04 March 2010

Tips 'alasan datang office lewat'

Anda seorang yang bergelar BOSS? Bukan duta jenama HUGO BOSS tapi anda dilantik sebagai ketua dalam satu struktur dengan beberapa kuasa yag diberikan. Hahahaha.. sangat skema definisi 'boss' aku create sendiri. Well, menggunakan ayat sendiri untuk menerangkan sesuatu perkataan amat dipuji. Extra marks. Good girl..

Salah satu perkara yang akan anda hadapi adalah berdepan dengan reason yang staff anda berikan jika dia terlewat masuk ofis. Hello... kalau korang yang 'boss' pun lewat, u all kene menjawab and reason why to somebody, at least, kan?

And extra credit kepada mereka yang sangat creative mereka reason (if direka, kalau fakta..maka no extra credit. hahaha. boleh?).

Bual-bual kosong dengan kawan-kawan dari agensi lain, bertanyakan alasan-alasan yang selalu kite terima daripada staff yag datang lambat.

Macam-macam!

So, kalau korang terlewat datang / punch in kat ofis, meh sini! Boss yang paling hot (sekarang kan musim panas, of course HOT ok!?) nak beri tips. =)

#1 : Tahap kelewatan antara 30min - 1 jam
Bagitahu boss korang : ...tadi masa nak g ofis, kat simpang empat depan tu korang nampak sorang nenek kne ragut. Beg LV dia diragut budak sekolah. Korang pun terus kejar dia sampai Slim River. Sempat tazkirah tentang dosa meragut dan insyaallah budak tu insaf (sebab nampak air mata bergenangan kat mata budak tu). Lepas pulangkan beg LV tu kat nenek tu, korang terus memecut laju ke ofis. Walaupun sedar korang sure lambat, demi tanggungjawab sosial, korang pasrah.

Boss korang : akan sangat terharu dengan sikap korang. Pasti korang akan dicalonkan sebagai Employee Of The Month. Ala, setakat lewat sikit, mesti boss lupa je.

Tapi jangan : Boss memang dah terserempak dengan korang kat kedai mamak tu. Korang je tak perasan. Mesti boss akan cakap "owh, nenek mamak tu ke yang kne ragut ?" Silap la korang!

#2: Tahap kelewatan masuk 1 jam lebih
Bagitahu boss korang : ...kawasan rumah anda tu keras. Tiap malam dikacau. KAdang-kadang seperti dipukau. Tengok-tengok bila dah pagi korang kat belakang umah la, kat porch kereta la...kadang-kadang, korang sampai kat depan pagar jiran! Tapi...korang gagahkan diri jugak untuk hadir ke ofis demi tangungjawab korang pada negara, bangsa dan negara!

Boss korang : pasti akan terharu dan simpati kat nasib korang. Dia akan nasihatkan anda supaya berhati-hati atau cuba cari rumah baru demi keselamatan korang. Malah, boss pasti akan risaukan korang dan semakin sayang...

Tapi jangan : tibe-tibe boss terus carikan pawang untuk 'bersihkan' rumah korang, pagar dan hape-hape la! Tak pasal-pasal korang yang kne menyamar jadi hantu kat rumah sendiri.

#3 : Tahap lewat gaban la (ye la, malam tadi seronok karaoke hujng minggu, terlajak bangun tengahari...)
Bagitahu boss korang : korang EL...tak payah nak susahkan diri mereka-reka alasan. Abis call, traik selimut...tidur la balik sampai kul 3.00! Esok je la menjawab!

*************************
untuk staff aku, jangan sesekali korang ciplak alasan diatas dan bagi kat aku. Aku suruh lari keliling padang 8 kali pusingan. Hahahaha!

2 comments:

  1. haha. good points! mmg pening bila kena menghadap kerenah staf yang pelbagai ni kan? ;)

    ReplyDelete