajuk, outstation yang berlambak-lambak, berat badan dah mencecah ke 39kg, Bella's back @ home....huh!

So, this entry was made without specific theme. It's just a cameo to said I'M STILL ALIVE.

Insyaallah, bila ada kelapangan, i'll be here, for you.


09 May 2011

Selamat Pengantin Baru - Izan & Mira

Yeah..another big day for two lovely couple.

Selamat pengantin baru.

Izan n Mira.

credit for the photographer - Wanbest Penyuarab (?)

p/s - i look (quite) chubby here compare to mommy-to-be-Eqa, right?
i guess it is bcoz of i'm wearing black tudung? or corak baju? or lighting effect?

Wish both of you will live happily ever after.

Next - Erwan! Hehee..

17 April 2011

Di suatu petang yang indah

Pada suatu petang yang indah...di hujung minggu yang aman damai...sewaktu aku dan abang saudaraku sedang asyik dan leka menonton drama Superman di Astro Cartoon Network..



...terlalu asyik sampaikan ribut petir guruh malah tsunami...kami tetap bergumbira...dan terbang dibawa oleh Sang Superman...


...TIBA - TIBA..!!

Terdengar suatu jeritan di belakangku...!




Serius. Sungguh aku tak sangka aku ada cousin seperti ini...

...sungguh tak sangka!

Sekian sahaja untuk minggu ini. Terima kasih!

15 April 2011

FB Status Part Two - Relationship

This is what i meant...or this article said about MAKE UP YOUR MIND.


Single?..... In A Relationship?....Married?...It's Complicated?...Single Again?....Unknown?...Dan lain-lain? 3 status terakhir memang tiada dalam FB tapi aku rasa FB patut buat satu column yang boleh owner tulis sendiri ikut suka hati dorang. Mine? I'll choose WHAT DO I CARE TELLING YOU MY STATUS?

And just then, i have to APPROVE my sister's request to BE IN RELATIONSHIP WITH HER. Oh, Gosh! Melanggar prinsip hidup aku sungguh iaitu something about me kept inside, wad-de-hesh telling d' whole world about it? Yikes~



And, great news. One of my friends finally choose to jump in a relationship after all this years! Cross my finger, pray and hoping that his status will move forward to Engaged and then Married. Pls, Mal! =). And how UPSI will miss you, casanova! Hahahaha! Girls out there, he's taken!




Oyeah!

Sekuel :
1) FB Status Part One