24 March 2010

accident?

Berikan maksud "keluarga bahagia" menggunakan bahasa anda sendiri.

Keluarga - kalau ikut perintah am (GO), ibu/bapa, suami/isteri dan anak-anak.
Bahagia - tidak berduka =)

Anak sulung accident kecil, melanggar divider jalan raya sebabkan nak mengelak terjadi pelanggaran dengan kereta bengong yang memotong kiri.
Anak mereka yang 3rd, jatuh dari motor sebab langgar dengan lubang-lubang di jalan raya yang dok berturap 4-5 kali tu. Jatuh berduet dengan adik 4th. Sorang luka siku+lutut+bahu, sorang lagi luka (sikit je) kat buku lali.

Apa keluarga bahagia buat?
A) Risau..sangat risau. Rasanyer macam dunia ni akan berakhir...ohhh..~
B) Tak percaya! Takkan lah! Kata TIDAKKKK!!!
C) Pitam sekejap. Bangun balik...pitam semula...


Mari kita tanya ahli keluarga berkenaan:


First, anak lelaki saya call... "Mama, tadi Abby jatuh motor...- Tak sempat dia abis cakap, saya dah nangis. Nasib baik dia kata dia OK. Lega (walaupun dalam hati tak senang jugak sampailah dia kat depan mata saya"

Then, esoknya si kakaknya pulak sampai depan umah sambil jerit "mama, tadi kaklong accident! Bla..bla..bla.. Tapi bila tengok dia OK je (cume kereta je calar sikit, saya buat do-no je la. Lain kali bawak kereta tu, laju-laju lagi. 240km/sj ke..).."

Warning :
Korang kalau accident ke hape ke,
jangan bagitahu melalui fhone call.
Mama luruh jantung.
Esp kalau korang takde ape-ape injured...


"Ala, jatuh motor je. Tapi yang paling sadis sekali, bila Abby balik je umah, benda pertama Papa buat ialah tengok motor. Ada rosak ke, calar ke patah ke... Huh, tangan, bahu & lutut Abby yang calar balar ni dia macam tak nampak je...."

Gambar kecederaan di bahu dan lengan je boleh dipaparkan . Yang kat lutut, bahaya. Boleh buat sakit jantung..! Ngeri!!

masa saya jatuh tu, saya sempat berikan pose senyum yang hensem macam ni la. 2 saat lepas tu, baru saya jatuh...cium jalan tar. Bau tar la.. Adik saya (amin) yang membonceng di belakang dah melompat dulu...menyelamatkan diri.

Amin sempat lompat bila rasa macam Abby nak melayang cium tar tu. Ada luka jugak tau! Sikit je la..kat buku lali...
Yaa..masa saya lompat tu, memang rambut saya jadi macam ni. Effect angin, namanya!

Kami PRO. Jatuh motor tu, standard la. Ni, malam tu jugak kami pi beli helicopter control.

RM250 - aku boleh beli handbag tau dengan RM250 ni! Beli helicopter mainan...huh!

Aku? Lepas accident, macam takde mood nak siram pokok bunga, terus layan cerita Korea yang berlambak-lambak ni. Kereta...? Masih tercalar.

No comments:

Post a Comment