Tujuan asal adalah menghadiri majlis perkhawinan di Alor Gajah, kemudian.... habis acara formal, sopan dan penuh berkat, kami bertukar! Kecuali si Dewi yang baru tersedar dalam begnya hanya ada t-shirt sahaja. Seluar tertinggal di Kota Tg Malim. Hahahaha! Gasakla ko Dewi, berbaju kurung. Sangat anggun gitu..
Melaka, last time pergi masa lepas kenduri kawen Shahnawan kat Johor. Dengan team BBA UPM. Kali ni dengan team Dewi - SMK Teknik Bukit Piatu.
Terkenang sekejap waktu belajar di Matrikulasi Melaka. Bagaimana aku gamble outing balik umah walaupun bukan time girls punya outing. Masa nak lapor diri masuk ke dalam kolej balik, boleh menyusup antara parent2 yang nak hantar anak. Nakal yg masih boleh diterima akal... Dan bagaimana team groundfloor telah menyebabkan the whole block bergelap sebab sikap degil kami melalak tengah malam dan menaikkan minyak warden blok. Dan kami tetap menang di Malam Bakat dengan lakonan kami imitate lenggok badan dan gaya pensyarah-pensyarah accounting kami semua. Looks like annoying, tapi rating undian kami lebih tinggi dari team yang menyanyi nasyid.
back to lawatan ke Melaka. suapan terakhir cendol kacang yang sedap, hujan renyai. So, rombongan beralih ke Dataran Pahlawan. Singgah di depan Kota A'Famosa berkira-kira nak mendaki tangga tu atau tak. Cukuplah bergambar dengan meriam. Hahaha!
Bertolak pulang ke Tg Malim kul 11 malam. Sampai kul 2pagi, terus tido! So, cukuplah 10jam di Melaka. Oppss, sempat membeli sepasang kasut untuk istiadat konvokesyen di Red Modani..!
p/s : I memang co-pilot yang cemerlang. 2nd driver yang gemilang.





No comments:
Post a Comment